Thursday, May 24, 2012

Inovasi Guru Prasekolah Petaling Perdana 2012

Pertandingan Bahan Inovatif Guru Prasekolah peringkat PPD Petaling Perdana bagi tahun 2012 telah di adakan pada 4 April yang lalu, bertempat di Dewan Sinar Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Puan Zaiton Bt. Arshad iaitu Ketua Penolong PPD Pengurusan Sekolah di PPD Petaling Perdana.

Dua kategori di pertandingkan iaitu kategori berkumpulan dan individu. Sebanyak 36 kumpulan menyertai pertandingan pada tahun ini manakala kategori individu 5 penyertaan. Pertandingan telah di adili oleh 5 orang hakim jemputan iaitu Pn. Azimah dari PPD Gombak, Encik Zaimi dari PPD Kuala Selangor dan Encik Nan dari PPD Kuala Langat. Manakala 2 lagi hakim ialah Pn. Norashikin, guru prasekolah SK Padang Jawa dan Pn. Liew, guru prasekolah dari SJKC Subang.

Pemenang bagi pertandingan ini akan di umumkan pada Hari Kualiti Prasekolah yang dijangka berlangsung pada September.

Monday, May 14, 2012

Lawatan Penanda Aras ke SK Paroi Jaya, Seremban

Bagi tahun 2012 , Unit Prasekolah Petaling Perdana telah memilih kelas Prasekolah SK Paroi Jaya , Seremban sebagai destinasi lawatan penanda aras. Seramai 40 orang ahli rombongan yang terdiri daripada guru-guru prasekolah, pembantu pengurusan murid dan juga guru-guru besar daerah Petaling Perdana telah menyertai program ini.

Ketibaan rombongan telah disambut oleh GB SK Paroi Jaya iaitu Pn. Hajjah Che Fatimah Binti Ismail dengan iringan paluan kompang. Ahli rombongan kemudiannya diraikan dengan jamuan ringan dan persembahan tarian dan nyanyian lagu rasmi prasekolah SK Paroi Jaya yang dinyanyikan sendiri oleh murid-murid prasekolah. Nyanyian lagu rasmi prasekolah sememangnya sangat menarik perhatian rombongan kerana ianya satu perkara baru seharusnya menjadi antara salah satu agenda pembaharuan yang boleh dilaksanakan di PPD Petaling Perdana khususnya.

Ahli rombongan telah di beri taklimat oleh guru prasekolah SK Paroi Jaya iaitu Pn. Rohana Bt. Abdul Rahim dimana beliau telah menerangkan serba sedikit sejarah penubuhan kelas prasekolah SK Paroi Jaya. Sekolah ini mempunyai 2 kelas prasekolah iaitu prasekolah Ihsan dan prasekolah Ikhlas. Kelas prasekolah ini telah di memulakan sesi pembelajaran pertamanya pada 3 Januari 2007 dengan murid berjumlah 50 orang. Antara perkara menarik tentang kelas prasekolah di SK Paroi Jaya ini ialah kejayaan di anugerahkan 5 bintang oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan telah terpilih antara 10 buah kelas prasekolah di Malaysia yang di paparkan di dalam majalah Anjung Seri keluaran April 2011.

PERMOHONAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) SAMBILAN BAGI PRASEKOLAH PPDPP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Sambilan bagi kelas prasekolah di PPDPP boleh mula dipohon. Berikut ...

 
Design by Wordpress Theme Edited by Mofazri | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes