
Pada 5 April 2018 (Khamis), berlangsungnya Bengkel Membina Semangat Berpasukan anjuran PPD Petaling Perdana bagi guru-guru prasekolah. Bengkel ini diterajui oleh Pn. Zarini bt Ghazali, Unit Prasekolah/Permata PPDPP selaku penasihat dan diketuai oleh En. Zaidin bin Senik, SK Bukit Jelutong dengan kerjasama Mokaz Resources. Membawa tema 1 Spirit, 1 Team & 1 Soul, bengkel ini disertai oleh 50 orang guru prasekolah di dalam daerah Petaling Perdana.
Para peserta hadir pada jam 8 pagi bagi pendaftaran dan terus ke Camar Rimba dengan menaiki mini bas. Aktiviti dimulakan dengan taklimat daripada Jurulatih Utama,En Zaidin dan seterusnya oleh fasilitator daripada Mokaz Resources.Ice breaking pembuka tirai aktiviti yang mana...