Wednesday, April 13, 2011

TAKLIMAT DAN BENGKEL PEMBINAAN BAHAN PERTANDINGAN GURU INOVATIF (PINTAR DINAMIK)

Barisan peserta bengkel yang hadir.

Cik Norshahirah sedang menerangkan cara menggunakan pintar dinamik.

Antara hasil yang boleh dibanggakan.
Peserta sedang sibuk menggunting karpet masing-masing.



Satu majlis taklimat serta bengkel untuk menghasilkan set "Pintar Dinamik"@"Smart Dynamic" bagi Zon MPSJ (Puchong) telah diadakan di SK Seksyen 1, Bandar Kinrara pada 12 dan 13 April 2011. Bahan ini merupakan Projek Inovasi Prasekolah 2011 yang dihasilkan oleh seorang guru prasekolah daerah Petaling Perdana iaitu Cik Norshahirah Bt Abdul Rahman.
Objektif beliau menghasilkan bahan inovasi ini adalah untuk:
* Mengubah amalan P&P guru melalui aktiviti permainan dalam pembelajaran.
* Murid dapat mengusai suku kata yang dipelajari dengan lebih cepat dan meningkatkan pemahaman kemahiran membaca murid.
* Meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK)
* Memperkembangkan kecerdasan pelbagaii (MI)
* Meningkatkan perkembangan mental dan fizikal dengan baik.
* Menggalakkan murid untuk berdikari.
* Menimbulkan minat murid untuk menjalankan aktiviti.
* Memaksimumkan penggunaan bahan sepanjang tahun.

"Pintar Dinamik"@"Smart Dynamic" ini merupakan bahan bantu mengajar yang sangat unik,asli,efisien dan juga fleksibel. Semasa bengkel ini dijalankan peserta diajar untuk menghasilkan set mereka sendiri serta diberi penerangan untuk menggunakan set ini.
Para peserta amat berpuashati dengan apa yang disampaikan.

TAKLIMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN PPD PETALING PERDANA 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. PPD Petaling Perdana akan mengadakan 1 taklimat pengisian Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan...