Posts

Showing posts from March, 2015

PERTANDINGAN BOLING TENPIN GURU & PPM PRASEKOLAH NEGERI SELANGOR 2015

Tarikh: 04 April 2015 ( Sabtu ) Masa : 08.30 Pagi Tempat : Dream Bowl , Airport Sport Complex , Bandar Baru Nilai

KATEGORI
Individu Berpasukan

KELAYAKAN/ PENYERTAAN
Semua guru  dan Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah Negeri Selangor  adalah  layak untuk menyertai pertandingan.
Setiap daerah dikehendaki menghantar 2 pasukan dan setiap pasukan terdiri daripada;                        A. Dua (2) orang guru prasekolah                        B. Dua (2) orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM)

LAWATAN PENANDA ARASAN KE PRASEKOLAH DAERAH KUALA SELANGOR

Image
Pada 5 Mac 2015, seramai 38 orang guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid (PPM) telah menyertai Lawatan Penanda Arasan ke SK Tanjong Karang dan SK Sultan Abdul Aziz Kg. Kuantan di daerah Kuala Selangor anjuran PPD Petaling Perdana.

Aspek yang dilihat adalah dari segi pengurusan prasekolah, 3K dan juga keindahan landskap sebagai garis panduan bagi guru & PPM Prasekolah Petaling Perdana.  Terima kasih diucapkan kepada PPD Kuala Selangor serta sekolah terlibat yang mengalu-alukan kedatangan kami.

Semoga segala ilmu yang bermanfaat dapat diaplikasikan oleh guru & PPM Prasekolah Daerah Petaling Perdana dalam memperkasa fasiliti dan ruang pembelajaran yang lebih kondusif.













Mesyuarat Penyelarasan JU Prasekolah Petaling Perdana Bil/2 2015

Image
Mesyuarat penyelarasan JU Prasekolah Petaling Perdana untuk kali ke 2 bagi tahun 2015 telah berlangsung di SK Alam Megah 3 pada 3 Mac 2015. Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh Pen.Peg. Prasekolah PPDPP Puan Zarini Bt. Ghazali.

Mesyuarat pada kali ini lebih tertumpu kepada penyelarasan program-program prasekolah sepanjang tahun 2015. Semua JU yang telah dilantik di amanahkan untuk merancang dan melaksanakan setiap program yang telah di tetapkan di dalam takwim prasekolah PPDPP tahun 2015.