Wednesday, May 20, 2009

LAWATAN PRASEKOLAH SK DATO' ONN JAAFAR






Pada 29 April 2009 prasekolah SK Dato' Onn Jaafar telah mengadakan lawatan ke Sunway Wild-Life Zoo dan kilang minuman Vitagen. Seramai 40 orang murid, 4 guru dan 7 orang ibu telah mengikuti lawatan ini. Ianya banyak memberi manfaat kepada kanak-kanak. Mereka dapat mengenali pelbagai jenis haiwan, memberi makanan kepada haiwan, menangkap ikan dan memegang haiwan liar seperti ular dan iguana. Di kilang vitagen murid-murid didedahkan dengan pemakanan yang baik untuk kesihatan.

SEMINAR EDUCATION FOR ALL




Seminar Education For All yang berkisar tentang Pendidikan Awal Kanak-kanak telah diadakan di Dewan Serbaguna, Putrajaya pada 23 dan 24 April 2009. Antara isi Seminar ialah Perbentangan Kertas Kerja tentang taman asuhan, dan perbezaan gender, bengkel dan forum. Seramai 6 orang guru prasekolah Petaling Perdana telah menghadiri seminar ini.

Wednesday, May 13, 2009

Kursus Imej kendiri Profesional untuk Guru Prasekolah

P5130543

P5130545

P5130548

P5130552

P5130549

Kursus ini diadakan di Dewan Sk. Dato’ Onn Jaafar pada 16 Mei 2009 (Rabu).

Kurus ini dihadiri oleh semua guru prasekolah daerah Petaling Perdana. Kurusu pendek ini dikendalikan oleh dua orang perunding imej professional daripada Sweet Advancement Centre Sdn. Bhd iaitu Angelene Chong dan DJ Ong.

Antara lain kursus ini berkisar kepada imej, pemilihan warna dan penampilan profesional guru prasekolah. Kursus ini banyak memberi input kepada guru prasekolah dalam meningkatkan lagi tahap profesionalisme.

Thursday, May 7, 2009

TEMASYA SUKAN PRASEKOLAH DAERAH PETALING PERDANA TAHUN 2009

P5070469 P5070473 P5070490

TEMASYA SUKAN PRASEKOLAH DAERAH PETALING PERDANA TAHUN 2009

TARIKH : 7 MEI 2009 (KHAMIS)

MASA : 8.00 PAGI

TEMPAT : SK. PUSAT BANDAR PUCHONG (2)

DIRASMIKAN OLEH:

PN. AISHAH BINTI SIDAN

Penolong Pegawai Pelajaran daerah Petaling Perdana Pengurusan Akademik

*gambar2 semasa kejohanan akan menyusul kemudian.

Temasya Sukan Prasekolah Zon MPSJ 2009







Kemeriahan Kejohanan Sukan Prasekolah Zon MPSJ Petaling Perdana 2009. Kejohanan diadakan pada 06 Mei 2009 bertempat di Sk. Pusat Bandar Puchong (2).

Bagi mendapatkan gambar-gambar semasa Temasya sila klik di bawah.


Monday, April 27, 2009

BENGKEL PEMBINAAN MODUL KAJIAN TINDAKAN UNTU GURU PRASEKOLAH PETALING PERDANA KALI KEDUA 2009


Bengkel Pembinaan Modul Kajian Tindakan untuk guru-guru prasekolah telah diadakan di Dewan Sekolah Wawasan USJ 15,Subang Jaya pada 27 April 2009.Sebanyak 9 kumpulan yang terdiri daripada kumpulan Exora,Muhibbah,Akasia,Wonderpet,Jelita,Rafflesia,Matahari,
Mutiara dan Fantasi.Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan bahan untuk digunakan di kelas dan sebagai rujukan guru,secara tidak langsung bahan tesebut haruslah diaplikasikan di kelas masing-masing untuk melihat keberkesanan bahan yang telah dihasilkan.....good luck...

Wednesday, April 22, 2009

SAMBUTAN HARI LAHIR DAN MAJLIS PERPISAHAN GURU PRAKTIKUM

S.K Taman Universiti telah mengadakan sambutan hari lahir murid-murid prasekolah yang lahirnya pada bulan januari-april dan majlis perpisahan guru praktikum dari Institut Perguruan Kampus Bahasa Kuala Lumpur pada 17 april 2009..Semoga dipanjangkan umur dan berjaya hendaknya....Amin...

PERMOHONAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) SAMBILAN BAGI PRASEKOLAH PPDPP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Sambilan bagi kelas prasekolah di PPDPP boleh mula dipohon. Berikut ...

 
Design by Wordpress Theme Edited by Mofazri | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes