Pada 10 Mac 2015 (Selasa), PPD Petaling Perdana telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pedagogi Bahasa Inggeris Guru Prasekolah bertempat di Dewan Al-Madani, SMK Seksyen 18. Kursus ini melibatkan 74 orang guru prasekolah Daerah Petaling Perdana. Terima kasih kepada Pn Ily Nadia dan Pn. Zunaidah, Pegawai FasiLinus PPD Petaling Perdana yang banyak mencurahkan ilmu bagi membantu guru-guru prasekolah memantapkan pengajaran Bahasa Inggeris selaras dengan keperluan kurikulum.
Antara pengisian kursus ini ialah Phonics, Pedagogical Upskilling ( Listening, Speaking, Reading, Writing) dan Role-Playing. Tahniah diucapkan kepada Jurulatih Utama dan peserta yang terlibat. Semoga dapat diaplikasikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah.
Wednesday, April 1, 2015
KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI BAHASA INGGERIS GURU PRASEKOLAH DAERAH PETALING PERDANA TAHUN 2015
April 01, 2015
juprapetaling
No comments
GAMBAR AKTIVITI
PERMOHONAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) SAMBILAN BAGI PRASEKOLAH PPDPP
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Sambilan bagi kelas prasekolah di PPDPP boleh mula dipohon. Berikut ...
0 comments:
Post a Comment