Posts

Showing posts from July, 2010

BORANG PEMANTAUAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN SEKOLAH HARIAN KPM

Borang Pemantauan Bahagian Pembangunan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dijadikan instrumen bagi pengurusan kelas prasekolah.

Instrumen dalam borang ini boleh digunapakai oleh Guru Besar dan Guru Prasekolah untuk merancang kriteria pengurusan yang diukur semasa pemantauan oleh KPM, JPN dan PPD.

Borang ini boleh dimuat turun melalui link di bawah atau pada bahagian muat turun borang dan pekeliling.

DOWNLOAD
Image
SEBAHAGIAN AKTIVITI PRASEKOLAH SKS18
Persembahan sempena sambutan hari hijau peringkat sekolah

Sambutan Hari Jadi

AKTIVITI MAIN AIR(Tema: Kenderaan Di Air)

Image
Para pemenang perlumbaan kapal layar Barisan peserta lumba kapal layar


JAMUAN PRASEKOLAH DAERAH PETALING PERDANA
Adalah dimaklumkan satu majlis jamuan makan akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh:27hb Julai 2010 Masa:2.00 petang Tempat:Dewan SK WAWASAN
Sehubungan dengan itu semua Guru dan PPM daerah Petaling Perdana dijemput hadir. Kehadiran anda didahului dengan ucapan terima kasih.

PELANCARAN RASMI BLOG UNIT PRASEKOLAH JABATAN PELAJARAN SELANGOR

Image
Blog Unit Prasekolah Jabatan Pelajaran Selangor telah dilancarkan secara rasmi oleh Tuan Sulaiman b. Wak (Pengarah Pelajaran Selangor)Majlis ini disempurnakan pada 13 Julai 2010 di Hotel Empress, Sepang. Hadir sama pada majlis ini ialah En. Hasnol Hadi B. Abdullah Sani ( Ketua Sektor Akademik JPS ), Pn. Azilawati bt. Abu Bakar ( Penolong Pengarah Kurikulum Prasekolah JPS ), Pegawai-Pegawai Prasekolah Daerah dan kumpulan kursus Literasi ICT Prasekolah kumpulan 5 & 6.
Dengan lahirnya Blog Unit Prasekolah Jabatan Pelajaran Selangor ini diharap dapat membantu menjadi wahana perkongsian dan penyebaran maklumat secara lebih cepat dan berkesan.Dari Kiri; En. Hasnol Hadi ( KS Akademik JPS ), Tn. Sulaiman b. Wak ( Pengarah JPS ) dan Pn. Azilawati ( Pn. Pengarah Prasekolah JPS ).
Pelancaran rasmi Blog Unit Prasekolah Jabatan Pelajaran Selangor.

KURSUS LITERASI ICT PRASEKOLAH KUMPULAN 3 DAN 4

Image
Kursus Literasi ICT Praekolah bagi Kumpulan 3 dan 4 telah diadakan dengan jayanya di Hotel Putra, Kuala Lumpur. Kursus ini diadakan pada 5 – 7 Julai 2010. Kursus ini dihadiri oleh 60 oarang peserta dengan dibantu oleh 8 orang Jurulatih Utama.

Perasmian penutup oleh Tn. Hasnol Hadi B. Abdullah Sani ( Ketua Sektor Akademik Jabatan Pelajaran Selangor )
Barisan jurulatih Utama Kursus Peningkatan Profesionalisme literasi ICT Guru-Guru Prasekolah Kumpulan 3 & 4.