Tuesday, August 7, 2012

KURSUS SISTEM PENGURUSAN FAIL DAN BENGKEL PENGURUSAN PRASEKOLAH ( PEMBANTU PENGURUSAN MURID )

Kursus sistem pengurusan fail dan bengkel pengurusan prasekolah bertarikh 28 MEI  2012  dan 29 MEI 2012 bertempat di SK SRI SUBANG JAYA.



Ceramah di sampaikan oleh Jurulatih Utama Pembantu Pengurusan Murid iaitu Pn. Normeri dan di bantu oleh beberapa orang Jurulatih Utama yang lain.

PPM dibahagikan kepada beberapa kumpulan, dalam satu kumpulan terdiri daripada 10 orang peserta. Mereka dibekalkan kertas mahjong dan marker, PPM dikehendaki berbincang dan menulis tugas-tugas harian PPM dari Isnin hingga Jumaat bermula pada waktu pagi sehingga petang. Kemudian peserta dikehendaki menulis refleksi pada setiap hari dan diminta untuk membuat pembentangan.


Perbincangan dalam kumpulan


Pembentangan


Ceramah Sistem Pengurusan Fail di jalankan selama 2 hari iaitu pada hari 28 MEI 2012 dan 29 MEI 2012.  Pembantu Pengurusan Murid di bahagikan kepada kepada dua kumpulan  iatu kumpulan A dan B. Ceramah Sistem Pengurusan Fail ini, diadakan pada sesi pagi bermula jam 8 pagi hingga 1 tengahari manakala hari kedua diadakan pada sesi petang bermula jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.



Ceramah Sistem Pengurusan Fail di sampai oleh  Encik Mohd Fadhli bin Ariffin Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana ( Unit Kualiti PPD Petaling Perdana )

0 comments:

PERMOHONAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) SAMBILAN BAGI PRASEKOLAH PPDPP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Sambilan bagi kelas prasekolah di PPDPP boleh mula dipohon. Berikut ...

 
Design by Wordpress Theme Edited by Mofazri | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes