Monday, July 6, 2020

PERMOHONAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) SAMBILAN BAGI PRASEKOLAH PPDPP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Sambilan bagi kelas prasekolah di PPDPP boleh mula dipohon.
Berikut merupakan syarat-syarat permohonan PPM Sambilan

1. Had umur antara 18 hingga 35 tahun
2. Sila sertakan salinan dokumen berikut yang telah disahkan

-         Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
-         Salinan Sijil Kelahiran
-         Salinan Kad Pengenalan
-         Lain-lain dokumen (jika berkaitan)

3. Pemohon hanya dibenarkan memohon SATU sekolah sahaja.

Permohonan dan dokumen yang lengkap hendaklah dihantar ke PPDPP  dan surat tawaran akan dikeluarkan jika calon layak.

Borang permohonan PPM Sambilan boleh dimuat turun melalui pautan di bawah:


Sekian, terima kasih.

Tuesday, June 23, 2020

GARIS PANDUAN PEMBUKAAN SEMULA PRASEKOLAH 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selaras dengan pengumuman daripada Majlis Keselamatan Negara mengenai pembukaan semula Prasekolah kerajaan dan swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan garis panduan bagi setiap prasekolah yang akan beroperasi.  Setiap sekolah harus menggunakan garis panduan ini bagi memastikan menjamin keselamatan dan kesihatan guru serta murid prasekolah sepanjang sesi pembelajaran norma baharu.


Mohon penyelaras prasekolah muat turun garis panduan pembukaan semula sekolah dan prasekolah dan pastikan semua premis mengikut garis panduan ditetapkan.



Thursday, January 31, 2019

PANDUAN PENGURUSAN PRASEKOLAH

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA


Sesi persekolahan Tahun 2019 sudah bermula.  Selamat datang kepada anak didik prasekolah bagi sesi ini.  Pengurusan prasekolah perlulah sentiasa dikemaskini bagi menjamin kelancaran dan kualiti di setiap kelas.  Guru-guru boleh memuat turun Panduan Pengurusan Kurikulum Prasekolah dan senarai semak pengurusan SMPK bagi makluman guru baharu melalui link di bawah.  Diharapkan melalui panduan ini, guru-guru lebih jelas mengenai pengurusan dan seterusnya dapat menjadikan prasekolah PPDPP terus unggul di Negeri Selangor.


Muat turun di sini :

PANDUAN PENGURUSAN KURIKULUM PRASEKOLAH

SENARAI SEMAK SMPK BAGI GURU BAHARU

Thursday, October 11, 2018

KUTIPAN DATA IPPK FASA 2 TAHUN 2018

MAKLUMAN

Makluman kepada semua guru prasekolah PPD Petaling Perdana bahawa kutipan data mentah IPPK Fasa 2 Tahun 2018 akan bermula pada bulan Oktober.  Justeru, semua penyelaras data prasekolah dikehendaki memuat turun tapak rumusan IPPK dan IKMTS.  Mohon penyelaras untuk mengisi data dengan tepat dan memastikan setiap butiran yang dinyatakan telah diisi.  Tarikh akhir penghantaran data kepada jurulatih utama adalah sebelum atau pada 22 OKTOBER 2018.  Berikut merupakan data mentah yang perlu dihantar:


  1. Data mentah IPPK setiap kelas.
  2. Tapak rumusan IPPK Fasa 2 dan IKMTs
Setiap data perlu dihantar ke jupetalingperdana@gmail.com

Sekian, terima kasih.

Tekan link di bawah untuk muat turun tapak.

TAPAK RUMUSAN IPPK &IKMTS

Friday, October 5, 2018

SEMINAR PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PRASEKOLAH DALAM PEMBELAJARAN ABAD 21

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah menganjurkan Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Prasekolah dalam Pembelajaran Abad 21. Seminar ini yang diadakan pada                    8 Oktober 2018 di Hotel Goldcourse, Klang telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Salleh bin Mohd Kassim S.I.S, Pengarah Pendidikan Selangor.  Seminar ini  telah menghimpunkan pembentang Amalan Terbaik serta pameran hasil inovasi hebat daripada guru-guru prasekolah negeri Selangor bagi memberi pendedahan dan panduan kepada guru-guru prasekolah negeri Selangor mengenai amalan terbaik Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc) yang dilaksanakan di kelas prasekolah. 

Pembentangan amalan terbaik dilaksanakan oleh pembentang yang telah memenangi pertandingan mahupun inovasi merangkumi pelaksanaan flipped classroom, pelaksanaan PdPC di pusat pembelajaran serta penggunaan muzik dalam PdPC. Pn. Nurul Asyeken bt Hassan (SK Padang Jawa) dan Pn. Faezah Hanim bt Mansor (SK Seksyen 27(2)) telah mewakili PPD Petaling Perdana dalam penbentangan yang bertajuk PdPC di Pusat Pembelajaran. Manakala Pn. Noor Hazaidah bt Zainuddin (SK Seksyen 2 Bandar Kinrara)telah membuat pameran hasil inovasi SUPER SMART TABLE yang telah  dinobatkan sebagai Johan Inovasi Kebangsaan Tahun 2016.

