Posts

Showing posts from April, 2017

PEKELILING IKHTISAS PELAKSANAAN KSPK SEMAKAN 2017

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan) telah dilaksanakan pada tahun 2017.  Justeru setiap penyelaras dikehendaki menyimpan Pekeliling Ikhtisas Pelaksanaan KSPK Semakan 2017 di dalam sistem fail prasekolah.  Setiap guru juga boleh memuat turun KSPK (Semakan) Versi terbaharu dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris beserta soalan lazim berkaitan Prasekolah daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Muat turun bahan di bawah:

FAQ KSPK SEMAKAN

PEKELILING IKHTISAS PELAKSANAAN KSPK SEMAKAN

KSPK SEMAKAN VERSI BM TERKINI

KSPK SEMAKAN VERSI BI

PENGISIAN DATA INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2017

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Semua guru prasekolah akan menghadiri bengkel pengisian data IPPK bagi 2017.  Sehubungan dengan itu, setiap guru perlu muat turun tapak IPPK bagi memudahkan pengisian.  Mohon setiap guru membaca dahulu MANUAL PENGGUNAAN IPPK serta slaid yang telah disediakan.  Guru juga Setiap guru dikehendaki mengisi maklumat berikut:

1. Nama murid (HURUF BESAR) yang diisi murid 5+ dahulu diikuti murid 4+.
2. Nombor MyKid (Contoh : 110101-10-1234 )
3. Jantina Murid
4. Umur murid akan diisi secara automatik
5. Agama
6. Tahun kemasukan ke Prasekolah
7. Murid tersebut mengambil subjek Pendidikan Islam / Pendidikan Moral.

Setiap guru perlu membawa laptop, Telefon bimbit YES (untuk data), wayar penyambung serta EVIDENS bagi pengisian data Petaksiran Kali Pertama.

Terima kasih

Muat turun di sini

IPPK 2017

BENGKEL FLIPPED CLASSROOM BAGI GUR PRASEKOLAH PETALING PERDANA 2017

Image
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Unit Prasekolah PPD Petaling Perdana telah menganjurkan Bengkel Flipped Classroom Prasekolah pada 30-31 Mac 2017 bertempat di SK Seksyen 24 Shah Alam.  Peserta diberi panduan bagaimana melaksanakan Flipped Classroom yang merupakan salah satu elemen Pembelajaran Abad ke 21.  Terima kasih diucapkan kepada Pegawai Unit Prasekolah PPD Petaling Utama Pn. Nik Asyikin dan barisan Jurulatih Utama PPD Petaling Utama atas berkongsian ilmu dan maklumat mengenai Flipped Classroom.  Diharapkan juga guru yang terpilih mula merancang dan melaksanakan flipped classroom.