Salam 1 Malaysia..
PPD Petaling Perdana akan menganjurkan Pertandingan Pakaian Beragam Sempena Bulan Kemerdekaan PPD Petaling Perdana pada 20 September 2016. Berikut adalah syarat-syarat penyertaan :
1. Pertandingan ini adalah anjuran PPD Petaling Perdana. Pertandingan ini terbuka kepada murid
prasekolah PPD Petaling Perdana Sahaja.
2. Setiap satu sekolah dibenarkan menghantar SEORANG murid prasekolah sahaja.
3. Bagi zon MBSA dikehendaki menghantar peserta murid perempuan sahaja.
4. Bagi zon MPSJ dikehendaki menghantar peserta murid lelaki sahaja.
5. Tema dan konsep pakaian adalah patriotik dan futuristik.
Penyertaan hendaklah dihantar selewat-lewatnya 30 Ogos 2016 kepada Pn Zarini binti Ghazali
Unit Prasekolah...