PPD Petaling Perdana Johan Futsal Prasekolah Negeri Selangor 2018, TAHNIAHH!
Pasukan futsal prasekolah PPD Petaling Perdana telah muncul johan pada Karnival Permainan Futsal Smart Kick dan Bola Jaring FunBall Prasekolah peringkat Negeri Selangor tahun 2018.
One Spirit, One Team, One Soul
BENGGKEL MEMBINA SEMANGAT BERPASUKAN "1 SPIRIT 1 TEAM 1 SOUL" GURU PRASEKOLAH PETALING PERDANA
Sunday, October 8, 2017
PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH
PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH
PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2017
20 SEPTEMBER 2017
DE PALMA HOTEL SHAH ALAM
PERASMI:
TUAN HAJI MOHD SALLEH BIN MOHD KASSIM.S.I.S
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
KETIBAAN TUAN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
TEAM PERKUSI n FORMASI
NAIB JOHAN PERKUSI n FORMASI PRASEKOLAH NEGERI SELANGOR 2017
JOHAN BAGI ACARA MENULIS AYAT MUDAH BAHASA INGGERIS
NAIB JOHAN BAGI ACARA NYANYIAN SOLO
ALHAMDULILLAH...SYUKUR KEHADRAT ILAHI KERANA DAERAH PETALING PERDANA DINOBATKAN SEBAGAI JOHAN KESELURUHAN PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2017.
Friday, August 25, 2017
PROGRAM BIJAK PRASEKOLAH PERINGKAT PPD PETALING PERDANA 2017
ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA
PPD Petaling Perdana akan menganjurkan Program Bijak Prasekolah pada 6-7 September 2017. Setiap guru prasekolah mengambil tindakan menghantar peserta mengikut keperluan dan pembahagian kategori.
Kategori :
1. Menyusun Huruf Menjadi Perkataan (Zon Perkasa 1)
2. Menyusun Perkataan Menjadi Ayat ( Zon Perkasa 2)
3. Smart Speller ( Zon Panglima 1)
4. Menulis Ayat Mudah ( Zon Panglima 2)
5. Nyanyian Solo (Terbuka)
MUAT TURUN SYARAT PERTANDINGAN PROGRAM BIJAK PRASEKOLAH
PROGRAM PEMANTAUAN KOLABORASI BERSAMA JPN, PPD DAN JURULATIH UTAMA
Pada 2 Ogos 2017, pemantauan telah dibuat bersama-sama JPNS, PPD dan Jurulatih Utama PPD Petaling Perdana bagi membantu guru-guru prasekolah memperbaiki kaedah PdPc. Pemantauan ini bertujuan untuk meningkatkan bilangan murid yang menguasai kemahiran-kemahiran di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris murid Prasekolah. Diharapkan kunjungan ini dapat membantu guru menggunakan teknik yang sesuai dan pelbagai bagi mencapai Standard Prestasi yang tertinggi di hujung tahun.
Tuesday, May 16, 2017
RUMUSAN DATA IPPK 2017
ASSALAMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA
Mohon kepada semua penyelaras untuk membuat rumusan data IPPK bagi setiap sekolah dan menghantar semula data tersebut kepada zarini.ppdpp@btpnsel.edu.my.
Sekian terima kasih.
MUAT TURUN TAPAK RUMUSAN IPPK
TAPAK IPPK SEKOLAH
Mohon kepada semua penyelaras untuk membuat rumusan data IPPK bagi setiap sekolah dan menghantar semula data tersebut kepada zarini.ppdpp@btpnsel.edu.my.
Sekian terima kasih.
MUAT TURUN TAPAK RUMUSAN IPPK
TAPAK IPPK SEKOLAH
Monday, April 10, 2017
PEKELILING IKHTISAS PELAKSANAAN KSPK SEMAKAN 2017
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan) telah dilaksanakan pada tahun 2017. Justeru setiap penyelaras dikehendaki menyimpan Pekeliling Ikhtisas Pelaksanaan KSPK Semakan 2017 di dalam sistem fail prasekolah. Setiap guru juga boleh memuat turun KSPK (Semakan) Versi terbaharu dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris beserta soalan lazim berkaitan Prasekolah daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Muat turun bahan di bawah:
FAQ KSPK SEMAKAN
PEKELILING IKHTISAS PELAKSANAAN KSPK SEMAKAN
KSPK SEMAKAN VERSI BM TERKINI
KSPK SEMAKAN VERSI BI
Wednesday, April 5, 2017
PENGISIAN DATA INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2017
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Semua guru prasekolah akan menghadiri bengkel pengisian data IPPK bagi 2017. Sehubungan dengan itu, setiap guru perlu muat turun tapak IPPK bagi memudahkan pengisian. Mohon setiap guru membaca dahulu MANUAL PENGGUNAAN IPPK serta slaid yang telah disediakan. Guru juga Setiap guru dikehendaki mengisi maklumat berikut:
1. Nama murid (HURUF BESAR) yang diisi murid 5+ dahulu diikuti murid 4+.
2. Nombor MyKid (Contoh : 110101-10-1234 )
3. Jantina Murid
4. Umur murid akan diisi secara automatik
5. Agama
6. Tahun kemasukan ke Prasekolah
7. Murid tersebut mengambil subjek Pendidikan Islam / Pendidikan Moral.
Setiap guru perlu membawa laptop, Telefon bimbit YES (untuk data), wayar penyambung serta EVIDENS bagi pengisian data Petaksiran Kali Pertama.
Terima kasih
Muat turun di sini
IPPK 2017
Semua guru prasekolah akan menghadiri bengkel pengisian data IPPK bagi 2017. Sehubungan dengan itu, setiap guru perlu muat turun tapak IPPK bagi memudahkan pengisian. Mohon setiap guru membaca dahulu MANUAL PENGGUNAAN IPPK serta slaid yang telah disediakan. Guru juga Setiap guru dikehendaki mengisi maklumat berikut:
1. Nama murid (HURUF BESAR) yang diisi murid 5+ dahulu diikuti murid 4+.
2. Nombor MyKid (Contoh : 110101-10-1234 )
3. Jantina Murid
4. Umur murid akan diisi secara automatik
5. Agama
6. Tahun kemasukan ke Prasekolah
7. Murid tersebut mengambil subjek Pendidikan Islam / Pendidikan Moral.
Setiap guru perlu membawa laptop, Telefon bimbit YES (untuk data), wayar penyambung serta EVIDENS bagi pengisian data Petaksiran Kali Pertama.
Terima kasih
Muat turun di sini
IPPK 2017
Tuesday, April 4, 2017
BENGKEL FLIPPED CLASSROOM BAGI GUR PRASEKOLAH PETALING PERDANA 2017
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Unit Prasekolah PPD Petaling Perdana telah menganjurkan Bengkel Flipped Classroom Prasekolah pada 30-31 Mac 2017 bertempat di SK Seksyen 24 Shah Alam. Peserta diberi panduan bagaimana melaksanakan Flipped Classroom yang merupakan salah satu elemen Pembelajaran Abad ke 21. Terima kasih diucapkan kepada Pegawai Unit Prasekolah PPD Petaling Utama Pn. Nik Asyikin dan barisan Jurulatih Utama PPD Petaling Utama atas berkongsian ilmu dan maklumat mengenai Flipped Classroom. Diharapkan juga guru yang terpilih mula merancang dan melaksanakan flipped classroom.
PERMOHONAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) SAMBILAN BAGI PRASEKOLAH PPDPP
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Sambilan bagi kelas prasekolah di PPDPP boleh mula dipohon. Berikut ...



October 08, 2017
juprapetaling




































