Tuesday, September 22, 2015

PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2015

Salam 1 Malaysia.

Program Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah Peringkat Negeri Selangor telah diadakan pada 15 September 2015 di Hotel Goldcourse Klang.  Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Zainuren bin Hj Mohd Nor SMP,AAP.
Pengarah Pendidikan Negeri Selangor.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Menulis Ayat Mudah, Bercerita Bahasa Inggeris, Syarahan Bahasa Melayu, Nyanyian Solo, Reka Cipta dan Pertandingan Muzik Perkusi dan  Formasi.

Pasukan Prasekolah PPD Petaling Perdana telah menghantar penyertaan yang diwakili oleh pemenang setiap acara di peringkat daerah.  Tahniah kepada adik Chuah Qi Hui,SJK (C) Tun Tang Cheng Lock telah menjadi johan Bercerita Bahasa Inggeris.  Tahniah juga kepada pasukan Reka Cipta daripada SK Seksyen 2 Bandar Kinrara di bawah bimbingan Cikgu Hazaida kerana telah berjaya mendapat tempat ke-3.

Walaupun tiada rezeki memenangi acara lain, namun persembahan setiap perserta amat membanggakan.  Tahniah kepada peserta bagi setiap acara berikut:

  • Nyanyian Solo-Ariesha Ariana bt Mohd Nor (SK Alam Megah 2)
  • Syarahan Bahasa Melayu-Mirza Ayuni bt Anuar (SK Puchong Utama 2)
  • Menulis Ayat Mudah -Arissa bt Khairul Anuar (SK Bukit Jelutong)
  • Pertandingan Muzik Perkusi dan Formasi - SK Seksyen 9, Shah Alam 
Setiap usaha peserta dan guru pembimbing amat dihargai.  Anda tetap juara di mata kami.

 Persembahan pasukan Muzik Perkusi dan Formasi yang hebat


 Persembahan lagu Rama-rama oleh adik Ariesha Ariana
 Pasukan Reka Cipta berjaya mendapat tempat ke-3


Adik Chuah Qi Hui menjadi Johan Bercerita Bahasa Inggeris bersama pegawai PPDPP Prasekolah Pn Zarini bt Ghazali

Persembahan Adik Chuah Qi Hui yang menambat hati juri.


Persembahan hebat dari SK Seksyen 9

TAKLIMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN PPD PETALING PERDANA 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. PPD Petaling Perdana akan mengadakan 1 taklimat pengisian Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan...