Tuesday, September 22, 2015

PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2015

Salam 1 Malaysia.

Program Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah Peringkat Negeri Selangor telah diadakan pada 15 September 2015 di Hotel Goldcourse Klang.  Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Zainuren bin Hj Mohd Nor SMP,AAP.
Pengarah Pendidikan Negeri Selangor.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Menulis Ayat Mudah, Bercerita Bahasa Inggeris, Syarahan Bahasa Melayu, Nyanyian Solo, Reka Cipta dan Pertandingan Muzik Perkusi dan  Formasi.

Pasukan Prasekolah PPD Petaling Perdana telah menghantar penyertaan yang diwakili oleh pemenang setiap acara di peringkat daerah.  Tahniah kepada adik Chuah Qi Hui,SJK (C) Tun Tang Cheng Lock telah menjadi johan Bercerita Bahasa Inggeris.  Tahniah juga kepada pasukan Reka Cipta daripada SK Seksyen 2 Bandar Kinrara di bawah bimbingan Cikgu Hazaida kerana telah berjaya mendapat tempat ke-3.

Walaupun tiada rezeki memenangi acara lain, namun persembahan setiap perserta amat membanggakan.  Tahniah kepada peserta bagi setiap acara berikut:

  • Nyanyian Solo-Ariesha Ariana bt Mohd Nor (SK Alam Megah 2)
  • Syarahan Bahasa Melayu-Mirza Ayuni bt Anuar (SK Puchong Utama 2)
  • Menulis Ayat Mudah -Arissa bt Khairul Anuar (SK Bukit Jelutong)
  • Pertandingan Muzik Perkusi dan Formasi - SK Seksyen 9, Shah Alam 
Setiap usaha peserta dan guru pembimbing amat dihargai.  Anda tetap juara di mata kami.

 Persembahan pasukan Muzik Perkusi dan Formasi yang hebat

 Persembahan lagu Rama-rama oleh adik Ariesha Ariana
 Pasukan Reka Cipta berjaya mendapat tempat ke-3

Adik Chuah Qi Hui menjadi Johan Bercerita Bahasa Inggeris bersama pegawai PPDPP Prasekolah Pn Zarini bt Ghazali

Persembahan Adik Chuah Qi Hui yang menambat hati juri.

Persembahan hebat dari SK Seksyen 9

Wednesday, August 19, 2015

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN #sehatisejiwa

Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan pada tahun 2015 lebih menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2015

Pautan Sumber: mysumber.com

Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan pada tahun 2015 lebih menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2015. Pemilihan tema #sehatisejiwa telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek #sehatisejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada. Sebagai makluman, mulai tahun 2015 sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun.

Pautan Sumber: mysumber.com 

Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan pada tahun 2015 lebih menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2015 Pemilihan tema #sehatisejiwa telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek #sehatisejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada Sebagai makluman, mulai tahun 2015 sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU PRASEKOLAH DAERAH PETALING PERDANA 2015

Salam 1 Malaysia...

PPD Petaling Perdana telah menganjurkan Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-Guru Prasekolah Petaling Perdana pada 11-13 Ogos 2015 bertempat di Pangkor Coral Bay Resort, Pulau Pangkor Perak.

Seramai 33 peserta telah menyertai kursus ini berjaya memperoleh banyak ilmu dalam bidang pengurusan kurikulum & pentaksiran, inovasi serta pembinaan BBM yang kreatif.  Guru-guru didedahkan mengenai ciri-ciri pembelajaran Abad ke-21 supaya bersedia diadaptasikan di kelas prasekolah.
Pengisian slot Inovasi dalam Pdp pula disampaikan oleh En Azhar Ariffin yang menerangkan ciri-ciri inovasi yang berkesan dan cara menghasilkan bahan inovasi yang berjaya memberi impak dalam pdp.

Slot Let's Be Creative with Children yang disampaikan oleh Dr Hjh Saayah Abu pula memberi peluang guru-guru menghasilkan bahan secara hands-on serta cara mengaplikasikan bahan tersebut di dalam pdp.

