Wednesday, July 18, 2012

Set Fun Kids Athletics Prasekolah



 Guru-guru prasekolah khususnya di negeri Selangor boleh merujuk kepada katalog dan sebut harga Set Fun Kids Athletics yang dikeluarkan oleh Pascal Marketing Sdn.Bhd dan diedarkan oleh pengedar tunggal Edaran Pro Dinasti yang beribu pejabat di Klang, Selangor. Set Fun Kids Athletics ini merupakan set peralatan sukan yang di reka berasaskan program Kids Athletics IAAF dan telah diubahsuai mengikut spesifikasi serta kesesuaian murid prasekolah. Guru boleh membeli satu set lengkap ataupun hanya memilih alatan yang tertentu sahaja seperti yang tersenarai dalam katalog. Sebarang pertanyaan dan tempahan sila berhubung terus dengan pengedar.

Edaran Pro Dinasti
Tel : 0333727818
Faks : 0333738817
Hp : 0123228612 (En Mohd Azman)

Tuesday, July 3, 2012

Kursus Peningkatan Profesionalisme Bahasa Inggeris Untuk Guru Prasekolah 2012

Jabatan Pelajaran Selangor akan menganjurkan Kursus Peningkatan Profesionalisme Bahasa Inggeris Untuk Guru Prasekolah ( Kumpulan 5 ) bagi tahun 2012. Guru-guru prasekolah daerah Petaling Perdana yang terlibat dengan kursus berkenaan di kehendaki hadir berdasarkan ketetapan seperti berikut:

Tarikh                    :  4 hingga 6 Julai 2012

Tempat                  :  Concorde Inn
                                Jalan KLIA 1/60, KLIA
                                43900 Sepang, Selangor DE.

Masa Pendaftara    :  2.00 Petang ( 4 Julai 2012 )

Kursus di jangka bermula pada pukul 2.30 petang selepas sesi pendaftaran. Mohon guru-guru agar menepati waktu yang telah ditetapkan bagi melancarkan perjalanan kursus. Senarai bahan keperluan kursus yang perlu di bawa ialah KSPK, story book, big book, kamus, pensil warna/crayon dan gunting. Sebarang masalah dan pertanyaan sila berhubung dengan pegawai unit prasekolah PPDPP En. Abdul Ghani Ab Rahim.

PERMOHONAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) SAMBILAN BAGI PRASEKOLAH PPDPP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Sambilan bagi kelas prasekolah di PPDPP boleh mula dipohon. Berikut ...

 
Design by Wordpress Theme Edited by Mofazri | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes