Posts

Showing posts from 2012

Bengkel Pengurusan Prasekolah dan ICT bagi Pembantu Pengurusan Murid Daerah Petaling Perdana

Image
Bengkel Pengurusan Prasekolah dan ICT bagi Pembantu Pengurusan Murid diadakan pada 22 November dan 5 Disember 2012 bertempat di Dewan Sekolah SK Puchong Perdana bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang.




Encik Ghani Pegawai Prasekolah Daerah Petaling Perdana  menyampaikan ceramah dan mengadakan bengkel Pengurusan Prasekolah serta ICT bagi Pembantu Pengurusan Murid bagi tahun 2012.


                                                      Aktiviti-aktiviti peserta kursus





Keputusan Kids Athletics Peringkat Zon MBSA dan MPSJ

Kejohanan Kids Athletics bagi peringkat zon MBSA dan MPSJ telah berlangsung serentak hari ini dimana untuk zon MBSA telah dilangsungkan di SK Raja Muda, shah alam dan peringkat MPSJ di Stadium mini SMK USJ 23. Sebanyak 33 buah sekolah telah mengambil bahagian bagi zon MBSA dan zon MPSJ pula sebanyak 37 buah sekolah. 4 buah sekolah yang menduduki 4 tempat teratas dari segi kedudukan mata bagi setiap zon secara otomatik akan bertanding di peringkat daerah. Pada peringkat daerah 8 buah sekolah akan berentap untuk menentukan Johan yang akan mewakili PPD Petaling Perdana di peringkat negeri yang dijadualkan akan berlangsung pada 25 September nanti di SK Seksyen 7, Shah Alam. Berikut adalah senarai kedudukan 4 teratas bagi setiap zon :

ZON MBSA

Johan - SK Raja Muda
N. Johan - SK Jalan U3
Ketiga - SK Seksyen 7
Keempat - SK Tmn Bukit Subang

ZON MPSJ

Johan - SK Serdang
N. Johan - SK USJ 20
Ketiga - SK Seksyen 1 Bandar Kinrara
Keempat - SK Taman Desaminium

Manual Bergambar Kids Athletics Prasekolah

Image
Manual bergambar kids athletics ini dikeluarkan oleh Pascal Marketing bersama-sama dengan set lengkap Fun Kids Athletic sebagai rujukan. 










Taklimat Pengurus Peserta Temasya Sukan "Kids Atheletics" dan Borang Penyertaan Sukan "Kids Athletics" 2012.

Unit Prasekolah, Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana akan mengadakan Temasya Sukan Kids Athletics pada 18 September 2012(selasa) bagi Zon MPSJ dan 19 September 2012 (rabu) bagi Zon MBSA. Bagi peringkat daerah pula akan diadakan pada 20 September 2012 (Khamis). Sila download borang penyertaan yang dilampirkan mengikut zon dan borang yang telah lengkap perlu dihantar semasa Taklimat Pengurus Peserta Temasya Sukan Kids Atheletics yang akan di adakan pada 10 September 2012 (Isnin) pada pukul 12.00 tengah hari bertempat di Dewan Anjung Budi, SK Seksyen 19 Shah Alam.


* Surat panggilan taklimat pengurus peserta telah diemailkan ke sekolah dan telah dimasukkan dalam pigeon hold sekolah. 
Download: Borang penyertaan Zon MBSABorang penyertaan Zon MPSJ

KURSUS SISTEM PENGURUSAN FAIL DAN BENGKEL PENGURUSAN PRASEKOLAH ( PEMBANTU PENGURUSAN MURID )

Image
Kursus sistem pengurusan fail dan bengkel pengurusan prasekolah bertarikh 28 MEI  2012  dan 29 MEI 2012 bertempat di SK SRI SUBANG JAYA.



Ceramah di sampaikan oleh Jurulatih Utama Pembantu Pengurusan Murid iaitu Pn. Normeri dan di bantu oleh beberapa orang Jurulatih Utama yang lain.
PPM dibahagikan kepada beberapa kumpulan, dalam satu kumpulan terdiri daripada 10 orang peserta. Mereka dibekalkan kertas mahjong dan marker, PPM dikehendaki berbincang dan menulis tugas-tugas harian PPM dari Isnin hingga Jumaat bermula pada waktu pagi sehingga petang. Kemudian peserta dikehendaki menulis refleksi pada setiap hari dan diminta untuk membuat pembentangan.


Perbincangan dalam kumpulan

Pembentangan


Ceramah Sistem Pengurusan Fail di jalankan selama 2 hari iaitu pada hari 28 MEI 2012 dan 29 MEI 2012.  Pembantu Pengurusan Murid di bahagikan kepada kepada dua kumpulan  iatu kumpulan A dan B. Ceramah Sistem Pengurusan Fail ini, diadakan pada sesi pagi bermula jam 8 pagi hingga 1 tengahari manakala hari ke…

Hari Potensi Prasekolah PPDPP 2012

Image
Hari Potensi Prasekolah Petaling Perdana telah berlangsung dengan jayanya  dimana bagi peringkat Zon MBSA  diadakan pada 16 Julai 2012, Zon MPSJ pada 17 Julai 2012 dan Peringkat Daerah pada 19 Julai 2012 yang lalu. Berikut adalah senarai penuh pemenang bagi Peringkat Daerah:

JOHAN KESELURUHAN
ZON MPSJ

Ejaan BM 
1. SK TTDI
2. SK PUCHONG UTAMA 3
3. SK BUKIT JELUTONG


EJAAN BI
1. SK DATO ONN JAAFAR
2. SK SETIA ALAM 
3. SK TUN SAMBANTHAN

BERCERITA BM
1. SK SS 1 BANDAR KINRARA
2. SK SS 13 SHAH ALAM
3. SK SERI SERDANG

BERCERITA BI
1. SK TUN TAN CHENG LOCK
2. SK TUN SAMBANTHAN
3. SK JALAN U3

TARIAN
1. SK BUKIT JELUTONG
2. SK SEKSYEN 19 SHAH ALAM
3. SK RAJA MUDA

NYANYIAN DAN GERAKAN
1. SK TUN TAN CHENG LOCK
2. SK SEKSYEN 24 SHAH ALAM
3. SK SETIA ALAM

HAFAZAN
1. SK USJ 12
2. SK SUBANG JAYA
3. SK SEKSYEN 7 SHAH ALAM












Set Fun Kids Athletics Prasekolah

Image
Guru-guru prasekolah khususnya di negeri Selangor boleh merujuk kepada katalog dan sebut harga Set Fun Kids Athletics yang dikeluarkan oleh Pascal Marketing Sdn.Bhd dan diedarkan oleh pengedar tunggal Edaran Pro Dinasti yang beribu pejabat di Klang, Selangor. Set Fun Kids Athletics ini merupakan set peralatan sukan yang di reka berasaskan program Kids Athletics IAAF dan telah diubahsuai mengikut spesifikasi serta kesesuaian murid prasekolah. Guru boleh membeli satu set lengkap ataupun hanya memilih alatan yang tertentu sahaja seperti yang tersenarai dalam katalog. Sebarang pertanyaan dan tempahan sila berhubung terus dengan pengedar.

Edaran Pro Dinasti
Tel : 0333727818
Faks : 0333738817
Hp : 0123228612 (En Mohd Azman)

Kursus Peningkatan Profesionalisme Bahasa Inggeris Untuk Guru Prasekolah 2012

Jabatan Pelajaran Selangor akan menganjurkan Kursus Peningkatan Profesionalisme Bahasa Inggeris Untuk Guru Prasekolah ( Kumpulan 5 ) bagi tahun 2012. Guru-guru prasekolah daerah Petaling Perdana yang terlibat dengan kursus berkenaan di kehendaki hadir berdasarkan ketetapan seperti berikut:

Tarikh                    :  4 hingga 6 Julai 2012

Tempat                  :  Concorde Inn
                                Jalan KLIA 1/60, KLIA
                                43900 Sepang, Selangor DE.

Masa Pendaftara    :  2.00 Petang ( 4 Julai 2012 )

Kursus di jangka bermula pada pukul 2.30 petang selepas sesi pendaftaran. Mohon guru-guru agar menepati waktu yang telah ditetapkan bagi melancarkan perjalanan kursus. Senarai bahan keperluan kursus yang perlu di bawa ialah KSPK, story book, big book, kamus, pensil warna/crayon dan gunting. Sebarang masalah dan pertanyaan sila berhubung dengan pegawai unit prasekolah PPDPP En. Abdul Ghani Ab Rahim.

Video Rintis Kids Athletics

Image
Pihak admin blog prasekolah PPDPP mohon maaf atas kelewatan memuat naik video Program Rintis Kids Athletics di SK Seksyen 7 atas masalah teknikal dan saiz fail yang agak besar. Guru-guru boleh boleh memuat turun terus video tersebut dengan klik link download di bawah. Semoga video ini dapat membantu guru-guru dalam melatih murid-murid prasekolah dan menjadi rujukan di masa akan datang. Sebarang persoalan dan pertanyaan tentang kids athletics boleh kemukakan pada ruangan hubungi kami.. Majulah sukan untuk negara!

Download:
Video Rintis Kids Athletics

Borang Penyertaan Hari Potensi PPDPP 2012

Berdasarkan mesyuarat AJK GB,ahli-ahli mesyuarat telah bersetuju mengadakan hari potensi pada 16 Julai 2012 bagi Zon MBSA dan 17 Julai bagi Zon MPSJ. Bagi peringkat daerah pula akan diadakan pada 19 Julai 2012. Sila download borang penyertaan mengikut zon dan borang yang telah lengkap perlu dihantar semasa taklimat pengurus peserta yang akan di adakan pada 20 Jun 2012 bertempat di Dewan Anjung Budi, SK Seksyen 19 Shah Alam. Download: Surat Taklimat Pengurus PesertaBorang penyertaan Zon MBSABorang penyertaan Zon MPSJ

Inovasi Guru Prasekolah Petaling Perdana 2012

Image
Pertandingan Bahan Inovatif Guru Prasekolah peringkat PPD Petaling Perdana bagi tahun 2012 telah di adakan pada 4 April yang lalu, bertempat di Dewan Sinar Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Puan Zaiton Bt. Arshad iaitu Ketua Penolong PPD Pengurusan Sekolah di PPD Petaling Perdana.

Dua kategori di pertandingkan iaitu kategori berkumpulan dan individu. Sebanyak 36 kumpulan menyertai pertandingan pada tahun ini manakala kategori individu 5 penyertaan. Pertandingan telah di adili oleh 5 orang hakim jemputan iaitu Pn. Azimah dari PPD Gombak, Encik Zaimi dari PPD Kuala Selangor dan Encik Nan dari PPD Kuala Langat. Manakala 2 lagi hakim ialah Pn. Norashikin, guru prasekolah SK Padang Jawa dan Pn. Liew, guru prasekolah dari SJKC Subang.

Pemenang bagi pertandingan ini akan di umumkan pada Hari Kualiti Prasekolah yang dijangka berlangsung pada September.

Lawatan Penanda Aras ke SK Paroi Jaya, Seremban

Image
Bagi tahun 2012 , Unit Prasekolah Petaling Perdana telah memilih kelas Prasekolah SK Paroi Jaya , Seremban sebagai destinasi lawatan penanda aras. Seramai 40 orang ahli rombongan yang terdiri daripada guru-guru prasekolah, pembantu pengurusan murid dan juga guru-guru besar daerah Petaling Perdana telah menyertai program ini.

Ketibaan rombongan telah disambut oleh GB SK Paroi Jaya iaitu Pn. Hajjah Che Fatimah Binti Ismail dengan iringan paluan kompang. Ahli rombongan kemudiannya diraikan dengan jamuan ringan dan persembahan tarian dan nyanyian lagu rasmi prasekolah SK Paroi Jaya yang dinyanyikan sendiri oleh murid-murid prasekolah. Nyanyian lagu rasmi prasekolah sememangnya sangat menarik perhatian rombongan kerana ianya satu perkara baru seharusnya menjadi antara salah satu agenda pembaharuan yang boleh dilaksanakan di PPD Petaling Perdana khususnya.

Ahli rombongan telah di beri taklimat oleh guru prasekolah SK Paroi Jaya iaitu Pn. Rohana Bt. Abdul Rahim dimana beliau telah menerangka…

Program Rintis Kids Athletics Peringkat Negeri Selangor

Image
'Kids Athletics' adalah program bertaraf antarabangsa yang mana program ini telah di ilhamkan oleh IAAF atau International Association of Athletics Federationsbertujuan untuk memastikandasaryang mantap danmampan dalam pembangunansukanOlahraga. Matlamatutama program ini ialah untuk memberi pendedahan awal asas sukan olahragakepada kanak-kanak khususnya prasekolah.

Unit Prasekolah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah mengambil inisiatif dalam memperkenalkan program Kids Athletics dalam kalangan kanak-kanak prasekolah dengan menjalankan Uji Rintis Kids Athletics peringkat negeri Selangor pada 21 April 2012. Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam di pilih sebagai tempat berlangsungnya program rintis ini yang telah melibatkan hampir 100 murid prasekolah daripada 4 kelas prasekolah di sekolah tersebut.

Program yang bermula pada jam 9 pagi itu di hadiri oleh Pegawai Prasekolah dan Jurulatih Utama dari 10 buah daerah di Negeri Selangor serta pegawai-pegawai dari Unit Prasekolah Jab…

Mesyuarat Pengurusan Data Prasekolah Negeri Selangor Bil 01/2012

Image
Mesyuarat pengurusan data prasekolah kali pertama bagi tahun 2012 telah berlangsung pada 17 hingga 19 April 2012 di Hotel Heritage, Cameron Highland. Suasana nyaman dan tenang di puncak Cameron Highland ternyata tidak dirasai oleh para pegawai-pegawai PPD dan guru-guru JU data daerah yang di hangatkan dengan sesi kemaskini data murid prasekolah KPM Negeri Selangor. Perkara penting yang di beri penekanan dalam mesyuarat kali ini ialah data SMPK, data EMIS dan data manual mengikut format yang telah diselaraskan.
Turut hadir pada mesyuarat kali ini ialah En. Fazrul dari Unit data Emis JPN Selangor yang membentangkan data Emis untuk verifikasi dengan data SMPK setiap daerah. Bagi daerah Petaling Perdana, terdapat sedikit perubahan dari segi data SMPK dan data mentah yang diperolehi. Perubahan ini menunjukkan peningkatan dalam enrolmen murid prasekolah bagi Petaling perdana. Unit prasekolah PPD Petaling Perdana amat berharap agar guru-guru prasekolah sentiasa mengemaskini data murid prase…

PENTING : Borang Kemaskini Maklumat Prasekolah 2012

Pada 27 hingga 30 Mac yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Verifikasi Data SMPK bersama KPM yang melibatkan pegawai prasekolah PPD dan JPN Negeri bagi zon tengah iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. Hasil daripada mesyuarat ini menunjukkan terdapat beberapa masalah dengan data online SMPK yang memerlukan pengemaskinian.

Oleh yang demikian , Unit prasekolah PPD Petaling Perdana memohon kerjasama semua guru prasekolah Petaling Perdana untuk mengisi data mentah terkini kelas masing-masing kedalam format Borang Maklumat Murid 2012 yang di berikan pada pautan dibawah. Sekolah yang mempunyai lebih dari 1 kelas perlu menggunakan borang yang berasingan bagi setiap kelas. Borang yang telah lengkap perlu di email kepada En. Abdul Ghani di alamat ghani.ppdpp@gmail.com selewat-lewatnya pada hari AHAD 15 April 2012 ( Pada kolum subjek e-mail gunakan format 'SMPK Terkini KODSEKOLAH'). Data mentah terkini ini penting untuk dibuat semakan dengan data SMPK online dan akan dihantar ke …

Kursus Kajian Tindakan Bagi Guru Prasekolah Negeri Selangor

Kursus kajian tindakan bagi guru prasekolah Negeri Selangor telah dijalankan pada 27 hingga 29 Mac 2012 bertempat di Hotel Exelsior, Ipoh. Kursus selama 3 hari 2 malam ini adalah anjuran unit prasekolah JPN Selangor dan melibatkan 43 orang guru prasekolah dari sepuluh daerah di Negeri Selangor. Setiap daerah telah menghantar seramai 4-5 orang guru prasekolah sebagai peserta kursus. Kursus ini telah dikendalikan oleh Dr. Jennifer Wee Beng Neo yang merupakan Penolong Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia di cyberjaya .

Peserta kursus telah didedahkan dengan ilmu penulisan kajian tindakan terutamanya dari segi format penulisan, pemilihan tajuk kajian dan juga didedahkan dengan contoh-contoh kajian tindakan sebagai rujukan. Di akhir kursus peserta kursus telah membentangkan kertas kerja kajian tindakan yang dihasilkan mengikut kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan akan menjalankan kajian di sekolah masing-masing sepertimana yang telah dibentangkan dalam propo…

Muat Turun Bahan Taklimat Pengurusan Prasekolah 2012

Taklimat Pengurusan Guru Prasekolah telah diadakan pada 14 dan 15 Februari di SK Seafield yang melibatkan semua guru prasekolah daerah Petaling Perdana. Taklimat telah di sampaikan oleh Pn. Azilawati dan Pn. Kholisah dari JPN Selangor yang merangkumi segala aspek pengurusan prasekolah dan juga maklumat-maklumat terkini yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah. Anda kini boleh memuat turun segala bahan taklimat tersebut pada link download di bawah:

DOWNLOAD:
Bahan Taklimat Pengurusan Prasekolah 2012

SURAT PENGAMBILAN REKOD PERKEMBANGAN MURID & PORTFOLIO MURID PRASEKOLAH TAHUN 2012

Image
http://www.sendspace.com/filegroup/5C36TdagIm1lmqzqapR2DQ

SURAT TAKLIMAT PENGURUSAN PRASEKOLAH 2012

Mesyuarat Pengurusan Guru Prasekolah akan diadakan seperti butiran berikut
Tarikh: 14 & 15 Februari 2012 ( Sila semak nama sekolah anda pada surat panggilan sama ada tarikh 14 atau 15 februari )
Tempat: SK Seafield Jln USJ 6/3, Subang Jaya
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
*Mesyuarat akan di hadiri oleh Pn Azilawati dan Pn Kholisah dari JPN

Boleh download surat pelepasan klik di bawah

http://www.sendspace.com/file/ta7vsb