Setiap peserta teruja dan komited sepanjang kursus dijalankan dan diharapkan agar setiap ilmu diaplikasikan di kelas prasekolah serta disampaikan kepada rakan-rakan yang lain.

Jom kita lihat aktiviti sepanjang kursus dijalankan...

SEKITAR PERTANDINGAN REKACIPTA BAHAN INOVASI GURU-GURU PRASEKOLAH DAERAH PETALING PERDANA

           Salam 1 Malaysia.  PPD Petaling Perdana telah berjaya menganjurkan Pertandingan Rekacipta Bahan Inovasi Guru-Guru Prasekolah Daerah Petaling Perdana pada 24 Jun 2015 bertempat di Dewan Al-Madani SMK Seksyen 18 Shah Alam.
          Pertandingan ini dianjurkan bagi menggalakkan guru mencipta inovasi dalam proses Pdp serta menyediakan peluang bagi guru menampilkan hasil inovasi mereka.

          Seramai 7 peserta kategori individu serta 32 peserta kategori kumpulan telah menyertai pertandingan ini.  Bahan inovasi yang dipertandingkan sangat mengkagumkan dan membuktikan guru-guru prasekolah daerah Petaling Perdana proaktif. Tahniah kepada yang berjaya dan teruskan usaha untuk peserta yang lain.

Thursday, June 18, 2015

BENGKEL KEMAHIRAN & TEKNIK ASAS PERMAINAN ALAT PERKUSI UNTUK GURU-GURU PRASEKOLAH DAERAH PETALING PERDANA 2015

Diadakan di Dewan Harmoni SK Bandar Sunway pada 17 Jun 2015 bermula jam 8.30 pagi. Bengkel yang telah berlangsung hampir enam jam ini telah dikelolakan oleh Penceramah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) iaitu En. Azhar

Pengerusi Majlis En Fazri memulakan ucapan pembuka majlis

 En Azhar memulakan sesi Bengkel Kemahiran & Teknik Asas Permainan Alat Perkusi

 Peserta bengkel yang sedang khusyuk mendengar sesi ceramah daripada En Azhar

 Sesi latihan

 Persembahan Berkumpulan Permainan Alat Perkusi sedang bermula

 Johan Permainan Alat Perkusi

 Tempat Kedua Permainan Alat Perkusi

 Tempat Ketiga Permainan Alat Perkusi

 Antara peserta-peserta Bengkel Kemahiran & Teknik Asas Permainan Alat Perkusi

Friday, June 12, 2015

PERTANDINGAN REKACIPTA BAHAN INOVASI GURU-GURU PRASEKOLAH DAERAH PETALING PERDANA 2015

Pertandingan Rekacipta Bahan Inovasi Guru Prasekolah peringat Petaling Perdana Akan diadakan pada 24 Jun 2015 bertempat di Dewan Al-Madani SMK Seksyen 18, Shah Alam dari jan 8.30 pagi-5.30 petang.  Klik pada link di bawah bagi syarat-syarat pertandingan. Semoga berjaya buat guru-guru Prasekolah Petaling Perdana.

Syarat Pertandingan Rekacipta Bahan Inovasi Guru Prasekolah

IKLAN PENGAMBILAN MURID PRASEKOLAH BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa iklan pengambilan murid prasekolah bagi sesi persekolahan tahun 2016 boleh dibuka bermula 1 Jun 2015- 30 Ogos 2015.  Borang permohonan masuk bagi murid praskeolah tahun 2016 boleh dimuat turun dari Jabatan Pendidikan Selangor atau dapatkan dari semua sekolah rendah yang melaksanakan program pendidikan prasekolah yang berdekatan.

PERMOHONAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) SAMBILAN BAGI PRASEKOLAH PPDPP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Sambilan bagi kelas prasekolah di PPDPP boleh mula dipohon. Berikut ...

Design by Wordpress Theme Edited by Mofazri | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes