Pada 10 Mac 2015 (Selasa), PPD Petaling Perdana telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pedagogi Bahasa Inggeris Guru Prasekolah bertempat di Dewan Al-Madani, SMK Seksyen 18. Kursus ini melibatkan 74 orang guru prasekolah Daerah Petaling Perdana. Terima kasih kepada
Pn Ily Nadia dan Pn. Zunaidah, Pegawai FasiLinus PPD Petaling Perdana yang banyak mencurahkan ilmu bagi membantu guru-guru prasekolah memantapkan pengajaran Bahasa Inggeris selaras dengan keperluan kurikulum.
Antara pengisian kursus ini ialah
Phonics, Pedagogical Upskilling ( Listening, Speaking, Reading, Writing) dan
Role-Playing. Tahniah diucapkan kepada Jurulatih Utama dan peserta yang terlibat. Semoga dapat diaplikasikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah.
GAMBAR AKTIVITI