Pembentangan wakil PPDPP, Pn. Nurul Asyeken, SK Padang Jawa

Pn. Noor Hazaidah memberi penerangan mengenai SUPER SMART TABLE kepada para tetamu.

Tahniah diucapkan kepada pembentang dan juga guru yang terlibat memperkenalkan bahan inovasi mereka. Semoga intipati seminar ini banyak memberi pengetahuan kepada peserta untuk diaplikasikan dalam PdPC di kelas prasekolah.


 Download Bahan Kursus klik di SINI

Thursday, September 6, 2018

KURSUS PEMANTAPAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor akan mengadakan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Pentaksiran Prasekolah khusus bagi guru-guru prasekolah Negeri Selangor. Kursus ini bertujuan bagi membantu guru melaksanakan pentaksiran di kelas prasekolah dengan lebih sistematik dan berkesan.

Guru-guru prasekolah yang terlibat dengan kursus ini boleh memuat turun surat makluman dan bahan-bahan yang berkaitan dengan kursus pada pautan di bawah:

BAHAN KURSUS

Wednesday, August 8, 2018

PPD Petaling Perdana Johan Futsal Prasekolah Negeri Selangor 2018, TAHNIAHH!


Pasukan futsal prasekolah PPD Petaling Perdana telah muncul johan pada Karnival Permainan Futsal Smart Kick dan Bola Jaring FunBall Prasekolah peringkat Negeri Selangor tahun 2018.

PPDPP telah menewaskan pasukan PPD Sepang dengan jaringan 1-0 pada perlawanan akhir. Pasukan bola jaring funball prasekolah PPDPP pula sekadar berpuas hati dengan hadiah saguhati walaupun para pemain telah menunjukkan kesungguhan dan permainan yang berkualiti sepanjang kejohanan. 

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam pasukan PPDPP!







Monday, May 21, 2018

TAKLIMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN PPD PETALING PERDANA 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

PPD Petaling Perdana akan mengadakan 1 taklimat pengisian Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan seperti butiran berikut:

Tarikh : 22 Mei 2018
Tempat : Bilik Gerakan, SK Seksyen 27(1)
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi (ZON MPSJ)
            12.00 tengahari - 2.00 petang (ZON MBSA)

Kehadiran : Penyelaras Data Prasekolah

Justeru, setiap penyelaras dikehendaki memuat turun dokumen di bawah bagi memudahkan sesi taklimat.

Sekian,terima kasih

Muat turun dokumen di bawah
IPPK 2018

Sunday, April 8, 2018

BENGGKEL MEMBINA SEMANGAT BERPASUKAN "1 SPIRIT 1 TEAM 1 SOUL" GURU PRASEKOLAH PETALING PERDANA

Pada 5 April 2018 (Khamis), berlangsungnya Bengkel Membina Semangat Berpasukan anjuran PPD Petaling Perdana bagi guru-guru prasekolah. Bengkel ini diterajui oleh Pn. Zarini bt Ghazali, Unit Prasekolah/Permata PPDPP selaku penasihat dan diketuai oleh En. Zaidin bin Senik, SK Bukit Jelutong dengan kerjasama Mokaz Resources.  Membawa tema 1 Spirit, 1 Team & 1 Soul, bengkel ini disertai oleh 50 orang guru prasekolah di dalam daerah Petaling Perdana.



Para peserta hadir pada jam 8 pagi bagi pendaftaran dan terus ke Camar Rimba dengan menaiki mini bas.  Aktiviti dimulakan dengan taklimat daripada Jurulatih Utama,En Zaidin dan seterusnya oleh fasilitator daripada Mokaz Resources.Ice breaking pembuka tirai aktiviti yang mana setiap peserta perlu melakukan beberapa aktiviti bagi mengenali lagi personaliti rakan sepasukan.

Pembahagian nombor peserta bagi aktiviti "Kawan Rahsia"

Guru bersemangat menjawab setiap soalan daripada aktiviti
    Kemudian guru-guru diujji semangat berpasukan dalam aktiviti Explore Race yang mana setiap pasukan perlu bekerjasama dan menguji minda dalam menyelesaikan setiap tugasan bagi check point yang ditentukan.  Slot ini menguji kekuatan pasukan dalam menyelesaikan masalah yang diberikan dan ternyata setiap kumpulan dapat melaksanakan tugasan dengan cemerlang.


Kumpulan kuda dan ayam mempersembahkan trademark kumpulan masing-masing

Selesai makan tengahari, stamina guru-guru prasekolah diuji dalam aktiviti Jungle Tracking yang mana peserta perlu memanjat bukit dan melalui kawasan yang ditetapkan secara berpasukan.  Banyak tempat menarik yang dikunjungi sepanjang slot ini.

Akhirnya, bengkel melabuhkan tirainya pada jam 5 petang dengan ucapan penutup oleh Pn. Zarini Bt Ghazali, Pegawai Unit Prasekolah/Permata PPDPP.  Semua peserta memberikan komitmen yang terbaik dan bengkel ini telah mencapai objektif.  Terima kasih diucapkan kepada semua Pn. Zarini bt Ghazali selaku penasihat, En. Zaidin bin Senik selaku penyelaras,pihak Mokaz Resources selaku fasilitator, barisan Jurulatih Utama yang membantu dalam perjalanan program serta peserta-peserta yang hebat.  Semoga bengkel ini memberi impak dalam kecemerlangan guru prasekolah di Daerah Petaling Perdana. 1 SPIRIT, 1 TEAM & 1 SOUL!

Gambar-gambar sekitar bengkel berlangsung...








Jumpa lagi =)

Tuesday, April 3, 2018

BENGKEL SEMAKAN RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN PRASEKOLAH PPDPP

ASSALAMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

              PPD Petaling Perdana di bawak unit Prasekolah & Permata telah menganjurkan bengkel bagi menyemak semula format Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) bagi guru-guru prasekolah.  Bengkel telah berlangsung pada 26 Mac 2018 bertempat di Makmal Komputer SK Putra Heights 2.  Pn. Siti Zuhana (SK Putra Heights 2), Pn. Shuhana ( SK Bukit Kuchai), Pn. Nurul Asyeken ( SK Padang Jawa) serta Pn. Alesya (SK Seksyen 24) merupakan Jurulatih Utama Kurikulum Prasekolah bagi daerah PPDPP telah memberi bimbingan kepada setiap penyelaras agar dapat menghasilkan RPT yang terbaik.  Semoga bengkel yang dijalankan memberi manfaat kepada guru prasekolah dalam memantapkan lagi PdPc.

Pn. Zarini memberi taklimat mengenai garis panduan pembinaan RPT



Penyelaras tekun menyemak RPT bagi sekolah masing-masing




Pn. Zuhana memberi penerangan tentang pembinaan RPT yang terbaik.

Sunday, January 7, 2018

CEFR for Preschool (UPDATE)

Makluman terkini.  Semua guru diminta mencetak bahan ini untuk dijadikan sebagai RPT B.Inggeris.

Sila klik link di bawah :

TEACHER'S KIT (SOW)-LATEST

WORKSHOP MATERIAL

KSPK English Language Teacher's Kit


Thursday, December 7, 2017

PELAKSANAAN CEFR

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pelaksaan CEFR di peringkat prasekolah akan dilaksanakan bermula tahun 2018.  Seramai 40 peserta telah  mengikuti kursus bagi mendapat pendedahan mengenai pelaksanaannya.  Berikut merupakan bahan-bahan sepanjang kursus dijalankan bagi maklumat dan rujukan guru-guru.

MUAT TURUN BAHAN

CEFR

Sunday, October 8, 2017

PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH

PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH
PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2017
 20 SEPTEMBER 2017
 DE PALMA HOTEL SHAH ALAM

PERASMI: 
TUAN HAJI MOHD SALLEH BIN MOHD KASSIM.S.I.S
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR


 KETIBAAN TUAN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

 TEAM PERKUSI n FORMASI

 NAIB JOHAN PERKUSI n FORMASI PRASEKOLAH NEGERI SELANGOR 2017



 JOHAN BAGI ACARA MENULIS AYAT MUDAH BAHASA INGGERIS
NAIB JOHAN BAGI ACARA NYANYIAN SOLO

ALHAMDULILLAH...SYUKUR KEHADRAT ILAHI KERANA DAERAH PETALING PERDANA DINOBATKAN SEBAGAI JOHAN KESELURUHAN PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2017.

Friday, August 25, 2017

PROGRAM BIJAK PRASEKOLAH PERINGKAT PPD PETALING PERDANA 2017

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

PPD Petaling Perdana akan menganjurkan Program Bijak Prasekolah pada 6-7 September 2017.  Setiap guru prasekolah mengambil tindakan menghantar peserta mengikut keperluan dan pembahagian kategori.

Kategori :

1. Menyusun Huruf Menjadi Perkataan (Zon Perkasa 1)
2. Menyusun Perkataan Menjadi Ayat ( Zon Perkasa 2)
3. Smart Speller ( Zon Panglima 1)
4. Menulis Ayat Mudah ( Zon Panglima 2)
5. Nyanyian Solo (Terbuka)

MUAT TURUN SYARAT PERTANDINGAN PROGRAM BIJAK PRASEKOLAH


PROGRAM PEMANTAUAN KOLABORASI BERSAMA JPN, PPD DAN JURULATIH UTAMA

Pada 2 Ogos 2017, pemantauan telah dibuat bersama-sama JPNS, PPD dan Jurulatih Utama PPD Petaling Perdana bagi membantu guru-guru prasekolah memperbaiki kaedah PdPc.  Pemantauan ini bertujuan untuk meningkatkan bilangan murid yang menguasai kemahiran-kemahiran di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris murid Prasekolah.  Diharapkan kunjungan ini dapat membantu guru menggunakan teknik yang sesuai dan pelbagai bagi mencapai Standard Prestasi yang tertinggi di hujung tahun.






















PERMOHONAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) SAMBILAN BAGI PRASEKOLAH PPDPP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Sambilan bagi kelas prasekolah di PPDPP boleh mula dipohon. Berikut ...

 
Design by Wordpress Theme Edited by Mofazri | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes