Posts

Showing posts from 2016

BAHAN KURSUS KSPK SEMAKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berikut merupakan link bahan-bahan tambahan kursus KSPK semakan sebagai simpanan dan rujukan guru-guru prasekolah di PPD Petaling Perdana.

Muat turun bahan

CONTOH RPH KSPK

RANCANGAN PENGAJARAN PUSAT PEMBELAJARAN

CONTOH PENULISAN RPT

PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN PPD PETALING PERDANA

Salam 1 Malaysia..

PPD Petaling Perdana akan menganjurkan Pertandingan Pakaian Beragam Sempena Bulan Kemerdekaan PPD Petaling Perdana pada 20 September 2016.  Berikut adalah syarat-syarat penyertaan :

1. Pertandingan ini adalah anjuran PPD Petaling Perdana.  Pertandingan ini terbuka kepada murid
    prasekolah PPD Petaling Perdana Sahaja.

2. Setiap satu sekolah dibenarkan menghantar SEORANG murid prasekolah sahaja.

3.  Bagi zon MBSA dikehendaki menghantar peserta murid perempuan sahaja.

4. Bagi zon MPSJ dikehendaki menghantar peserta murid lelaki sahaja.

5. Tema dan konsep pakaian adalah patriotik dan futuristik.
    Penyertaan hendaklah dihantar selewat-lewatnya 30 Ogos 2016 kepada Pn Zarini binti Ghazali
    Unit Prasekolah PPD Petaling Perdana.

6.  Para peserta diwajibkan melengkapkan borang penyertaan.  Sekiranya didapati maklumat tidak
     lengkap/ tidak sah, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan tanpa notis awal.

Muat turun borang penyertaan

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN…

KURSUS KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) SEMAKAN BAGI GURU PRASEKOLAH NEGERI SELANGOR

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Selangor dengan kerjasama PPD akan menganjurkan Kursus KSPK Semakan bagi semua guru prasekolah di Negeri Selangor.  Kehadiran guru prasekolah adalah WAJIB.  Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Semakan akan mula digunakan bermula tahun 2017.  Mohon semua peserta untuk muat turun surat panggilan serta bahan kursus melalui pautan yang telah disediakan.

MUAT TURUN DI SINI

SURAT PANGGILAN KURSUS
SENARSI NAMA KUMPULAN 1
SENARAI NAMA KUMPULAN 2
SENARAI NAMA KUMPULAN 3

BAHAN-BAHAN KURSUS UNTUK CETAKAN PESERTA

KSPK SEMAKAN

JADUAL WAKTU
PENTAKSIRAN KSPK
AKTIVITI LUAR
STRATEGI PdP

TUNJANG KOMUNIKASI
TUNJANG KEROHANIAN SIKAP DAN NILAI
TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI
TUNJANG KEMANUSIAAN
TUNJANG KETRAMPILAN
TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA

IKLAN PENGAMBILAN MURID PRASEKOLAH BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2017

Salam Ramadhan
Pihak prasekolah sudah boleh mengiklankan permohonan bagi pengambilan murid Prasekolah bagi sesi persekolahan Tahun 2017.  Adalah dimaklumkan bahawa permohonan masih secara manual dengan pengambilan borang di sekolah masing-masing.  Pihak sekolah juga perlu memastikan setiap permohonan mencukupi syarat yang telah ditetapkan.  Permohonan boleh dilakukan bermula 1 Jun 2016 sehingga 30 Ogos 2016.

Klik di sini bagi muat turun surat pengiklanan:

SURAT IKLAN PRASEKOLAH 2017

PENGISIAN DATA DAN MAKLUMAT INSTRUMEN STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK) TAHUN 2016

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tuan/puan diminta untuk mengisi data Instrumen Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan (SKPK) 2016 melalui pautan SKPK di laman web https://smpk.moe.gov.my











Tarikh pengisian data SKPK boleh dibuat bermula 1 Jun 2016- 18 Ogos 2016.

Muat turun

SURAT PENGISIAN DATA SKPK 2016

BENGKEL CRAFT & CREATE BAGI GURU PRASEKOLAH PETALING PERDANA 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Unit Prasekolah PPD Petaling Perdana akan menganjurkan Bengkel Craft & Create bagi Guru Prasekolah Petaling Perdana 2016 bermula 6 hingga 8 April 2016 bertempat di Dewan SK TUDM.

Sehubungan dengan itu, peserta hendaklah membawa seorang murid prasekolah beserta bahan-bahan
berikut:

1. Gunting
2. Gam
3. Surat khabar
4. Tikar

Muat turun:

SURAT BENGKEL CRAFT & CREATE BAGU GURU PRASEKOLAH PETALING PERDANA 2016

MUAT TURUN SENARAI NAMA PESERTA TERKINI  5 APRIL 2016

KUMPULAN 1

KUMPULAN 2

KUMPULAN 3


PENTING: MESYUARAT PENGURUSAN PENYELARAS PRASEKOLAH DAERAH PETALING PERDANA BIL.1/2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Mesyuarat pengurusan bagi Penyelaras Prasekolah akan diadakan mengikut zon iaitu MBSA dan MPSJ.  Berikut adalah butiran mesyuarat:

MESYUARAT PENGURUSAN PENYELARAS PRASEKOLAH PETALING PERDANA BIL.1/2016
ZON MPSJ

Tarikh: 23 Mac 2016
Hari : Rabu
Tempat: Bilik Mesyuarat PPD Petaling Perdana
Masa : 2.00 petang hingga 5.00 petang

ZON MBSA

Tarikh: 29 Mac 2016
Hari : Selasa
Tempat: Bilik Mesyuarat PPD Petaling Perdana
Masa : 2.00 petang hingga 5.00 petang

Mohon setiap penyelaras hadir pada tarikh yang telah ditetapkan.

DOWNLOAD SURAT PANGGILAN 

SURAT MESYUARAT PENGURUSAN PENYELARAS PRASEKOLAH ZON MPSJ

SURAT MESYUARAT PENGURUSAN PENYELARAS PRASEKOLAH ZON MBSA

PELAKSANAAN PROGRAM KOKURIKULUM DAN KO-AKADEMIK PRASEKOLAH BAGI TAHUN 2016

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Tuan/Puan ,

Bersama-sama ini disertakansurat  mengenai Pelaksanaan Program Kokurikulum dan Ko-AkademikPrasekolah bagi Tahun 2016 untuk makluman dan tindakan pihak tuan seterusnya.
Sekian, terima kasih.  

DOWNLOAD DI SINI


https://drive.google.com/file/d/0ByXWdIvoKu4sV05uSE53NHFCZVE/view?usp=sharing





KAJIAN PELAKSANAAN BAHASA TAMBAHAN DI PRASEKOLAH

Assalamualaikum  dan Selamat Sejahtera.
Bersama dengan ini dilampirkan surat berkenaan dengan perkara di atas untuk diambil tindakan oleh SEKOLAH-SEKOLAH YANG MEMPUNYAI PRASEKOLAH SAHAJA.
Untuk makluman seterusnya,  SJK(T) dan SJK(C) tidak terlibat untuk menjawab soal selidik bagi Kajian Pelaksanaan Bahasa Tambahan di Prasekolah. 
Sekian, terima kasih.
 DOWNLOAD LINK DI BAWAH:

https://drive.google.com/file/d/0ByXWdIvoKu4sNm14elp4azdaM3c/view?usp=sharing