Wednesday, September 19, 2012

Keputusan Kids Athletics Peringkat Zon MBSA dan MPSJ

Kejohanan Kids Athletics bagi peringkat zon MBSA dan MPSJ telah berlangsung serentak hari ini dimana untuk zon MBSA telah dilangsungkan di SK Raja Muda, shah alam dan peringkat MPSJ di Stadium mini SMK USJ 23. Sebanyak 33 buah sekolah telah mengambil bahagian bagi zon MBSA dan zon MPSJ pula sebanyak 37 buah sekolah. 4 buah sekolah yang menduduki 4 tempat teratas dari segi kedudukan mata bagi setiap zon secara otomatik akan bertanding di peringkat daerah. Pada peringkat daerah 8 buah sekolah akan berentap untuk menentukan Johan yang akan mewakili PPD Petaling Perdana di peringkat negeri yang dijadualkan akan berlangsung pada 25 September nanti di SK Seksyen 7, Shah Alam. Berikut adalah senarai kedudukan 4 teratas bagi setiap zon :

ZON MBSA

Johan - SK Raja Muda
N. Johan - SK Jalan U3
Ketiga - SK Seksyen 7
Keempat - SK Tmn Bukit Subang

ZON MPSJ

Johan - SK Serdang
N. Johan - SK USJ 20
Ketiga - SK Seksyen 1 Bandar Kinrara
Keempat - SK Taman Desaminium

Wednesday, September 5, 2012

Manual Bergambar Kids Athletics Prasekolah

Manual bergambar kids athletics ini dikeluarkan oleh Pascal Marketing bersama-sama dengan set lengkap Fun Kids Athletic sebagai rujukan. 








Saturday, September 1, 2012

Taklimat Pengurus Peserta Temasya Sukan "Kids Atheletics" dan Borang Penyertaan Sukan "Kids Athletics" 2012.

Unit Prasekolah, Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana akan mengadakan Temasya Sukan Kids Athletics pada 18 September 2012(selasa) bagi Zon MPSJ dan 19 September 2012 (rabu) bagi Zon MBSA. Bagi peringkat daerah pula akan diadakan pada 20 September 2012 (Khamis). Sila download borang penyertaan yang dilampirkan mengikut zon dan borang yang telah lengkap perlu dihantar semasa Taklimat Pengurus Peserta Temasya Sukan Kids Atheletics yang akan di adakan pada 10 September 2012 (Isnin) pada pukul 12.00 tengah hari bertempat di Dewan Anjung Budi, SK Seksyen 19 Shah Alam.

 

* Surat panggilan taklimat pengurus peserta telah diemailkan ke sekolah dan telah dimasukkan dalam pigeon hold sekolah. 

Download: 
 
Borang penyertaan Zon MBSA
Borang penyertaan Zon MPSJ 

TAKLIMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN PPD PETALING PERDANA 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. PPD Petaling Perdana akan mengadakan 1 taklimat pengisian Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan...