Friday, August 3, 2012

Hari Potensi Prasekolah PPDPP 2012

Hari Potensi Prasekolah Petaling Perdana telah berlangsung dengan jayanya  dimana bagi peringkat Zon MBSA  diadakan pada 16 Julai 2012, Zon MPSJ pada 17 Julai 2012 dan Peringkat Daerah pada 19 Julai 2012 yang lalu. Berikut adalah senarai penuh pemenang bagi Peringkat Daerah:

JOHAN KESELURUHAN
ZON MPSJ

Ejaan BM 
1. SK TTDI
2. SK PUCHONG UTAMA 3
3. SK BUKIT JELUTONG

   
EJAAN BI
1. SK DATO ONN JAAFAR
2. SK SETIA ALAM 
3. SK TUN SAMBANTHAN

BERCERITA BM
1. SK SS 1 BANDAR KINRARA
2. SK SS 13 SHAH ALAM
3. SK SERI SERDANG

BERCERITA BI
1. SK TUN TAN CHENG LOCK
2. SK TUN SAMBANTHAN
3. SK JALAN U3

TARIAN
1. SK BUKIT JELUTONG
2. SK SEKSYEN 19 SHAH ALAM
3. SK RAJA MUDA

NYANYIAN DAN GERAKAN
1. SK TUN TAN CHENG LOCK
2. SK SEKSYEN 24 SHAH ALAM
3. SK SETIA ALAM

HAFAZAN
1. SK USJ 12
2. SK SUBANG JAYA
3. SK SEKSYEN 7 SHAH ALAM







                                                                                                          

                                                                                  

                           

                                                                     

Wednesday, July 18, 2012

Set Fun Kids Athletics Prasekolah



 Guru-guru prasekolah khususnya di negeri Selangor boleh merujuk kepada katalog dan sebut harga Set Fun Kids Athletics yang dikeluarkan oleh Pascal Marketing Sdn.Bhd dan diedarkan oleh pengedar tunggal Edaran Pro Dinasti yang beribu pejabat di Klang, Selangor. Set Fun Kids Athletics ini merupakan set peralatan sukan yang di reka berasaskan program Kids Athletics IAAF dan telah diubahsuai mengikut spesifikasi serta kesesuaian murid prasekolah. Guru boleh membeli satu set lengkap ataupun hanya memilih alatan yang tertentu sahaja seperti yang tersenarai dalam katalog. Sebarang pertanyaan dan tempahan sila berhubung terus dengan pengedar.

Edaran Pro Dinasti
Tel : 0333727818
Faks : 0333738817
Hp : 0123228612 (En Mohd Azman)

Tuesday, July 3, 2012

Kursus Peningkatan Profesionalisme Bahasa Inggeris Untuk Guru Prasekolah 2012

Jabatan Pelajaran Selangor akan menganjurkan Kursus Peningkatan Profesionalisme Bahasa Inggeris Untuk Guru Prasekolah ( Kumpulan 5 ) bagi tahun 2012. Guru-guru prasekolah daerah Petaling Perdana yang terlibat dengan kursus berkenaan di kehendaki hadir berdasarkan ketetapan seperti berikut:

Tarikh                    :  4 hingga 6 Julai 2012

Tempat                  :  Concorde Inn
                                Jalan KLIA 1/60, KLIA
                                43900 Sepang, Selangor DE.

Masa Pendaftara    :  2.00 Petang ( 4 Julai 2012 )

Kursus di jangka bermula pada pukul 2.30 petang selepas sesi pendaftaran. Mohon guru-guru agar menepati waktu yang telah ditetapkan bagi melancarkan perjalanan kursus. Senarai bahan keperluan kursus yang perlu di bawa ialah KSPK, story book, big book, kamus, pensil warna/crayon dan gunting. Sebarang masalah dan pertanyaan sila berhubung dengan pegawai unit prasekolah PPDPP En. Abdul Ghani Ab Rahim.

Wednesday, June 20, 2012

Video Rintis Kids Athletics

 

Pihak admin blog prasekolah PPDPP mohon maaf atas kelewatan memuat naik video Program Rintis Kids Athletics di SK Seksyen 7 atas masalah teknikal dan saiz fail yang agak besar. Guru-guru boleh boleh memuat turun terus video tersebut dengan klik link download di bawah. Semoga video ini dapat membantu guru-guru dalam melatih murid-murid prasekolah dan menjadi rujukan di masa akan datang. Sebarang persoalan dan pertanyaan tentang kids athletics boleh kemukakan pada ruangan hubungi kami.. Majulah sukan untuk negara!

Download:
Video Rintis Kids Athletics

Thursday, June 14, 2012

Borang Penyertaan Hari Potensi PPDPP 2012

Berdasarkan mesyuarat AJK GB,ahli-ahli mesyuarat telah bersetuju mengadakan hari potensi pada 16 Julai 2012 bagi Zon MBSA dan 17 Julai bagi Zon MPSJ. Bagi peringkat daerah pula akan diadakan pada 19 Julai 2012. Sila download borang penyertaan mengikut zon dan borang yang telah lengkap perlu dihantar semasa taklimat pengurus peserta yang akan di adakan pada 20 Jun 2012 bertempat di Dewan Anjung Budi, SK Seksyen 19 Shah Alam.
 
Download: 
 
Surat Taklimat Pengurus Peserta 
Borang penyertaan Zon MBSA
Borang penyertaan Zon MPSJ 

Thursday, May 24, 2012

Inovasi Guru Prasekolah Petaling Perdana 2012

Pertandingan Bahan Inovatif Guru Prasekolah peringkat PPD Petaling Perdana bagi tahun 2012 telah di adakan pada 4 April yang lalu, bertempat di Dewan Sinar Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Puan Zaiton Bt. Arshad iaitu Ketua Penolong PPD Pengurusan Sekolah di PPD Petaling Perdana.

Dua kategori di pertandingkan iaitu kategori berkumpulan dan individu. Sebanyak 36 kumpulan menyertai pertandingan pada tahun ini manakala kategori individu 5 penyertaan. Pertandingan telah di adili oleh 5 orang hakim jemputan iaitu Pn. Azimah dari PPD Gombak, Encik Zaimi dari PPD Kuala Selangor dan Encik Nan dari PPD Kuala Langat. Manakala 2 lagi hakim ialah Pn. Norashikin, guru prasekolah SK Padang Jawa dan Pn. Liew, guru prasekolah dari SJKC Subang.

Pemenang bagi pertandingan ini akan di umumkan pada Hari Kualiti Prasekolah yang dijangka berlangsung pada September.

Monday, May 14, 2012

Lawatan Penanda Aras ke SK Paroi Jaya, Seremban

Bagi tahun 2012 , Unit Prasekolah Petaling Perdana telah memilih kelas Prasekolah SK Paroi Jaya , Seremban sebagai destinasi lawatan penanda aras. Seramai 40 orang ahli rombongan yang terdiri daripada guru-guru prasekolah, pembantu pengurusan murid dan juga guru-guru besar daerah Petaling Perdana telah menyertai program ini.

Ketibaan rombongan telah disambut oleh GB SK Paroi Jaya iaitu Pn. Hajjah Che Fatimah Binti Ismail dengan iringan paluan kompang. Ahli rombongan kemudiannya diraikan dengan jamuan ringan dan persembahan tarian dan nyanyian lagu rasmi prasekolah SK Paroi Jaya yang dinyanyikan sendiri oleh murid-murid prasekolah. Nyanyian lagu rasmi prasekolah sememangnya sangat menarik perhatian rombongan kerana ianya satu perkara baru seharusnya menjadi antara salah satu agenda pembaharuan yang boleh dilaksanakan di PPD Petaling Perdana khususnya.

Ahli rombongan telah di beri taklimat oleh guru prasekolah SK Paroi Jaya iaitu Pn. Rohana Bt. Abdul Rahim dimana beliau telah menerangkan serba sedikit sejarah penubuhan kelas prasekolah SK Paroi Jaya. Sekolah ini mempunyai 2 kelas prasekolah iaitu prasekolah Ihsan dan prasekolah Ikhlas. Kelas prasekolah ini telah di memulakan sesi pembelajaran pertamanya pada 3 Januari 2007 dengan murid berjumlah 50 orang. Antara perkara menarik tentang kelas prasekolah di SK Paroi Jaya ini ialah kejayaan di anugerahkan 5 bintang oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan telah terpilih antara 10 buah kelas prasekolah di Malaysia yang di paparkan di dalam majalah Anjung Seri keluaran April 2011.

PERMOHONAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) SAMBILAN BAGI PRASEKOLAH PPDPP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Sambilan bagi kelas prasekolah di PPDPP boleh mula dipohon. Berikut ...

 
Design by Wordpress Theme Edited by Mofazri | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes