Tarikh : 04 April 2015 ( Sabtu )
Masa : 08.30 Pagi
Tempat : Dream Bowl , Airport Sport Complex , Bandar Baru Nilai
KATEGORI
Individu
Berpasukan
KELAYAKAN/ PENYERTAAN
Semua guru dan Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah Negeri
Selangor adalah layak untuk menyertai pertandingan.
Setiap daerah dikehendaki menghantar 2 pasukan dan setiap pasukan
terdiri daripada;
A. Dua (2) orang guru prasekolah
B. Dua (2) orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
Setiap daerah TIDAK DIBENARKAN menghantar lebih daripada
2 orang peserta lelaki. Kedua-dua peserta tersebut bebas bermain dalam mana-mana pasukan.
Setiap pasukan yang mengambil bahagian adalah mewakili daerah
masing-masing.
YURAN PENYERTAAN
Yuran penyertaan bagi setiap daerah ialah RM200.00 (lane dan kasut)
Yuran dibayar semasa pengesahan pendaftaran pada hari pertandingan.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Pertandingan akan dijalankan secara ’cross lane’ dan setiap peserta
akan bermain sebanyak 3 game di lorong yang sama.
Setiap pasukan akan diwakili oleh 2 orang guru dan 2 orang PPM.
Peserta lewat;
a. Apabila game kedua telah dimulakan, ”blind score” akan diberi bagi game pertama.
b. Peserta yang datang selepas tamat game kedua, penyertaan akan dibatalkan.
PPPD Prasekolah/ PERMATA adalah pengurus pasukan bagi daerah
masing-masing.
JADUAL HARI PERTANDINGAN
09.00 pagi : Pengesahan pendaftaran
09.30 pagi : Taklimat pertandingan
10.00 pagi : Pertandingan bermula
11.30 pagi : Penyampaian hadiah dan sijil
12.15 pagi : Bersurai
PENENTUAN PEMENANG
Pemenang adalah berdasarkan jumlah jatuhan pin.
Tempat pertama hingga kelima bagi setiap kategori.
Keputusan pertandingan adalah berdasarkan skor yang diperolehi
melalui cetakan komputer.
Penentuan bilangan peserta, syarat pertandingan dan kategori yang
dipertandingkan adalah bergantung kepada keputusan Jawatankuasa
pengelola.
Sekiranya terdapat persamaan dalam jumlah jatuhan pin maka jatuhan pin bagi game yang terakhir akan ditentukan sebagai pemenang.
HADIAH DAN SIJIL
Hadiah berbentuk hamper disediakan bagi pemenang tempat
pertama hingga ke lima bagi Kategori Individu.
Bagi Kategori Berpasukan hadiah akan diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga ke tiga sahaja.
Sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta yang mengambil
Bahagian dan disediakan oleh daerah masing-masing.
PENDAFTARAN PESERTA
Semua peserta dikehendakli mendaftar kehadiran di kaunter
pendaftaran semasa hari pertandingan.
Semua daerah dikehendaki mengisi Borang Penyertaan yang
disediakan.
Tarikh tutup penghantaran borang penyertaan ialah sebelum jam
5.00 petang, 1 April 2015 ( Rabu )
Penghantaran Borang Pendaftaran boleh melalui e-mel berikut;
Alamat e-mel : zykasia@yahoo.com
5. Pertanyaan berkenaan pendaftaran:
En Mohamad Rodzi bin Abdul Aziz
PPPD Prasekolah / PERMATA
No.H/P : 019 2797343