Wednesday, August 19, 2015

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU PRASEKOLAH DAERAH PETALING PERDANA 2015

Salam 1 Malaysia...

PPD Petaling Perdana telah menganjurkan Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-Guru Prasekolah Petaling Perdana pada 11-13 Ogos 2015 bertempat di Pangkor Coral Bay Resort, Pulau Pangkor Perak.

Seramai 33 peserta telah menyertai kursus ini berjaya memperoleh banyak ilmu dalam bidang pengurusan kurikulum & pentaksiran, inovasi serta pembinaan BBM yang kreatif.  Guru-guru didedahkan mengenai ciri-ciri pembelajaran Abad ke-21 supaya bersedia diadaptasikan di kelas prasekolah.
Pengisian slot Inovasi dalam Pdp pula disampaikan oleh En Azhar Ariffin yang menerangkan ciri-ciri inovasi yang berkesan dan cara menghasilkan bahan inovasi yang berjaya memberi impak dalam pdp.

Slot Let's Be Creative with Children yang disampaikan oleh Dr Hjh Saayah Abu pula memberi peluang guru-guru menghasilkan bahan secara hands-on serta cara mengaplikasikan bahan tersebut di dalam pdp.

Setiap peserta teruja dan komited sepanjang kursus dijalankan dan diharapkan agar setiap ilmu diaplikasikan di kelas prasekolah serta disampaikan kepada rakan-rakan yang lain.

Jom kita lihat aktiviti sepanjang kursus dijalankan...









0 comments:

PERMOHONAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) SAMBILAN BAGI PRASEKOLAH PPDPP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Sambilan bagi kelas prasekolah di PPDPP boleh mula dipohon. Berikut ...

 
Design by Wordpress Theme Edited by Mofazri | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes