Wednesday, October 7, 2015

PELAKSANAAN PENGISIAN INSTRUMEN KESEDIAAN MURID KE TAHUN SATU (IKMTS)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Perhatian kepada sekolah yang mempunyai prasekolah sahaja.


Tuan,

PELAKSANAAN PENGISIAN INSTRUMEN KESEDIAAN MURID KE TAHUN SATU (IKMTS)
Perkara di atas dengan segala hormatnya adalah dirujuk.

2.     Untuk makluman, bagi mendapatkan laporan Kesediaan Murid Ke Tahun Satu tahun 2015 yang lebih komprehensif, Sektor Pengurusan Prasekolah, BPSH telah membuat sedikit penambahbaikan kepada template skor sekolah, PPD dan JPN iaitu dengan menambah pengumpulan data berkaitan dengan kesediaan murid dalam kemahiran asas 3M.

3.     Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan template skor yang baharu beserta kaedah pengisiannya untuk tindakan selanjutnya. Tarikh penyerahan pelaporan IKMTS oleh pihak sekolah kepada PPD pada atau sebelum 16 Oktober 2015. Pihak  PPD pula perlu  serah ke JPN selewat-lewatnya sebelum atau pada 20 Oktober 2015.

4.     Mohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pihak tuan. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. 

0 comments:

PERMOHONAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) SAMBILAN BAGI PRASEKOLAH PPDPP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Sambilan bagi kelas prasekolah di PPDPP boleh mula dipohon. Berikut ...

 
Design by Wordpress Theme Edited by Mofazri | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes