Posts

Showing posts from April, 2012

Program Rintis Kids Athletics Peringkat Negeri Selangor

Image
'Kids Athletics' adalah program bertaraf antarabangsa yang mana program ini telah di ilhamkan oleh IAAF atau International Association of Athletics Federationsbertujuan untuk memastikandasaryang mantap danmampan dalam pembangunansukanOlahraga. Matlamatutama program ini ialah untuk memberi pendedahan awal asas sukan olahragakepada kanak-kanak khususnya prasekolah.

Unit Prasekolah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah mengambil inisiatif dalam memperkenalkan program Kids Athletics dalam kalangan kanak-kanak prasekolah dengan menjalankan Uji Rintis Kids Athletics peringkat negeri Selangor pada 21 April 2012. Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam di pilih sebagai tempat berlangsungnya program rintis ini yang telah melibatkan hampir 100 murid prasekolah daripada 4 kelas prasekolah di sekolah tersebut.

Program yang bermula pada jam 9 pagi itu di hadiri oleh Pegawai Prasekolah dan Jurulatih Utama dari 10 buah daerah di Negeri Selangor serta pegawai-pegawai dari Unit Prasekolah Jab…

Mesyuarat Pengurusan Data Prasekolah Negeri Selangor Bil 01/2012

Image
Mesyuarat pengurusan data prasekolah kali pertama bagi tahun 2012 telah berlangsung pada 17 hingga 19 April 2012 di Hotel Heritage, Cameron Highland. Suasana nyaman dan tenang di puncak Cameron Highland ternyata tidak dirasai oleh para pegawai-pegawai PPD dan guru-guru JU data daerah yang di hangatkan dengan sesi kemaskini data murid prasekolah KPM Negeri Selangor. Perkara penting yang di beri penekanan dalam mesyuarat kali ini ialah data SMPK, data EMIS dan data manual mengikut format yang telah diselaraskan.
Turut hadir pada mesyuarat kali ini ialah En. Fazrul dari Unit data Emis JPN Selangor yang membentangkan data Emis untuk verifikasi dengan data SMPK setiap daerah. Bagi daerah Petaling Perdana, terdapat sedikit perubahan dari segi data SMPK dan data mentah yang diperolehi. Perubahan ini menunjukkan peningkatan dalam enrolmen murid prasekolah bagi Petaling perdana. Unit prasekolah PPD Petaling Perdana amat berharap agar guru-guru prasekolah sentiasa mengemaskini data murid prase…

PENTING : Borang Kemaskini Maklumat Prasekolah 2012

Pada 27 hingga 30 Mac yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Verifikasi Data SMPK bersama KPM yang melibatkan pegawai prasekolah PPD dan JPN Negeri bagi zon tengah iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. Hasil daripada mesyuarat ini menunjukkan terdapat beberapa masalah dengan data online SMPK yang memerlukan pengemaskinian.

Oleh yang demikian , Unit prasekolah PPD Petaling Perdana memohon kerjasama semua guru prasekolah Petaling Perdana untuk mengisi data mentah terkini kelas masing-masing kedalam format Borang Maklumat Murid 2012 yang di berikan pada pautan dibawah. Sekolah yang mempunyai lebih dari 1 kelas perlu menggunakan borang yang berasingan bagi setiap kelas. Borang yang telah lengkap perlu di email kepada En. Abdul Ghani di alamat ghani.ppdpp@gmail.com selewat-lewatnya pada hari AHAD 15 April 2012 ( Pada kolum subjek e-mail gunakan format 'SMPK Terkini KODSEKOLAH'). Data mentah terkini ini penting untuk dibuat semakan dengan data SMPK online dan akan dihantar ke …

Kursus Kajian Tindakan Bagi Guru Prasekolah Negeri Selangor

Kursus kajian tindakan bagi guru prasekolah Negeri Selangor telah dijalankan pada 27 hingga 29 Mac 2012 bertempat di Hotel Exelsior, Ipoh. Kursus selama 3 hari 2 malam ini adalah anjuran unit prasekolah JPN Selangor dan melibatkan 43 orang guru prasekolah dari sepuluh daerah di Negeri Selangor. Setiap daerah telah menghantar seramai 4-5 orang guru prasekolah sebagai peserta kursus. Kursus ini telah dikendalikan oleh Dr. Jennifer Wee Beng Neo yang merupakan Penolong Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia di cyberjaya .

Peserta kursus telah didedahkan dengan ilmu penulisan kajian tindakan terutamanya dari segi format penulisan, pemilihan tajuk kajian dan juga didedahkan dengan contoh-contoh kajian tindakan sebagai rujukan. Di akhir kursus peserta kursus telah membentangkan kertas kerja kajian tindakan yang dihasilkan mengikut kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan akan menjalankan kajian di sekolah masing-masing sepertimana yang telah dibentangkan dalam propo…