Posts

Showing posts from 2015

PROGRAM INTERAKTIF SAINS BERSAMA PETRONAS

Program HOTS Science Creative for Preschool akan diadakan anjuran Petrosains Sdn. Bhd.  Terdapat 3 sesi iaitu pada 15, 20 & 21 Oktober 2015.  Penyelaras prasekolah hendaklah memastikan setiap guru yang terlibat hadir.  Mohon setiap peserta berkumpul di PPD tepat pada jam 7.30 pagi.  Berikut adalah surat dan senarai nama peserta terkini:

SENARAI NAMA PESERTA
https://www.mediafire.com/?lp7x1ltef72lpmx

SURAT PROGRAM 15 OKTOBER 2015
http://www.mediafire.com/view/2lbmudkrh7m6dl7/surat_petrosains_15hb.pdf

SURAT PROGRAM 20 OKTOBER 2015
http://www.mediafire.com/view/enbd0j041nra3zg/surat_petrosains_20hb.pdf

SURAT PROGRAM 21 OKTOBER 2015
http://www.mediafire.com/view/iak7a9s80dl8a5n/surat_ke_petrosains_21hb.pdf

PELAKSANAAN PENGISIAN INSTRUMEN KESEDIAAN MURID KE TAHUN SATU (IKMTS)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Perhatian kepada sekolah yang mempunyai prasekolah sahaja.

Tuan,

PELAKSANAAN PENGISIAN INSTRUMEN KESEDIAAN MURID KE TAHUN SATU (IKMTS) Perkara di atas dengan segala hormatnya adalah dirujuk.

2.     Untuk makluman, bagi mendapatkan laporan Kesediaan Murid Ke Tahun Satu tahun 2015 yang lebih komprehensif, Sektor Pengurusan Prasekolah, BPSH telah membuat sedikit penambahbaikan kepada template skor sekolah, PPD dan JPN iaitu dengan menambah pengumpulan data berkaitan dengan kesediaan murid dalam kemahiran asas 3M.
3.     Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan template skor yang baharu beserta kaedah pengisiannya untuk tindakan selanjutnya. Tarikh penyerahan pelaporan IKMTS oleh pihak sekolah kepada PPD pada atau sebelum 16 Oktober 2015. Pihak  PPD pula perlu  serah ke JPN selewat-lewatnya sebelum atau pada 20 Oktober 2015.
4.     Mohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pihak tuan. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan did…

PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH BAGI SESI 2016

Makluman mengenai permohonan murid prasekolah tahun 2016, setiap penyelaras prasekolah perlu menyerahkan dokumen yang diperlukan kepada Pn. Zarini bt Ghazali selewat-lewatnya 14 Oktober 2015.  Berikut merupakan senarai semak dokumen yang perlu diserahkan bagi memperoleh pengesahan daripada pegawai :

1. Surat iringan
2. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah
3. Senarai penuh permohonan prasekolah tahun 2016 mengikut tahun (5 & 6 tahun diasingkan )

4. Senarai nama murid yang dipilih menerima tawaran prasekolah

(PENTING: Semua dokumen mesti ditandatangani oleh Guru Besar)

Klik link di bawah bagi contoh tapak permohonan:
https://www.mediafire.com/?rck3snlah3iscdj

http://www.mediafire.com/view/dadx7sctlyi8d9b/SENARAI_MURID_YANG_LAYAK_UNTUK_DIPANAELKAN_DALAM_MESYUARAT_J.docx

http://www.mediafire.com/view/nb14dixuqcufy9d/SENARAI_KESELURUHAN_PERMOHONAN_MURID_PRASEKOLAH__5_tahun.docx




MAKLUMAN PENTING : SEMUA GURU DIKEHENDAKI MENGISI SOAL SELIDIK KECEKAPAN BAHASA INGGERIS GURU PRASEKOLAH

Image
Semua guru prasekolah WAJIB mengisi instrumen soal selidik berkaitan kecekapan Bahasa Inggeris Guru Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 2015.  Guru boleh mula mengisi instrumen pada 5 OKtober 2015-16 Oktober 2015 melalui link http://goo.gl/forms/kjnsyYpGI7

Diharapkan semua guru prasekolah Petaling Perdana dapat memberi kerjasama dalam mematuhi arahan ini.

Terima kasih.

PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2015

Image
Salam 1 Malaysia.

Program Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah Peringkat Negeri Selangor telah diadakan pada 15 September 2015 di Hotel Goldcourse Klang.  Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Zainuren bin Hj Mohd Nor SMP,AAP.
Pengarah Pendidikan Negeri Selangor.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Menulis Ayat Mudah, Bercerita Bahasa Inggeris, Syarahan Bahasa Melayu, Nyanyian Solo, Reka Cipta dan Pertandingan Muzik Perkusi dan  Formasi.

Pasukan Prasekolah PPD Petaling Perdana telah menghantar penyertaan yang diwakili oleh pemenang setiap acara di peringkat daerah.  Tahniah kepada adik Chuah Qi Hui,SJK (C) Tun Tang Cheng Lock telah menjadi johan Bercerita Bahasa Inggeris.  Tahniah juga kepada pasukan Reka Cipta daripada SK Seksyen 2 Bandar Kinrara di bawah bimbingan Cikgu Hazaida kerana telah berjaya mendapat tempat ke-3.

Walaupun tiada rezeki memenangi acara lain, namun persembahan setiap perserta amat membanggakan.  Tahniah kepada peserta bagi setiap acara berikut:

Nyanyian Solo-…

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN #sehatisejiwa

Image
Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan pada tahun 2015 lebih menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2015

Pautan Sumber: mysumber.com

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU PRASEKOLAH DAERAH PETALING PERDANA 2015

Image
Salam 1 Malaysia...

PPD Petaling Perdana telah menganjurkan Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-Guru Prasekolah Petaling Perdana pada 11-13 Ogos 2015 bertempat di Pangkor Coral Bay Resort, Pulau Pangkor Perak.

Seramai 33 peserta telah menyertai kursus ini berjaya memperoleh banyak ilmu dalam bidang pengurusan kurikulum & pentaksiran, inovasi serta pembinaan BBM yang kreatif.  Guru-guru didedahkan mengenai ciri-ciri pembelajaran Abad ke-21 supaya bersedia diadaptasikan di kelas prasekolah.
Pengisian slot Inovasi dalam Pdp pula disampaikan oleh En Azhar Ariffin yang menerangkan ciri-ciri inovasi yang berkesan dan cara menghasilkan bahan inovasi yang berjaya memberi impak dalam pdp.

Slot Let's Be Creative with Children yang disampaikan oleh Dr Hjh Saayah Abu pula memberi peluang guru-guru menghasilkan bahan secara hands-on serta cara mengaplikasikan bahan tersebut di dalam pdp.

Setiap peserta teruja dan komited sepanjang kursus dijalankan dan diharapkan agar setiap ilmu diapl…

SEKITAR PERTANDINGAN REKACIPTA BAHAN INOVASI GURU-GURU PRASEKOLAH DAERAH PETALING PERDANA

Image
Salam 1 Malaysia.  PPD Petaling Perdana telah berjaya menganjurkan Pertandingan Rekacipta Bahan Inovasi Guru-Guru Prasekolah Daerah Petaling Perdana pada 24 Jun 2015 bertempat di Dewan Al-Madani SMK Seksyen 18 Shah Alam.
          Pertandingan ini dianjurkan bagi menggalakkan guru mencipta inovasi dalam proses Pdp serta menyediakan peluang bagi guru menampilkan hasil inovasi mereka.


BENGKEL KEMAHIRAN & TEKNIK ASAS PERMAINAN ALAT PERKUSI UNTUK GURU-GURU PRASEKOLAH DAERAH PETALING PERDANA 2015

Image
Diadakan di Dewan Harmoni SK Bandar Sunway pada 17 Jun 2015 bermula jam 8.30 pagi. Bengkel yang telah berlangsung hampir enam jam ini telah dikelolakan oleh Penceramah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) iaitu En. Azhar




Pengerusi Majlis En Fazri memulakan ucapan pembuka majlis

En Azhar memulakan sesi Bengkel Kemahiran & Teknik Asas Permainan Alat Perkusi




Peserta bengkel yang sedang khusyuk mendengar sesi ceramah daripada En Azhar




 Sesi latihan

 Persembahan Berkumpulan Permainan Alat Perkusi sedang bermula
 Johan Permainan Alat Perkusi
 Tempat Kedua Permainan Alat Perkusi
Tempat Ketiga Permainan Alat Perkusi
 Antara peserta-peserta Bengkel Kemahiran & Teknik Asas Permainan Alat Perkusi

PERTANDINGAN REKACIPTA BAHAN INOVASI GURU-GURU PRASEKOLAH DAERAH PETALING PERDANA 2015

Pertandingan Rekacipta Bahan Inovasi Guru Prasekolah peringat Petaling Perdana Akan diadakan pada 24 Jun 2015 bertempat di Dewan Al-Madani SMK Seksyen 18, Shah Alam dari jan 8.30 pagi-5.30 petang.  Klik pada link di bawah bagi syarat-syarat pertandingan. Semoga berjaya buat guru-guru Prasekolah Petaling Perdana.

Syarat Pertandingan Rekacipta Bahan Inovasi Guru Prasekolah

IKLAN PENGAMBILAN MURID PRASEKOLAH BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa iklan pengambilan murid prasekolah bagi sesi persekolahan tahun 2016 boleh dibuka bermula 1 Jun 2015- 30 Ogos 2015.  Borang permohonan masuk bagi murid praskeolah tahun 2016 boleh dimuat turun dari Jabatan Pendidikan Selangor atau dapatkan dari semua sekolah rendah yang melaksanakan program pendidikan prasekolah yang berdekatan.



MAKLUMAN TERKINI

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. 
Berikut adalah makluman terkini mesyuarat dan bengkel guru-guru Prasekolah Petaling Perdana.  Mohon Jurulatih Utama Daerah, Penyelaras Prasekolah serta Guru Prasekolah yang terlibat mengambil tindakan.

1. MESYUARAT PENYELARASAN UNIT PRASEKOLAH BAGI JURULATIH UTAMA DAERAH PETALING PERDANA BIL 3/2015

Tarikh: 15 Jun 2015
Masa : 2.30 petang
Tempat : SK Seksyen 27(2)

2.BENGKEL KEMAHIRAN DAN TEKNIK ASAS PERMAINAN ALAT PERKUSI UNTUK GURU-GURU PRASEKOLAH DAERAH PETALING PERDANA 2015

Tarikh: 17 Jun 2015
Masa : 8.30 pagi - 5.30 petang
Tempat :Dewan SK Bandar Sunway
* Guru yang terlibat diminta membawa alat perkusi

3. MESYUARAT PENGURUSAN PENYELARAS PRASEKOLAH DAERAH PETALING PERDANA BIL 2/2015

Tarikh: 22 Jun 2015
Masa : 2.00 petang-5.00 petang
Tempat : Pusat Latihan Seksyen 6,Jalan Cenderawasih 6/7, Shah Alam

WELCOME BACK TO SCHOOL

Image
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.  2 hari lagi sesi persekolah akan bermula.  Guru antara pencorak ilmu kanak-kanak yang aktif dan ingin meneroka.  Pedagogi guru prasekolah harus kreatif serta proaktif agar ilmu dapat disampaikan dengan berkesan di samping bahan bantu mengajar yang menarik dan interaktif. Terdapat banyak laman web yang dapat membantu guru untuk menjana idea agar pembelajaran lebih menyeronokkan dan berkesan. Guru-guru juga boleh memuat turun bahan bantu mengajar dan lembaran kerja secara percuma.  Berikut antara laman web yang menarik:

1. JUMPSTART
2. first-school
3. Gayle's Preschool Rainbow
4. sheppardsoftware preschool 4. teacherspayteachers
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleg guru demi kecemerlangan anak didik.

KEJOHANAN FUTSAL (SMART KICK) & BOLA JARING MINI PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2015 - TEAM PETALING PERDANA

Image
Naib Johan Futsal Peringkat Negeri Selangor 2015
Tempat Ke-3 Bola Jaring Mini Peringkat Negeri Selangor 2015