Saturday, October 22, 2011

Lawatan Pn Zaiton Bt Hj Arshad (Penolong PPD Prasekolah) bersama Guru Besar-2, selepas Mesyuarat Guru Besar Prasekolah ke Prasekolah SK Alam Megah 3.







Pada hari Jumaat 21 Oktober 2011, Sekolah Kebangsaan Alam Megah 3 telah menerima kehadiran Guru-guru Besar Daerah Petaling Perdana sempena Mesyurat Guru Besar Prasekolah 2011.Mesyuarat yang berlangsung lebih kurang 3 jam itu telah dipengerusikan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Prasekolah Pn Zaiton Binti Hj Arshad.

Tuesday, October 18, 2011

Mesyuarat Pengurusan Data Prasekolah Negeri Selangor Bil. 3

Mesyuarat pengurusan data prasekolah Negeri Selangor kali ke 3 tahun 2011 telah diadakan di Impian Morib pada 17 hingga 19 Oktober 2011. Seperti mesyuarat data yang terdahulu, mesyuarat pada kali ini melibatkan semua pegawai prasekolah PPD seluruh negeri Selangor , JU data dan juga pegawai Unit prasekolah JPN Selangor. Agenda utama mesyuarat adalah untuk mengemaskini data murid prasekolah di seluruh Negeri Selangor dan menyelaraskan data prasekolah di dalam Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) dengan data murid di dalam pangkalan data EMIS.

Data murid prasekolah di dalam pengkalan data SMPK akan di kemaskini dan diselenggara sebanyak 3 kali setiap tahun iaitu pada Mac , Julai dan Oktober. Proses penyelenggaraan data ini amat penting bagi mendapatkan jumlah sebenar dan terkini murid prasekolah yang berdaftar di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu data SMPK juga perlu selaras dengan data EMIS di sekolah dan di Jabatan Pelajaran Negeri bagi mengelakkan ralat.

Oleh yang demikian, Semua guru prasekolah khususnya dalam daerah Petaling Perdana diminta agar sentiasa mengemaskini data di dalam SMPK sekiranya terdapat murid , guru atau PPM yang berpindah dan segera memaklumkan kepada guru data EMIS di sekolah masing-masing. Guru juga perlu sentiasa mendapatkan maklumat terkini jumlah murid di dalam pangkalan data EMIS dan membuat perbandingan dengan data murid di dalam SMPK.

Guru-guru yang mempunyai sebarang masalah dalam mengemaskini data boleh memuat turun modul pengguna SMPK pada link di bawah.

Modul Pengguna SMPK

Friday, October 14, 2011

HARI POTENSI PRASEKOLAH PETALING PERDANA 2011

Gambar-gambar sekitar Hari Potensi Prasekolah (Zon MPSJ)

Pada 4 Oktober 2011 yang lalu telah diadakan Hari Potensi Prasekolah Petaling Perdana bagi Zon MPSJ. Pertandingan ini telah diadakan di SK Dato' Onn Jaafar, USJ. Antara acara yang dipertandingankan ialah Bercerita BM, Bercerita BI, Tarian Kontemporari dan Pertandingan Mengeja.
Pemenang tempat pertama hingga keempat bagi pertandingan bercerita dan tarian akan mewakili Zon MPSJ ke peringkat Daerah yang dijalankan pada 6 Oktober 2011. Manakala bagi pertandingan mengeja pula pemenang tempat pertama hingga ke sepuluh akan mewakili zon. Diharap dengan adanya aktiviti sebegini dapat membantu melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berketrampilan.


Wednesday, August 24, 2011

Salam Merdeka Raya 2011

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia buat semua warga prasekolah ppdpp..

Ramadan akan melabuhkan tirainya , fajar lebaran pula akan menjelma. Sedih dan pilu mengenangkan ramadan bulan yang penuh keberkatan akan meninggalkan kita, syahdu pula bertandang di Hari Raya. Moga ramadan kali ini memberikan kita seribu keberkatan dan meningkatkan taqwa dan iman kita . Di sebalik kita bergembira menyambut syawal yang bakal menjelma jangan kita lupa kepada insan yang kurang berkemampun di luar sana, hulur-hulurkan tangan ringankan beban mereka yang memerlukan. Di kesempatan ini, kami warga blog prasekolah PPDPP ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dan Selamat Hari Kebangsaan yang ke-54. Semoga negara kita sentiasa aman makmur dan bebas merdeka. Dalam mengejar kejayaan dan kecemerlangan di peringkat nasional mahupun globalisasi usah dilupa akan asas Rukun Negara. Di mana bumi dipijak di situ langit di junjung.










LAWATAN DARI JPN PAHANG

Selamat datang kepada rombongan JPN Pahang.


Tanda terima kasih dan kenang-kenangan

Pada 26 Julai 2011 yang lalu satu lawatan muhibbah dari Jabatan Pendidikan Pahang (JPN) telah diadakan ke kelas Prasekolah SK Dato Onn Jaafar, SK Tun Tan Cheng Lok dan SK Tun Sambathan. Lawatan ini disertai oleh para pegawai dan guru prasekolah Pahang. Lawatan ini bertujuan bagi meningkatkan perkongsian bestari mengenai pentadbiran, kurikulum dan juga kokurikulum prasekolah. Diharap dengan adanya lawatan dari pihak JPN ini akan memberi manfaat kepada semua pihak.

Tuesday, August 2, 2011

PELAKSANAAN AKTIVITI 1 MALAYSIA DI PERINGKAT PRASEKOLAH, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Salam 1 Malaysia,

Bersama ini disertakan dokumen-dokumen untuk dimuat turun. Untuk muat turun sila klik link di bawah:


Tarikh menghantar dokumentasi ke Unit Prasekolah PPDPP pada 15 September 2011.
 
Terima kasih.

PN. ZAITON BT HJ ARSHAD

Sunday, July 24, 2011

MESYUARAT PENGURUSAN DATA PRASEKOLAH NEGERI SELANGOR BIL 2/2011


AJK Guru yang terlibat dalam
Mesyuarat Pengurusan Data Prasekolah Negeri Selangor Bil 2/2011
Jabatan Negeri Selangor 20-22 Julai 2011
Pangkor Holiday Resort

PERMOHONAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) SAMBILAN BAGI PRASEKOLAH PPDPP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Sambilan bagi kelas prasekolah di PPDPP boleh mula dipohon. Berikut ...

 
Design by Wordpress Theme Edited by Mofazri | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes