Sunday, March 29, 2015

PERTANDINGAN BOLING TENPIN GURU & PPM PRASEKOLAH NEGERI SELANGOR 2015

Tarikh    :     04 April 2015 ( Sabtu )
Masa         : 08.30 Pagi
Tempat     : Dream Bowl , Airport Sport Complex , Bandar Baru Nilai


  1. KATEGORI

    1. Individu
    2. Berpasukan


  1. KELAYAKAN/ PENYERTAAN

    1. Semua guru  dan Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah Negeri
Selangor  adalah  layak untuk menyertai pertandingan.

    1. Setiap daerah dikehendaki menghantar 2 pasukan dan setiap pasukan
terdiri daripada;
                       A. Dua (2) orang guru prasekolah
                       B. Dua (2) orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM)

    1. Setiap daerah TIDAK DIBENARKAN menghantar lebih daripada
2 orang peserta lelaki. Kedua-dua peserta tersebut bebas bermain dalam mana-mana pasukan.

    1. Setiap pasukan yang mengambil bahagian adalah mewakili daerah
        masing-masing.


  1. YURAN PENYERTAAN

    1. Yuran penyertaan bagi setiap daerah ialah RM200.00 (lane dan kasut)
    2. Yuran dibayar semasa pengesahan pendaftaran pada hari pertandingan.


  1. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

    1. Pertandingan akan dijalankan secara ’cross lane’ dan setiap peserta                
        akan bermain sebanyak 3 game di  lorong  yang  sama.

    1. Setiap pasukan akan diwakili oleh 2 orang guru dan 2 orang PPM.

    1. Peserta lewat;

      a. Apabila game kedua telah dimulakan, ”blind score” akan diberi bagi game pertama.

      b. Peserta yang datang selepas tamat game kedua, penyertaan akan dibatalkan.

    1. PPPD Prasekolah/ PERMATA adalah pengurus pasukan bagi daerah
masing-masing.


  1. JADUAL HARI PERTANDINGAN

09.00 pagi    :    Pengesahan pendaftaran
09.30 pagi    :    Taklimat pertandingan
10.00 pagi    :    Pertandingan bermula
11.30 pagi    :    Penyampaian hadiah dan sijil
12.15 pagi    :    Bersurai


  1. PENENTUAN PEMENANG

    1. Pemenang adalah berdasarkan jumlah jatuhan pin.
    2. Tempat pertama hingga kelima bagi  setiap kategori.
    3. Keputusan pertandingan adalah berdasarkan skor yang diperolehi
melalui cetakan komputer.

    1. Penentuan bilangan peserta, syarat pertandingan dan kategori yang
dipertandingkan adalah bergantung kepada keputusan Jawatankuasa
pengelola.

    1. Sekiranya terdapat persamaan dalam jumlah jatuhan pin maka jatuhan pin bagi game yang terakhir akan ditentukan sebagai pemenang.


  1. HADIAH DAN SIJIL

    1. Hadiah berbentuk hamper  disediakan bagi pemenang tempat
pertama hingga ke lima bagi Kategori  Individu.

    1. Bagi Kategori Berpasukan hadiah akan diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga ke tiga sahaja.

    1. Sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta yang mengambil
          Bahagian dan disediakan oleh daerah masing-masing.

  1. PENDAFTARAN PESERTA

    1. Semua peserta dikehendakli mendaftar kehadiran di kaunter
pendaftaran semasa hari pertandingan.

    1. Semua daerah dikehendaki mengisi Borang Penyertaan yang
disediakan.

    1. Tarikh tutup penghantaran borang penyertaan ialah sebelum jam
5.00 petang, 1 April 2015 ( Rabu )

    1. Penghantaran  Borang Pendaftaran boleh  melalui  e-mel berikut;
                    Alamat e-mel  : zykasia@yahoo.com  

                   5. Pertanyaan berkenaan  pendaftaran:
                   En Mohamad Rodzi bin Abdul Aziz                                                      
                   PPPD Prasekolah / PERMATA                                                                             
                   No.H/P : 019 2797343

LAWATAN PENANDA ARASAN KE PRASEKOLAH DAERAH KUALA SELANGOR

Pada 5 Mac 2015, seramai 38 orang guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid (PPM) telah menyertai Lawatan Penanda Arasan ke SK Tanjong Karang dan SK Sultan Abdul Aziz Kg. Kuantan di daerah Kuala Selangor anjuran PPD Petaling Perdana.

Aspek yang dilihat adalah dari segi pengurusan prasekolah, 3K dan juga keindahan landskap sebagai garis panduan bagi guru & PPM Prasekolah Petaling Perdana.  Terima kasih diucapkan kepada PPD Kuala Selangor serta sekolah terlibat yang mengalu-alukan kedatangan kami.

Semoga segala ilmu yang bermanfaat dapat diaplikasikan oleh guru & PPM Prasekolah Daerah Petaling Perdana dalam memperkasa fasiliti dan ruang pembelajaran yang lebih kondusif.













Tuesday, March 3, 2015

Mesyuarat Penyelarasan JU Prasekolah Petaling Perdana Bil/2 2015

Mesyuarat penyelarasan JU Prasekolah Petaling Perdana untuk kali ke 2 bagi tahun 2015 telah berlangsung di SK Alam Megah 3 pada 3 Mac 2015. Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh Pen.Peg. Prasekolah PPDPP Puan Zarini Bt. Ghazali.

Mesyuarat pada kali ini lebih tertumpu kepada penyelarasan program-program prasekolah sepanjang tahun 2015. Semua JU yang telah dilantik di amanahkan untuk merancang dan melaksanakan setiap program yang telah di tetapkan di dalam takwim prasekolah PPDPP tahun 2015.



Monday, September 9, 2013

Video GerakTari 1Malaysia


Sila download dengan sabar, kelajuan proses download bergantung kepada kelajuan talian internet anda.

Nota:
Anda akan diminta untuk memasukkan username dan password yang telah diberikan. Kami memohon agar guru prasekolah PPDPP tidak berkongsi username dan password dan juga video yang telah di muat turun di mana-mana media sosial , video ini adalah di bawah hak cipta KPM sepenuhnya dan ianya hanya untuk kegunaan guru prasekolah sahaja. Sila unzip file yang telah didownload, untuk unzip file-file zip, anda memerlukan perisian Zip. Klik di sini untuk download perisian Winzip secara percuma. Abaikan jika ia telah ada di komputer anda. Sebarang masalah sila hubungi kami di ruangan pertanyaan DISINI.

Monday, July 29, 2013

BORANG PENYERTAAN BERCERITA BAHASA INGGERIS DAN BAHASA MALAYSIA BIJAK PRASEKOLAH 2013

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Bersama-sama ini saya sertakan borang penyertaan tambahan untuk dihantar kepada pihak urusetia pada taklimat pengurus peserta pada 31.7.2013. Diharap guru-guru dapat mengambil langkah yang sewajarnya serta membawa semua borang penyertaan bersama dengan SYARAT-SYARAT  DAN PERATURAN AKTIVITI BIJAK PRASEKOLAH KPM serta KERTAS KONSEP BERCERITA PRASEKOLAH EDISI 2013 pada talimat pengurus peserta di SK Puchong Utama 3 pada hari rabu, 31.7.2013.

Sekian, terima kasih.


Saya yang menurut perintah ,

EN. BASER BIN HUSSIN
PENOLONG PPD PRASEKOLAH / PERMATA
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PETALING PERDANA

Friday, July 26, 2013

Kertas Konsep Pertandingan Bercerita BM dan BI 2013



 

Guru-guru prasekolah PPDPP boleh download Kertas Konsep Bercerita BM dan BI edisi 2013 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk rujukan guru-guru prasekolah. Kertas konsep ini akan diguna pakai untuk pertandingan bercerita BM dan BI murid prasekolah daerah Petaling Perdana yang akan di adakan pada bulan September akan datang.

TAKLIMAT PENGURUS PESERTA PROGRAM KECEMERLANGAN PRASEKOLAH DAERAH PETALING PERDANA BAGI TAHUN 2013



Dengan segala hormatnya sukacita dimaklumkan Unit Prasekolah Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana akan mengadakan mesyuarat berkenaan seperti ketetapan di bawah:-

            Tarikh                         :           31 Julai 2013 (Rabu)

            Tempat                       :           Bilik Mesyuarat
                                                            SK Puchong Utama 3
                                                            Lorong Puchong Utama 1,
                                                            Taman Puchong Utama,
                                                            47100 Puchong, Selangor
                                                           
Masa                          :           1:00 petang

Sehubungan dengan itu, Unit Prasekolah Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana meminta SEORANG GURU PRASEKOLAH hadir dan membawa borang pendaftaran pertandingan yang telah boleh di dapati pada pautan link download dibawah:

Download Borang Pendaftaran


Sekian, terima kasih.


Saya yang menurut perintah
.
EN. BASER BIN HUSSIN
PENOLONG PPD PRASEKOLAH / PERMATA
PEJABAT PENDIDIKAN PETALING PERDANA

PERMOHONAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) SAMBILAN BAGI PRASEKOLAH PPDPP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Sambilan bagi kelas prasekolah di PPDPP boleh mula dipohon. Berikut ...

 
Design by Wordpress Theme Edited by Mofazri | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes