Thursday, December 7, 2017

PELAKSANAAN CEFR

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pelaksaan CEFR di peringkat prasekolah akan dilaksanakan bermula tahun 2018.  Seramai 40 peserta telah  mengikuti kursus bagi mendapat pendedahan mengenai pelaksanaannya.  Berikut merupakan bahan-bahan sepanjang kursus dijalankan bagi maklumat dan rujukan guru-guru.

MUAT TURUN BAHAN

CEFR

Sunday, October 8, 2017

PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH

PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH
PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2017
 20 SEPTEMBER 2017
 DE PALMA HOTEL SHAH ALAM

PERASMI: 
TUAN HAJI MOHD SALLEH BIN MOHD KASSIM.S.I.S
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR


 KETIBAAN TUAN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

 TEAM PERKUSI n FORMASI

 NAIB JOHAN PERKUSI n FORMASI PRASEKOLAH NEGERI SELANGOR 2017



 JOHAN BAGI ACARA MENULIS AYAT MUDAH BAHASA INGGERIS
NAIB JOHAN BAGI ACARA NYANYIAN SOLO

ALHAMDULILLAH...SYUKUR KEHADRAT ILAHI KERANA DAERAH PETALING PERDANA DINOBATKAN SEBAGAI JOHAN KESELURUHAN PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2017.

Friday, August 25, 2017

PROGRAM BIJAK PRASEKOLAH PERINGKAT PPD PETALING PERDANA 2017

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

PPD Petaling Perdana akan menganjurkan Program Bijak Prasekolah pada 6-7 September 2017.  Setiap guru prasekolah mengambil tindakan menghantar peserta mengikut keperluan dan pembahagian kategori.

Kategori :

1. Menyusun Huruf Menjadi Perkataan (Zon Perkasa 1)
2. Menyusun Perkataan Menjadi Ayat ( Zon Perkasa 2)
3. Smart Speller ( Zon Panglima 1)
4. Menulis Ayat Mudah ( Zon Panglima 2)
5. Nyanyian Solo (Terbuka)

MUAT TURUN SYARAT PERTANDINGAN PROGRAM BIJAK PRASEKOLAH


PROGRAM PEMANTAUAN KOLABORASI BERSAMA JPN, PPD DAN JURULATIH UTAMA

Pada 2 Ogos 2017, pemantauan telah dibuat bersama-sama JPNS, PPD dan Jurulatih Utama PPD Petaling Perdana bagi membantu guru-guru prasekolah memperbaiki kaedah PdPc.  Pemantauan ini bertujuan untuk meningkatkan bilangan murid yang menguasai kemahiran-kemahiran di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris murid Prasekolah.  Diharapkan kunjungan ini dapat membantu guru menggunakan teknik yang sesuai dan pelbagai bagi mencapai Standard Prestasi yang tertinggi di hujung tahun.






















Tuesday, May 16, 2017

RUMUSAN DATA IPPK 2017

ASSALAMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

Mohon kepada semua penyelaras untuk membuat rumusan data IPPK bagi setiap sekolah dan menghantar semula data tersebut kepada zarini.ppdpp@btpnsel.edu.my.  

Sekian terima kasih.

MUAT TURUN TAPAK RUMUSAN IPPK

TAPAK IPPK SEKOLAH


Monday, April 10, 2017

PEKELILING IKHTISAS PELAKSANAAN KSPK SEMAKAN 2017

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan) telah dilaksanakan pada tahun 2017.  Justeru setiap penyelaras dikehendaki menyimpan Pekeliling Ikhtisas Pelaksanaan KSPK Semakan 2017 di dalam sistem fail prasekolah.  Setiap guru juga boleh memuat turun KSPK (Semakan) Versi terbaharu dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris beserta soalan lazim berkaitan Prasekolah daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Muat turun bahan di bawah:

FAQ KSPK SEMAKAN

PEKELILING IKHTISAS PELAKSANAAN KSPK SEMAKAN

KSPK SEMAKAN VERSI BM TERKINI

KSPK SEMAKAN VERSI BI

Wednesday, April 5, 2017

PENGISIAN DATA INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2017

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Semua guru prasekolah akan menghadiri bengkel pengisian data IPPK bagi 2017.  Sehubungan dengan itu, setiap guru perlu muat turun tapak IPPK bagi memudahkan pengisian.  Mohon setiap guru membaca dahulu MANUAL PENGGUNAAN IPPK serta slaid yang telah disediakan.  Guru juga Setiap guru dikehendaki mengisi maklumat berikut:

1. Nama murid (HURUF BESAR) yang diisi murid 5+ dahulu diikuti murid 4+.
2. Nombor MyKid (Contoh : 110101-10-1234 )
3. Jantina Murid
4. Umur murid akan diisi secara automatik
5. Agama
6. Tahun kemasukan ke Prasekolah
7. Murid tersebut mengambil subjek Pendidikan Islam / Pendidikan Moral.

Setiap guru perlu membawa laptop, Telefon bimbit YES (untuk data), wayar penyambung serta EVIDENS bagi pengisian data Petaksiran Kali Pertama.

Terima kasih

Muat turun di sini

IPPK 2017

Tuesday, April 4, 2017

BENGKEL FLIPPED CLASSROOM BAGI GUR PRASEKOLAH PETALING PERDANA 2017

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Unit Prasekolah PPD Petaling Perdana telah menganjurkan Bengkel Flipped Classroom Prasekolah pada 30-31 Mac 2017 bertempat di SK Seksyen 24 Shah Alam.  Peserta diberi panduan bagaimana melaksanakan Flipped Classroom yang merupakan salah satu elemen Pembelajaran Abad ke 21.  Terima kasih diucapkan kepada Pegawai Unit Prasekolah PPD Petaling Utama Pn. Nik Asyikin dan barisan Jurulatih Utama PPD Petaling Utama atas berkongsian ilmu dan maklumat mengenai Flipped Classroom.  Diharapkan juga guru yang terpilih mula merancang dan melaksanakan flipped classroom.






Wednesday, March 29, 2017

BENGKEL ROTI BERSAMA PPM PRASEKOLAH PPDPP




Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Pada 21 Mac 2017 yang lalu, Unit Prasekolah PPDPP telah menganjurkan Bengkel Roti Bersama PPM Prasekolah bertempat di Anjung Tuan Hj Ghazali Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana.  Bengkel ini memberi peluang PPM Prasekolah meneroka pengetahuan dalam proses pembuatan roti yang  boleh dimasukkan dalam menu prasekolah yang lebih bersih dan tanpa pengawet.  Semoga ilmu yang diperoleh bermanfaat dan boleh diaplikasikan di prasekolah.
Jom kita lihat galeri sepanjang bengkel dijalankan =)

Demonstrasi cara pembuatan roti
                                         
Pn. Zarini bt Ghazali (Pegawai Unit Prasekolah) turut mengambil peluang
untuk mempelajari proses pembuatan roti.

Peserta bersama hasil roti yang telah berjaya dibuat.


Aneka roti yang sedap!


Hasil yang telah siap
Tahniah semua peserta.

Monday, March 27, 2017

INSTRUMEN PEMANTAUAN PENGURUSAN PRASEKOLAH KPM

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..


Mohon setiap penyelaras mencetak Borang Instrumen Pemantauan Pengurusan Prasekolah KPM bagi urusan pemantauan.  Setiap borang perlu disimpan 1 salinan di dalam fail.

Muat turun borang di sini

BORANG PEMANTAUAN PRA 2017

Sunday, February 26, 2017

NOTA SEMINAR EKSPRES-i

MAKLUMAN


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Seminar EKSPRES-i anjuran PPD Petaling Perdana akan berlangsung pada 27 Februari 2017 bertempat di SK Seafield.  Oleh itu, pihak penganjur memohon agar setiap peserta mencetak nota bagi kemudahan dan kelancaran seminar.

Sekian, terima kasih

MUAT TURUN LINK DI BAWAH:

NOTA SEMINAR EKSPRES-i

Wednesday, February 22, 2017

GARIS PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH KPM BAGI SESI 2018

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Permohonan kemasukan ke Prasekolah KPM bagi sesi 2018 akan dibuka mulai 1 MAC 2017 sehingga 31 APRIL2017 secara dalam talian melalui link https://eprasekolah.moe.gov.my






Permohonan secara manual boleh dibuat mulai 1 MAC 2017 sehingga 31 MEI 2017 dengan menghantat borang permohonan ke sekolah.

Setiap prasekolah dikehendaki muat turun surat dan garis panduan serta menyebarkan maklumat ini.

MUAT TURUN LINK DI BAWAH:

SURAT DAN GARIS PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH KPM SESI 2018

Friday, February 17, 2017

PENGISIAN DATA DAN MAKLUMAT INSTRUMEN STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK) BAGI TAHUN 2016

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Makluman

Penyelaras Prasekolah sudah boleh mengisi data dan maklumat Instrumen Standard  Kualiti Prasekolah Kebangsaan bagi Tahun 2016.  Tarikh tutup pengisian data adalah pada 3 MAC 2017.  Mohon setiap guru besar membuat pengesahan setelah instrumen selesai dinilai.  Hasil dapatan SKPK hendaklah dicetak bagi rujukan.


Muat turun surat makluman di bawah :

SURAT PENGISIAN DATA DAN MAKLUMAT SKPK BAGI TAHUN 2016

TAKLIMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN PPD PETALING PERDANA 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. PPD Petaling Perdana akan mengadakan 1 taklimat pengisian Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan...