Monday, April 23, 2012

Program Rintis Kids Athletics Peringkat Negeri Selangor

'Kids Athletics' adalah program bertaraf antarabangsa yang mana program ini telah di ilhamkan oleh IAAF atau International Association of Athletics Federations bertujuan untuk memastikan dasar yang mantap dan mampan dalam pembangunan sukan Olahraga. Matlamat utama program ini ialah untuk memberi pendedahan awal asas sukan olahraga kepada kanak-kanak khususnya prasekolah.

Unit Prasekolah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah mengambil inisiatif dalam memperkenalkan program Kids Athletics dalam kalangan kanak-kanak prasekolah dengan menjalankan Uji Rintis Kids Athletics peringkat negeri Selangor pada 21 April 2012. Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam di pilih sebagai tempat berlangsungnya program rintis ini yang telah melibatkan hampir 100 murid prasekolah daripada 4 kelas prasekolah di sekolah tersebut.

Program yang bermula pada jam 9 pagi itu di hadiri oleh Pegawai Prasekolah dan Jurulatih Utama dari 10 buah daerah di Negeri Selangor serta pegawai-pegawai dari Unit Prasekolah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor . Ibu bapa turut hadir menyaksikan dan memberi sokongan moral kepada anak-anak prasekolah. Sebanyak 6 acara sukan telah di pilih dalam program rintis ini di mana acara-acara ini telah di sesuaikan dengan keupayaan fizikal kanak-kanak prasekolah. Apa yang ingin di tekankan dalam program ini ialah keseronokan menyertai acara sukan dalam kalangan murid prasekolah dan bukan semata-mata mengejar kemenangan. 


Program rintis ini telah berakhir dengan jayanya dan Unit Prasekolah JPNS telah menetapkan untuk menjadikan ia sebagai acara sukan tahunan prasekolah negeri Selangor di mana untuk tahun 2012 Unit prasekolah PPD Petaling Perdana telah di pilih sebagai tuan rumah pertama Kids Athletics peringkat Negeri Selangor yang di jadualkan akan berlangsung pada bulan September 2012.

Dowload

IAAF Kid's Athletics, a practical guide














Friday, April 20, 2012

Mesyuarat Pengurusan Data Prasekolah Negeri Selangor Bil 01/2012


Data Online SMPK
Mesyuarat pengurusan data prasekolah kali pertama bagi tahun 2012 telah berlangsung pada 17 hingga 19 April 2012 di Hotel Heritage, Cameron Highland. Suasana nyaman dan tenang di puncak Cameron Highland ternyata tidak dirasai oleh para pegawai-pegawai PPD dan guru-guru JU data daerah yang di hangatkan dengan sesi kemaskini data murid prasekolah KPM Negeri Selangor. Perkara penting yang di beri penekanan dalam mesyuarat kali ini ialah data SMPK, data EMIS dan data manual mengikut format yang telah diselaraskan.
Turut hadir pada mesyuarat kali ini ialah En. Fazrul dari Unit data Emis JPN Selangor yang membentangkan data Emis untuk verifikasi dengan data SMPK setiap daerah. Bagi daerah Petaling Perdana, terdapat sedikit perubahan dari segi data SMPK dan data mentah yang diperolehi. Perubahan ini menunjukkan peningkatan dalam enrolmen murid prasekolah bagi Petaling perdana. Unit prasekolah PPD Petaling Perdana amat berharap agar guru-guru prasekolah sentiasa mengemaskini data murid prasekolah dan juga perlu memaklumkan dengan kadar segera kepada guru data di sekolah masing-masing jika terdapat perubahan dengan data murid.

Guru-guru prasekolah di harap sentiasa bersedia dengan data mentah kelas masing-masing kerana mesyuarat verifikasi data murid prasekolah peringkat negeri Selangor akan berlangsung sebanyak 3 kali sepanjang tahun dan mesyuarat seterusnya di jadualkan pada bulan Jun 2012. Data mentah ini akan di gunakan sebagai rujukan terkini apabila proses verifikasi dijalankan kerana pangkalan data online SMPK akan di'lock' oleh unit data KPM dalam tempoh masa tertentu. Guru yang berdepan masalah untuk mengemaskini data online SMPK kelas masing-masing boleh berhubung dengan Peg. Prasekolah PPDPP En. Abdul Ghani melalui e-mail ghani.ppdpp@gmail.com.

Wednesday, April 11, 2012

PENTING : Borang Kemaskini Maklumat Prasekolah 2012

Pada 27 hingga 30 Mac yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Verifikasi Data SMPK bersama KPM yang melibatkan pegawai prasekolah PPD dan JPN Negeri bagi zon tengah iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. Hasil daripada mesyuarat ini menunjukkan terdapat beberapa masalah dengan data online SMPK yang memerlukan pengemaskinian.

Oleh yang demikian , Unit prasekolah PPD Petaling Perdana memohon kerjasama semua guru prasekolah Petaling Perdana untuk mengisi data mentah terkini kelas masing-masing kedalam format Borang Maklumat Murid 2012 yang di berikan pada pautan dibawah. Sekolah yang mempunyai lebih dari 1 kelas perlu menggunakan borang yang berasingan bagi setiap kelas. Borang yang telah lengkap perlu di email kepada En. Abdul Ghani di alamat ghani.ppdpp@gmail.com selewat-lewatnya pada hari AHAD 15 April 2012 ( Pada kolum subjek e-mail gunakan format 'SMPK Terkini KODSEKOLAH'). Data mentah terkini ini penting untuk dibuat semakan dengan data SMPK online dan akan dihantar ke KPM pada hari isnin 16 April 2012 untuk di buat semakan dan seterusnya akan di bawa ke Mesyuarat Data SMPK Negeri Selangor di Cameron Highland pada 17 April 2012. 

DOWNLOAD:
Borang Maklumat Murid 2012

Monday, April 2, 2012

Kursus Kajian Tindakan Bagi Guru Prasekolah Negeri Selangor

Kursus kajian tindakan bagi guru prasekolah Negeri Selangor telah dijalankan pada 27 hingga 29 Mac 2012 bertempat di Hotel Exelsior, Ipoh. Kursus selama 3 hari 2 malam ini adalah anjuran unit prasekolah JPN Selangor dan melibatkan 43 orang guru prasekolah dari sepuluh daerah di Negeri Selangor. Setiap daerah telah menghantar seramai 4-5 orang guru prasekolah sebagai peserta kursus. Kursus ini telah dikendalikan oleh Dr. Jennifer Wee Beng Neo yang merupakan Penolong Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia di cyberjaya .

Peserta kursus telah didedahkan dengan ilmu penulisan kajian tindakan terutamanya dari segi format penulisan, pemilihan tajuk kajian dan juga didedahkan dengan contoh-contoh kajian tindakan sebagai rujukan. Di akhir kursus peserta kursus telah membentangkan kertas kerja kajian tindakan yang dihasilkan mengikut kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan akan menjalankan kajian di sekolah masing-masing sepertimana yang telah dibentangkan dalam proposal yang mereka hasilkan. JPN selangor dengan kerjasama Dr. Jennifer telah merancang untuk memanggil guru-guru yang terlibat dalam kursus di Ipoh untuk kembali pada kursus fasa kedua untuk membentangkan dapatan kajian masing-masing.

PERMOHONAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) SAMBILAN BAGI PRASEKOLAH PPDPP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Sambilan bagi kelas prasekolah di PPDPP boleh mula dipohon. Berikut ...

 
Design by Wordpress Theme Edited by Mofazri | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes