Posts

Showing posts from 2011

Hari Potensi Peringkat Zon MBSA 2011

Image
Sekitar Hari Potensi Prasekolah Peringkat Zon MBSA 2011 yang berlansung pada 4 Oktober 2011, bertempat di Sekolah Kebangsaan Sekyen 18 Shah Alam.

Lawatan Pn Zaiton Bt Hj Arshad (Penolong PPD Prasekolah) bersama Guru Besar-2, selepas Mesyuarat Guru Besar Prasekolah ke Prasekolah SK Alam Megah 3.

Image
Pada hari Jumaat 21 Oktober 2011, Sekolah Kebangsaan Alam Megah 3 telah menerima kehadiran Guru-guru Besar Daerah Petaling Perdana sempena Mesyurat Guru Besar Prasekolah 2011.Mesyuarat yang berlangsung lebih kurang 3 jam itu telah dipengerusikan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Prasekolah Pn Zaiton Binti Hj Arshad.

Mesyuarat Pengurusan Data Prasekolah Negeri Selangor Bil. 3

Image
Mesyuarat pengurusan data prasekolah Negeri Selangor kali ke 3 tahun 2011 telah diadakan di Impian Morib pada 17 hingga 19 Oktober 2011. Seperti mesyuarat data yang terdahulu, mesyuarat pada kali ini melibatkan semua pegawai prasekolah PPD seluruh negeri Selangor , JU data dan juga pegawai Unit prasekolah JPN Selangor. Agenda utama mesyuarat adalah untuk mengemaskini data murid prasekolah di seluruh Negeri Selangor dan menyelaraskan data prasekolah di dalam Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) dengan data murid di dalam pangkalan data EMIS.

Data murid prasekolah di dalam pengkalan data SMPK akan di kemaskini dan diselenggara sebanyak 3 kali setiap tahun iaitu pada Mac , Julai dan Oktober. Proses penyelenggaraan data ini amat penting bagi mendapatkan jumlah sebenar dan terkini murid prasekolah yang berdaftar di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu data SMPK juga perlu selaras dengan data EMIS di sekolah dan di Jabatan Pelajaran Negeri bagi mengelakkan rala…

HARI POTENSI PRASEKOLAH PETALING PERDANA 2011

Image
Gambar-gambar sekitar Hari Potensi Prasekolah (Zon MPSJ)

Pada 4 Oktober 2011 yang lalu telah diadakan Hari Potensi Prasekolah Petaling Perdana bagi Zon MPSJ. Pertandingan ini telah diadakan di SK Dato' Onn Jaafar, USJ. Antara acara yang dipertandingankan ialah Bercerita BM, Bercerita BI, Tarian Kontemporari dan Pertandingan Mengeja.
Pemenang tempat pertama hingga keempat bagi pertandingan bercerita dan tarian akan mewakili Zon MPSJ ke peringkat Daerah yang dijalankan pada 6 Oktober 2011. Manakala bagi pertandingan mengeja pula pemenang tempat pertama hingga ke sepuluh akan mewakili zon. Diharap dengan adanya aktiviti sebegini dapat membantu melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berketrampilan.


Salam Merdeka Raya 2011

Image
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia buat semua warga prasekolah ppdpp..

Ramadan akan melabuhkan tirainya , fajar lebaran pula akan menjelma. Sedih dan pilu mengenangkan ramadan bulan yang penuh keberkatan akan meninggalkan kita, syahdu pula bertandang di Hari Raya. Moga ramadan kali ini memberikan kita seribu keberkatan dan meningkatkan taqwa dan iman kita . Di sebalik kita bergembira menyambut syawal yang bakal menjelma jangan kita lupa kepada insan yang kurang berkemampun di luar sana, hulur-hulurkan tangan ringankan beban mereka yang memerlukan. Di kesempatan ini, kami warga blog prasekolah PPDPP ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dan Selamat Hari Kebangsaan yang ke-54. Semoga negara kita sentiasa aman makmur dan bebas merdeka. Dalam mengejar kejayaan dan kecemerlangan di peringkat nasional mahupun globalisasi usah dilupa akan asas Rukun Negara. Di mana bumi dipijak di situ langit di junjung.










LAWATAN DARI JPN PAHANG

Image
Selamat datang kepada rombongan JPN Pahang.


Tanda terima kasih dan kenang-kenangan

Pada 26 Julai 2011 yang lalu satu lawatan muhibbah dari Jabatan Pendidikan Pahang (JPN) telah diadakan ke kelas Prasekolah SK Dato Onn Jaafar, SK Tun Tan Cheng Lok dan SK Tun Sambathan. Lawatan ini disertai oleh para pegawai dan guru prasekolah Pahang. Lawatan ini bertujuan bagi meningkatkan perkongsian bestari mengenai pentadbiran, kurikulum dan juga kokurikulum prasekolah. Diharap dengan adanya lawatan dari pihak JPN ini akan memberi manfaat kepada semua pihak.

PELAKSANAAN AKTIVITI 1 MALAYSIA DI PERINGKAT PRASEKOLAH, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Salam 1 Malaysia,

Bersama ini disertakan dokumen-dokumen untuk dimuat turun. Untuk muat turun sila klik link di bawah:

http://www.sendspace.com/file/n9myw6
Tarikh menghantar dokumentasi ke Unit Prasekolah PPDPP pada 15 September 2011. Terima kasih.

PN. ZAITON BT HJ ARSHAD

MESYUARAT PENGURUSAN DATA PRASEKOLAH NEGERI SELANGOR BIL 2/2011

AJK Guru yang terlibat dalam
Mesyuarat Pengurusan Data Prasekolah Negeri Selangor Bil 2/2011
Jabatan Negeri Selangor 20-22 Julai 2011
Pangkor Holiday Resort

KEMPEN DERMA DARAH 2011

Image

KEMPEN DERMA DARAH

DI JEMPUT SEMUA WARGA PRASEKOLAH PETALING PERDANA UNTUK MENDERMA DARAH BAGI MEMBANTU MENAMBAH BEKALAN DARAH DI PUSAT DARAH NEGARA SEPERTI KETETAPAN DI BAWAH :

TARIKH:25 MEI 2011 MASA:10.00 PAGI -3.00 PETANG TEMPAT:RUANG LEGAR PLAZA ALAM SENTRAL SEKSYEN 14, SHAH ALAM
SUMBANGAN ANDA AMATLAH DIALI-ALUKAN DAN DIUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH. "SELAMAT BERAMAL"

KEMPEN DERMA DARAH

Image

TAKLIMAT DAN BENGKEL PEMBINAAN BAHAN PERTANDINGAN GURU INOVATIF (PINTAR DINAMIK)

Image
Barisan peserta bengkel yang hadir.

Cik Norshahirah sedang menerangkan cara menggunakan pintar dinamik.

Antara hasil yang boleh dibanggakan.
Peserta sedang sibuk menggunting karpet masing-masing.



Satu majlis taklimat serta bengkel untuk menghasilkan set "Pintar Dinamik"@"Smart Dynamic" bagi Zon MPSJ (Puchong) telah diadakan di SK Seksyen 1, Bandar Kinrara pada 12 dan 13 April 2011. Bahan ini merupakan Projek Inovasi Prasekolah 2011 yang dihasilkan oleh seorang guru prasekolah daerah Petaling Perdana iaitu Cik Norshahirah Bt Abdul Rahman.
Objektif beliau menghasilkan bahan inovasi ini adalah untuk:
* Mengubah amalan P&P guru melalui aktiviti permainan dalam pembelajaran.
* Murid dapat mengusai suku kata yang dipelajari dengan lebih cepat dan meningkatkan pemahaman kemahiran membaca murid.
* Meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK)
* Memperkembangkan kecerdasan pelbagaii (MI)
* Meningkatkan perkembangan mental dan fizikal dengan baik.
* Meng…