PPD Petaling Perdana Johan Futsal Prasekolah Negeri Selangor 2018, TAHNIAHH!
Pasukan futsal prasekolah PPD Petaling Perdana telah muncul johan pada Karnival Permainan Futsal Smart Kick dan Bola Jaring FunBall Prasekolah peringkat Negeri Selangor tahun 2018.
One Spirit, One Team, One Soul
BENGGKEL MEMBINA SEMANGAT BERPASUKAN "1 SPIRIT 1 TEAM 1 SOUL" GURU PRASEKOLAH PETALING PERDANA
Wednesday, August 8, 2018
PPD Petaling Perdana Johan Futsal Prasekolah Negeri Selangor 2018, TAHNIAHH!
Pasukan futsal prasekolah PPD Petaling Perdana telah muncul johan pada Karnival Permainan Futsal Smart Kick dan Bola Jaring FunBall Prasekolah peringkat Negeri Selangor tahun 2018.
PPDPP telah menewaskan pasukan PPD Sepang dengan jaringan 1-0 pada perlawanan akhir. Pasukan bola jaring funball prasekolah PPDPP pula sekadar berpuas hati dengan hadiah saguhati walaupun para pemain telah menunjukkan kesungguhan dan permainan yang berkualiti sepanjang kejohanan.
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam pasukan PPDPP!
Monday, May 21, 2018
TAKLIMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN PPD PETALING PERDANA 2018
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
PPD Petaling Perdana akan mengadakan 1 taklimat pengisian Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan seperti butiran berikut:
Tarikh : 22 Mei 2018
Tempat : Bilik Gerakan, SK Seksyen 27(1)
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi (ZON MPSJ)
12.00 tengahari - 2.00 petang (ZON MBSA)
Kehadiran : Penyelaras Data Prasekolah
Justeru, setiap penyelaras dikehendaki memuat turun dokumen di bawah bagi memudahkan sesi taklimat.
Sekian,terima kasih
Muat turun dokumen di bawah
IPPK 2018

Sunday, April 8, 2018
BENGGKEL MEMBINA SEMANGAT BERPASUKAN "1 SPIRIT 1 TEAM 1 SOUL" GURU PRASEKOLAH PETALING PERDANA
Pada 5 April 2018 (Khamis), berlangsungnya Bengkel Membina Semangat Berpasukan anjuran PPD Petaling Perdana bagi guru-guru prasekolah. Bengkel ini diterajui oleh Pn. Zarini bt Ghazali, Unit Prasekolah/Permata PPDPP selaku penasihat dan diketuai oleh En. Zaidin bin Senik, SK Bukit Jelutong dengan kerjasama Mokaz Resources. Membawa tema 1 Spirit, 1 Team & 1 Soul, bengkel ini disertai oleh 50 orang guru prasekolah di dalam daerah Petaling Perdana.
Para peserta hadir pada jam 8 pagi bagi pendaftaran dan terus ke Camar Rimba dengan menaiki mini bas. Aktiviti dimulakan dengan taklimat daripada Jurulatih Utama,En Zaidin dan seterusnya oleh fasilitator daripada Mokaz Resources.Ice breaking pembuka tirai aktiviti yang mana setiap peserta perlu melakukan beberapa aktiviti bagi mengenali lagi personaliti rakan sepasukan.
Kemudian guru-guru diujji semangat berpasukan dalam aktiviti Explore Race yang mana setiap pasukan perlu bekerjasama dan menguji minda dalam menyelesaikan setiap tugasan bagi check point yang ditentukan. Slot ini menguji kekuatan pasukan dalam menyelesaikan masalah yang diberikan dan ternyata setiap kumpulan dapat melaksanakan tugasan dengan cemerlang.
Jumpa lagi =)
Para peserta hadir pada jam 8 pagi bagi pendaftaran dan terus ke Camar Rimba dengan menaiki mini bas. Aktiviti dimulakan dengan taklimat daripada Jurulatih Utama,En Zaidin dan seterusnya oleh fasilitator daripada Mokaz Resources.Ice breaking pembuka tirai aktiviti yang mana setiap peserta perlu melakukan beberapa aktiviti bagi mengenali lagi personaliti rakan sepasukan.
| Pembahagian nombor peserta bagi aktiviti "Kawan Rahsia" |
| Guru bersemangat menjawab setiap soalan daripada aktiviti |
| Kumpulan kuda dan ayam mempersembahkan trademark kumpulan masing-masing |
Selesai makan tengahari, stamina guru-guru prasekolah diuji dalam aktiviti Jungle Tracking yang mana peserta perlu memanjat bukit dan melalui kawasan yang ditetapkan secara berpasukan. Banyak tempat menarik yang dikunjungi sepanjang slot ini.
Akhirnya, bengkel melabuhkan tirainya pada jam 5 petang dengan ucapan penutup oleh Pn. Zarini Bt Ghazali, Pegawai Unit Prasekolah/Permata PPDPP. Semua peserta memberikan komitmen yang terbaik dan bengkel ini telah mencapai objektif. Terima kasih diucapkan kepada semua Pn. Zarini bt Ghazali selaku penasihat, En. Zaidin bin Senik selaku penyelaras,pihak Mokaz Resources selaku fasilitator, barisan Jurulatih Utama yang membantu dalam perjalanan program serta peserta-peserta yang hebat. Semoga bengkel ini memberi impak dalam kecemerlangan guru prasekolah di Daerah Petaling Perdana. 1 SPIRIT, 1 TEAM & 1 SOUL!
Gambar-gambar sekitar bengkel berlangsung...
Tuesday, April 3, 2018
BENGKEL SEMAKAN RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN PRASEKOLAH PPDPP
ASSALAMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA
PPD Petaling Perdana di bawak unit Prasekolah & Permata telah menganjurkan bengkel bagi menyemak semula format Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) bagi guru-guru prasekolah. Bengkel telah berlangsung pada 26 Mac 2018 bertempat di Makmal Komputer SK Putra Heights 2. Pn. Siti Zuhana (SK Putra Heights 2), Pn. Shuhana ( SK Bukit Kuchai), Pn. Nurul Asyeken ( SK Padang Jawa) serta Pn. Alesya (SK Seksyen 24) merupakan Jurulatih Utama Kurikulum Prasekolah bagi daerah PPDPP telah memberi bimbingan kepada setiap penyelaras agar dapat menghasilkan RPT yang terbaik. Semoga bengkel yang dijalankan memberi manfaat kepada guru prasekolah dalam memantapkan lagi PdPc.
![]() |
| Pn. Zarini memberi taklimat mengenai garis panduan pembinaan RPT |
![]() |
| Penyelaras tekun menyemak RPT bagi sekolah masing-masing |
![]() |
| Pn. Zuhana memberi penerangan tentang pembinaan RPT yang terbaik. |
Sunday, January 7, 2018
CEFR for Preschool (UPDATE)
Makluman terkini. Semua guru diminta mencetak bahan ini untuk dijadikan sebagai RPT B.Inggeris.
Sila klik link di bawah :
TEACHER'S KIT (SOW)-LATEST
WORKSHOP MATERIAL
Sila klik link di bawah :
TEACHER'S KIT (SOW)-LATEST
WORKSHOP MATERIAL
Posted in: DownloadThursday, December 7, 2017
PELAKSANAAN CEFR
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Pelaksaan CEFR di peringkat prasekolah akan dilaksanakan bermula tahun 2018. Seramai 40 peserta telah mengikuti kursus bagi mendapat pendedahan mengenai pelaksanaannya. Berikut merupakan bahan-bahan sepanjang kursus dijalankan bagi maklumat dan rujukan guru-guru.
MUAT TURUN BAHAN
CEFR

PERMOHONAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) SAMBILAN BAGI PRASEKOLAH PPDPP
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Sambilan bagi kelas prasekolah di PPDPP boleh mula dipohon. Berikut ...

August 08, 2018
Mofazri