Salam 1 Malaysia..
PPD Petaling Perdana akan menganjurkan Pertandingan Pakaian Beragam Sempena Bulan Kemerdekaan PPD Petaling Perdana pada 20 September 2016. Berikut adalah syarat-syarat penyertaan :
1. Pertandingan ini adalah anjuran PPD Petaling Perdana. Pertandingan ini terbuka kepada murid
prasekolah PPD Petaling Perdana Sahaja.
2. Setiap satu sekolah dibenarkan menghantar
SEORANG murid prasekolah sahaja.
3. Bagi zon
MBSA dikehendaki menghantar peserta murid
perempuan sahaja.
4. Bagi zon
MPSJ dikehendaki menghantar peserta murid
lelaki sahaja.
5. Tema dan konsep pakaian adalah patriotik dan futuristik.
Penyertaan hendaklah dihantar selewat-lewatnya
30 Ogos 2016 kepada Pn Zarini binti Ghazali
Unit Prasekolah PPD Petaling Perdana.
6. Para peserta diwajibkan melengkapkan borang penyertaan. Sekiranya didapati maklumat tidak
lengkap/ tidak sah, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan tanpa notis awal.
Muat turun borang penyertaan
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM