Saturday, October 24, 2009

PPM ganti

Assalamualaikum,
Untuk makluman semua,waktu bekerja ppm yang dilantik untuk menggantikan ppm cuti bersalin
adalah seperti waktu bekerja ppm yang diganti. Waktu bekerja mestilah sama seperti ppm yang berjawatan tetap.
Sekian, terima kasih.

Monday, October 19, 2009

Bengkel kerja pembinaan instrumen








Assalamualaikum,
Pada 12-14 Okt 2009, telah diadakan Bengkel Kerja Pembinaan Instrumen Dan Bahan Pintar Bahasa Prasekolah di Concorde Inn,KLIA Sepang. Bengkel ini telah di sertai oleh guru-guru prasekolah dan ppm dari pelbagai daerah di Selangor.
Selain dari bahan pintar bahasa,buku rekod ppm juga telah dibuat untuk diselaraskan ke seluruh Selangor.
Kesemua bahan masih dalam pembinaan.
Sekian terima kasih.

Wednesday, October 7, 2009

CATATAN HARIAN PPM 2009

Kepada semua PPM harap dapat download contoh Catatan Harian PPM yang telah disediakan oleh Sdri. Noor Sham. Sila Klik di bawah untuk Download.



Friday, October 2, 2009

JAMUAN (HI-TEA) JAWATANKUASA PANITIA PRASEKOLAH PPD PETALING PERDANA 2009

Jamuan (Hi-tea) Jawatankuasa Panitia Pendidikan Prasekolah PPD Petaling Perdana tahun 2009 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 10 November 2009
Tempat : Holiday Villa Hotel, Subang Jaya.

Sekian, terima kasih

PEMANTAUAN PERTANDINGAN KUALITI PROGRAM PRASEKOLAH PETALING PERDANA TAHUN 2009

Pemantauan penghakiman pertandingan kualiti program prasekolah tahun 2009 akan dijalankan seperti ketetapan di bawah:

BIL

NAMA PERTANDINGAN

TARIKH

CATATAN

1

TAMAN MINI SAINS

12 – 23 OKTOBER

DIMINTA SEKOLAH YANG TERLIBAT BERSEDIA

2

PENGURUSAN DAPUR

3

PENGURUSAN P&P

4

REKACIPTA BUKU CERITA

29 OKTOBER

PAMERAN DAN PEMBENTANGAN DIJALANKAN DI ANJUNG PPDPP

5

PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah, guru dan peembantu pengurusan murid diminta bersedia menerima lawatan pemantau. Hadiah-hadiah kemenangan untuk semua pertandingan akan disampaikan semasa majlis penutup 3 Nov 2009.

Segala pertanyaan bolehlah menghubungi Cik Zaiton Arshad, Unit Prasekolah PPD Petaling Perdana di taliab 03-55481030.

Sekian Untuk Makluman dan tindakan, Terima kasih.

Monday, September 28, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

Thursday, September 10, 2009

PEMBATALAN AKTIVITI KO-KURIKULUM AKADEMIK PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI DAN DAERAH PERTANDINGAN NEGERI SELANGOR TAHUN 2009

Adalah dimaklumkan, berdasarkan keputusan mesyuarat Pengurusan Prasekolah Bil 3/2009 pada 02 September 2009, telah memutuskan semua aktiviti yang melibatkan murid dibatalkan berkuatkuasa serta merta. ( Aktiviti adalah merujuk kepada takwim Unit Prasekolah PPDPP).

Keputusan ini dibuat berdasarkan penularan wabak H1N1. Aktiviti-aktiviti yang telah dirancang boleh dijalankan di peringkat sekolah sahaja.

Segala pertanyaan bolehlah mneghubungi Cik Zaiton Arshad, Unit Prasekolah PPD Petaling Perdana di talian 03-55481030.


PERMOHONAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) SAMBILAN BAGI PRASEKOLAH PPDPP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Sambilan bagi kelas prasekolah di PPDPP boleh mula dipohon. Berikut ...

 
Design by Wordpress Theme Edited by Mofazri | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes