Friday, April 20, 2012

Mesyuarat Pengurusan Data Prasekolah Negeri Selangor Bil 01/2012


Data Online SMPK
Mesyuarat pengurusan data prasekolah kali pertama bagi tahun 2012 telah berlangsung pada 17 hingga 19 April 2012 di Hotel Heritage, Cameron Highland. Suasana nyaman dan tenang di puncak Cameron Highland ternyata tidak dirasai oleh para pegawai-pegawai PPD dan guru-guru JU data daerah yang di hangatkan dengan sesi kemaskini data murid prasekolah KPM Negeri Selangor. Perkara penting yang di beri penekanan dalam mesyuarat kali ini ialah data SMPK, data EMIS dan data manual mengikut format yang telah diselaraskan.
Turut hadir pada mesyuarat kali ini ialah En. Fazrul dari Unit data Emis JPN Selangor yang membentangkan data Emis untuk verifikasi dengan data SMPK setiap daerah. Bagi daerah Petaling Perdana, terdapat sedikit perubahan dari segi data SMPK dan data mentah yang diperolehi. Perubahan ini menunjukkan peningkatan dalam enrolmen murid prasekolah bagi Petaling perdana. Unit prasekolah PPD Petaling Perdana amat berharap agar guru-guru prasekolah sentiasa mengemaskini data murid prasekolah dan juga perlu memaklumkan dengan kadar segera kepada guru data di sekolah masing-masing jika terdapat perubahan dengan data murid.

Guru-guru prasekolah di harap sentiasa bersedia dengan data mentah kelas masing-masing kerana mesyuarat verifikasi data murid prasekolah peringkat negeri Selangor akan berlangsung sebanyak 3 kali sepanjang tahun dan mesyuarat seterusnya di jadualkan pada bulan Jun 2012. Data mentah ini akan di gunakan sebagai rujukan terkini apabila proses verifikasi dijalankan kerana pangkalan data online SMPK akan di'lock' oleh unit data KPM dalam tempoh masa tertentu. Guru yang berdepan masalah untuk mengemaskini data online SMPK kelas masing-masing boleh berhubung dengan Peg. Prasekolah PPDPP En. Abdul Ghani melalui e-mail ghani.ppdpp@gmail.com.

0 comments:

PERMOHONAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) SAMBILAN BAGI PRASEKOLAH PPDPP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Sambilan bagi kelas prasekolah di PPDPP boleh mula dipohon. Berikut ...

 
Design by Wordpress Theme Edited by Mofazri | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes