Monday, May 14, 2012

Lawatan Penanda Aras ke SK Paroi Jaya, Seremban

Bagi tahun 2012 , Unit Prasekolah Petaling Perdana telah memilih kelas Prasekolah SK Paroi Jaya , Seremban sebagai destinasi lawatan penanda aras. Seramai 40 orang ahli rombongan yang terdiri daripada guru-guru prasekolah, pembantu pengurusan murid dan juga guru-guru besar daerah Petaling Perdana telah menyertai program ini.

Ketibaan rombongan telah disambut oleh GB SK Paroi Jaya iaitu Pn. Hajjah Che Fatimah Binti Ismail dengan iringan paluan kompang. Ahli rombongan kemudiannya diraikan dengan jamuan ringan dan persembahan tarian dan nyanyian lagu rasmi prasekolah SK Paroi Jaya yang dinyanyikan sendiri oleh murid-murid prasekolah. Nyanyian lagu rasmi prasekolah sememangnya sangat menarik perhatian rombongan kerana ianya satu perkara baru seharusnya menjadi antara salah satu agenda pembaharuan yang boleh dilaksanakan di PPD Petaling Perdana khususnya.

Ahli rombongan telah di beri taklimat oleh guru prasekolah SK Paroi Jaya iaitu Pn. Rohana Bt. Abdul Rahim dimana beliau telah menerangkan serba sedikit sejarah penubuhan kelas prasekolah SK Paroi Jaya. Sekolah ini mempunyai 2 kelas prasekolah iaitu prasekolah Ihsan dan prasekolah Ikhlas. Kelas prasekolah ini telah di memulakan sesi pembelajaran pertamanya pada 3 Januari 2007 dengan murid berjumlah 50 orang. Antara perkara menarik tentang kelas prasekolah di SK Paroi Jaya ini ialah kejayaan di anugerahkan 5 bintang oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan telah terpilih antara 10 buah kelas prasekolah di Malaysia yang di paparkan di dalam majalah Anjung Seri keluaran April 2011.

0 comments:

PERMOHONAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) SAMBILAN BAGI PRASEKOLAH PPDPP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Sambilan bagi kelas prasekolah di PPDPP boleh mula dipohon. Berikut ...

 
Design by Wordpress Theme Edited by Mofazri | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes