Posts

Showing posts from June, 2012

Video Rintis Kids Athletics

Image
Pihak admin blog prasekolah PPDPP mohon maaf atas kelewatan memuat naik video Program Rintis Kids Athletics di SK Seksyen 7 atas masalah teknikal dan saiz fail yang agak besar. Guru-guru boleh boleh memuat turun terus video tersebut dengan klik link download di bawah. Semoga video ini dapat membantu guru-guru dalam melatih murid-murid prasekolah dan menjadi rujukan di masa akan datang. Sebarang persoalan dan pertanyaan tentang kids athletics boleh kemukakan pada ruangan hubungi kami.. Majulah sukan untuk negara!

Download:
Video Rintis Kids Athletics

Borang Penyertaan Hari Potensi PPDPP 2012

Berdasarkan mesyuarat AJK GB,ahli-ahli mesyuarat telah bersetuju mengadakan hari potensi pada 16 Julai 2012 bagi Zon MBSA dan 17 Julai bagi Zon MPSJ. Bagi peringkat daerah pula akan diadakan pada 19 Julai 2012. Sila download borang penyertaan mengikut zon dan borang yang telah lengkap perlu dihantar semasa taklimat pengurus peserta yang akan di adakan pada 20 Jun 2012 bertempat di Dewan Anjung Budi, SK Seksyen 19 Shah Alam. Download: Surat Taklimat Pengurus PesertaBorang penyertaan Zon MBSABorang penyertaan Zon MPSJ