Tuesday, April 27, 2010

Rancangan Tahunan KSPK 2010




Makluman kepada semua guru prasekolah Daerah Petaling Perdana.

Alhamdulillah, Rancangan Tahunan KSPK kita di peringkat akhir kawalan mutu. Insyallah, semua guru akan mendapat salinan secara 'soft copy' untuk diguna sebelum mendapat buku yang siap dicetak. Semoga bahan ini dapat dimanfaatkan untuk menyediakan Rancangan Harian. Tahniah kepada semua yang telah menyumbang tenaga dan idea bagi merealisasikan Rancangan Tahunan KSPK ini.

Friday, April 23, 2010

KEMPEN DERMA DARAH UNIT PRASEKOLAH PEJABAT PELAJARAN DAERAH PETALING PERDANA

KEMPEN DERMA DARAH UNIT PRASEKOLAH PEJABAT PELAJARAN DAERAH PETALING PERDANA

TARIKH : 6 MEI 2010
TEMPAT : ANJUNG PERDANA,
PEJABAT PELAJARAN DAERAH PETALING PERDANA
JLN KEPUK 19/2 SEKSYEN 19
SHAH ALAM.

DIMINTA SEMUA GURU BESAR, GURU PRASEKOLAH DAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID HADIR UNTUK MENJAYAKAN KEMPEN DERMA DARAH INI.

" MENDERMA DARAH SEMULIA-MULIA SEDEKAH"

MAKLUMAN SEMASA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN

MAKLUMAN PENTING:
Hasil maklum balas daripada masalah semasa proses pengisian data pada 22/4/2010 (Khamis). Pihak pentadbir sistem menasihatkan agar:

1. Proses Key-in maklumat boleh mula dibuat pada awal bulan Mei 2010.
2. Pengguna diingatkan agar tidak menukar password untuk login.
3. Latihan pengisian maklumat boleh dibuat menggunakan http://spk.tmsasia.com. Untuk latihan sahaja. Data sebenar perlu disi pada awal bulan Mei 2010. Hal ini bagi mengelak berlaku sebarang keciciran maklumat semasa pihak pentadbir mengubah tapak sistem kepada http://www.moe.gov.my/spk.

Harap mendapat perhatian semua. Segala maklumat semasa boleh diperolehi daripada blog Unit Prasekolah PPD Petaling Perdana.


Sekian, Terima Kasih

Saturday, April 17, 2010

SISTEM MAKLUMAT PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Makluman kepada semua guru prasekolah Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana. Satu latihan pengisian data Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan akan diadakan pada ketetapan berikut.



Tarikh; 22.04.2010 ( Khamis)



Tempat : Makmal Bestari S.K Seafield.



Keperluan yang perlu di bawa:


1. Komputer riba
2. Broadband


3. Maklumat guru
4. Maklumat PPM
5. Maklumat Murid ( sama dgn data SMM)

Anda perlu memuat turun MANUAL PENGGUNAAN SMPK . Manual ini perlu dicetak sebagai nota dan persediaan latihan. Untuk download sila klik link dibawah.

                                           DOWNLOAD



“Saya sering gusar dengan data yang tidak konsisten, maka saya juga berbangga Kementerian saya telah pun berjaya menyediakan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan, dengan satu klik saja saya boleh akses kepada maklumat prasekolah semua agensi kerajaan dan swasta di seluruh negara. Syabas kepada semua pihak yang sama-sma telah membangunkan sistem ini, walaupun, masih dalam peringkat ujian rintis tapi ini merupakan satu inovasi dalam pendidikan prasekolah. Data yang tepat ini membolehkan kita merancang strategi yang lebih berkesan terutamanya perancangan peluasan prasekolah kerana didapati prasekolah masih diperlukan di kawasan luar bandar, pedalaman dan tidak ketinggalan kawasan miskin bandar.”

TEKS UCAPAN

YAB TAN SRI DATO’ MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN

TIMBALAN PERDANA MENTERI

MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

MAJLIS PELANCARAN

PEMBERIAN GERAN PERMULAAN PRASEKOLAH SWASTA

DI BAWAH BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NASIONAL (NKRA) PENDIDIKAN

BERTEMPAT DI TADIKA WAWASAN GEMILANG, SUNGAI BUAYA, RAWANG, HULU SELANGOR

PADA 12 APRIL 2010 JAM 10.00 PAGI.

Monday, April 5, 2010

Tuesday, March 23, 2010

BAHAN MESYUARAT PENGURUSAN PROGRAM PRASEKOLAH UNTUK GURU BESAR PADA 23 MAC 2010

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1FBDB10
2D96C39E
4DC3C9AD
Bahan ini boleh dimuat turun melalui link di bawah. Sila klik pada icon download dibawah.



 


DOWNLOAD 


Sekian Terima Kasih

Wednesday, March 17, 2010

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PPM PETALING PERDANA 2010






Pada 4hbMac2010,Persatuan PPM Petaling Perdana telah mengadakan mesyuarat agung. Ini adalah mesyuarat agung kali ke 2 semenjak persatuan PPM di tubuhkan pada tahun 2008. Terima kasih dari persatuan kepada ahli jawatankuasa sesi 2008/2009 yang telah memberi kerjasama dan sumbangan penuh dedikasi serta tanggungjawab pada persatuan. Tahniah kepada barisan ajk baru bagi sesi 2010/2011. Terima kasih juga kepada Cik Zaiton kerana memberi sokongan padu pada persatuan.

PERMOHONAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) SAMBILAN BAGI PRASEKOLAH PPDPP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Sambilan bagi kelas prasekolah di PPDPP boleh mula dipohon. Berikut ...

 
Design by Wordpress Theme Edited by Mofazri | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes