Tuesday, October 18, 2011

Mesyuarat Pengurusan Data Prasekolah Negeri Selangor Bil. 3

Mesyuarat pengurusan data prasekolah Negeri Selangor kali ke 3 tahun 2011 telah diadakan di Impian Morib pada 17 hingga 19 Oktober 2011. Seperti mesyuarat data yang terdahulu, mesyuarat pada kali ini melibatkan semua pegawai prasekolah PPD seluruh negeri Selangor , JU data dan juga pegawai Unit prasekolah JPN Selangor. Agenda utama mesyuarat adalah untuk mengemaskini data murid prasekolah di seluruh Negeri Selangor dan menyelaraskan data prasekolah di dalam Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) dengan data murid di dalam pangkalan data EMIS.

Data murid prasekolah di dalam pengkalan data SMPK akan di kemaskini dan diselenggara sebanyak 3 kali setiap tahun iaitu pada Mac , Julai dan Oktober. Proses penyelenggaraan data ini amat penting bagi mendapatkan jumlah sebenar dan terkini murid prasekolah yang berdaftar di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu data SMPK juga perlu selaras dengan data EMIS di sekolah dan di Jabatan Pelajaran Negeri bagi mengelakkan ralat.

Oleh yang demikian, Semua guru prasekolah khususnya dalam daerah Petaling Perdana diminta agar sentiasa mengemaskini data di dalam SMPK sekiranya terdapat murid , guru atau PPM yang berpindah dan segera memaklumkan kepada guru data EMIS di sekolah masing-masing. Guru juga perlu sentiasa mendapatkan maklumat terkini jumlah murid di dalam pangkalan data EMIS dan membuat perbandingan dengan data murid di dalam SMPK.

Guru-guru yang mempunyai sebarang masalah dalam mengemaskini data boleh memuat turun modul pengguna SMPK pada link di bawah.

Modul Pengguna SMPK

0 comments:

PERMOHONAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) SAMBILAN BAGI PRASEKOLAH PPDPP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Sambilan bagi kelas prasekolah di PPDPP boleh mula dipohon. Berikut ...

 
Design by Wordpress Theme Edited by Mofazri | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes