Wednesday, August 24, 2011

Salam Merdeka Raya 2011

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia buat semua warga prasekolah ppdpp..

Ramadan akan melabuhkan tirainya , fajar lebaran pula akan menjelma. Sedih dan pilu mengenangkan ramadan bulan yang penuh keberkatan akan meninggalkan kita, syahdu pula bertandang di Hari Raya. Moga ramadan kali ini memberikan kita seribu keberkatan dan meningkatkan taqwa dan iman kita . Di sebalik kita bergembira menyambut syawal yang bakal menjelma jangan kita lupa kepada insan yang kurang berkemampun di luar sana, hulur-hulurkan tangan ringankan beban mereka yang memerlukan. Di kesempatan ini, kami warga blog prasekolah PPDPP ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dan Selamat Hari Kebangsaan yang ke-54. Semoga negara kita sentiasa aman makmur dan bebas merdeka. Dalam mengejar kejayaan dan kecemerlangan di peringkat nasional mahupun globalisasi usah dilupa akan asas Rukun Negara. Di mana bumi dipijak di situ langit di junjung.










LAWATAN DARI JPN PAHANG

Selamat datang kepada rombongan JPN Pahang.


Tanda terima kasih dan kenang-kenangan

Pada 26 Julai 2011 yang lalu satu lawatan muhibbah dari Jabatan Pendidikan Pahang (JPN) telah diadakan ke kelas Prasekolah SK Dato Onn Jaafar, SK Tun Tan Cheng Lok dan SK Tun Sambathan. Lawatan ini disertai oleh para pegawai dan guru prasekolah Pahang. Lawatan ini bertujuan bagi meningkatkan perkongsian bestari mengenai pentadbiran, kurikulum dan juga kokurikulum prasekolah. Diharap dengan adanya lawatan dari pihak JPN ini akan memberi manfaat kepada semua pihak.

Tuesday, August 2, 2011

PELAKSANAAN AKTIVITI 1 MALAYSIA DI PERINGKAT PRASEKOLAH, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Salam 1 Malaysia,

Bersama ini disertakan dokumen-dokumen untuk dimuat turun. Untuk muat turun sila klik link di bawah:


Tarikh menghantar dokumentasi ke Unit Prasekolah PPDPP pada 15 September 2011.
 
Terima kasih.

PN. ZAITON BT HJ ARSHAD

Sunday, July 24, 2011

MESYUARAT PENGURUSAN DATA PRASEKOLAH NEGERI SELANGOR BIL 2/2011


AJK Guru yang terlibat dalam
Mesyuarat Pengurusan Data Prasekolah Negeri Selangor Bil 2/2011
Jabatan Negeri Selangor 20-22 Julai 2011
Pangkor Holiday Resort

Thursday, May 26, 2011

KEMPEN DERMA DARAH 2011





























Gambar Kenangan Kempen Derma Darah.
Sempena sambutan hari guru 2011, Prasekolah Daerah Petaling Perdana, telah mengadakan satu Kempen Derma Darah yang bertujuan membantu Pusat Darah Negara untuk menambah bekalan darah bagi Tabung Darah mereka. Di samping itu, telah diadakan juga pertandingan mewarna bagi murid-murid prasekolah Daerah Petaling Perdana.
Kempen Derma Darah ini mendapat sambutan yang diluar jangkaan dan Unit Prasekolah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada yang telah sudi hadir untuk menderma darah.


Monday, May 23, 2011

KEMPEN DERMA DARAH

DI JEMPUT SEMUA WARGA PRASEKOLAH PETALING PERDANA UNTUK MENDERMA DARAH BAGI MEMBANTU MENAMBAH BEKALAN DARAH DI PUSAT DARAH NEGARA SEPERTI KETETAPAN DI BAWAH :

TARIKH : 25 MEI 2011
MASA : 10.00 PAGI -3.00 PETANG
TEMPAT : RUANG LEGAR PLAZA ALAM SENTRAL
SEKSYEN 14, SHAH ALAM

SUMBANGAN ANDA AMATLAH DIALI-ALUKAN DAN DIUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH.
"SELAMAT BERAMAL"

Thursday, May 19, 2011

KEMPEN DERMA DARAH

PERMOHONAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) SAMBILAN BAGI PRASEKOLAH PPDPP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Sambilan bagi kelas prasekolah di PPDPP boleh mula dipohon. Berikut ...

 
Design by Wordpress Theme Edited by Mofazri | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes