PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2003: SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (berkuat kuasa mulai 1 Januari 2004)
Bidang Tugas Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas membantu guru di kelas-kelas prasekolah:
- Membantu guru kelas prasekolah dalam hal ehwal pengurusan/pentadbiran kelas.
- Membantu guru kelas prasekolah dalam semua aktiviti bimbingan dan pembelajaran dan pengajaran murid-murid prasekolah.
- Melaksanakan tugas-tugas berkaitan penyediaan makanan
Skop Fungsi dan Bidang Tugas Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah
A Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah
- Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari.
- Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah.
- Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan prasekolah.
- Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah.
- Mengemaskini data dan maklumat bagi murid-murid prasekolah.
- Menguruskan pendaftaran murid-murid prasekolah.
- Menghubungi agensi-agensi lain atau pihak luar yang bekerjasama atau bagi mendapatkan maklumat berkaitan prasekolah.
- Membantu guru membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa atau penjaga murid bagi murid-murid yang bermasalah.
- Membantu guru dalam menguruskan akaun dan perkara yang berkaitan dengan kewangan prasekolah.
- Merekodkan perbelanjaan
B Urusan Pengajaran/Pembelajaran Murid-murid Prasekolah
- Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.
- Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi meransang bimbingan dan asuhan.
- Membantu mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan menjelajah di kalangan murid-murid prasekolah.
- Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar.
- Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid prasekolah.
- Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid-murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di bawah
jagaannya. - Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
- Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran prasekolah.
C Urusan Penyediaan Makanan/Mengemas/Membersih
- Menyedia dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang bagi murid-murid prasekolah.
- Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan, peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya.
- Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang lain sebelum dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik
darjah dan ruang-ruang lain. - Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran di dalam kelas.
D Urusan Menjaga Hal Ehwal Murid
- Melayani karenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan murid-murid sentiasa berkeadaan bersih.
- Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.
- Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas dan juga memastikan murid-murid keluar kelas dalam keadaan selamat.
- Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan murid-murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih.
- Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di dalam dan di luar kelas.
- Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah.
1 comments:
memasak di prasekolah termasuk dalam skop bidang tugas ppm ka? atau perlu pembekal yang menyedikan makanan?
Post a Comment