Posts

Showing posts from May, 2010

ANUGERAH GURU INOVATIF SELANGOR 2010

Image
Nurul Asyeken dari Sk Padang Jawa

Dari kiri; Sulaiman bin Wak (Pengarah Pelajaran Negeri Selangor), Tan Sri Dato' Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom ( Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia), Tn Hj Bajuri ( Timbalan Pengarah Pelajarn Selangor), Pn. Azilawati Abu Bakar (Penolong Pengarah JPS)

BERITA HARIAN 19/05/2010; ANUGERAH GURU INOVATIF INDIVIDU (PRASEKOLAH) SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2010

Image
Tahniah diucapkan kepada Pn. Liew Jieh Lee dari SJKC Subang yang telah menerima Anugerah Guru Inovatif (prasekolah) sempena Sambutan hari Guru Peringkat Kebangsaan 2010 di Kuantan baru-baru ini.

Pn. Liew dengan hasil inovasinya “ Funny Cube Game” berjaya menarik minat ramai murid prasekolah untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Sewajarnyalah pengiktirfan sebegini dianugerahkan kepada beliau. Semoga hasil inovasi ini dapat dimanfaatkan oleh semua guru prasekolah Petaling Perdana dan seluruh Malaysia.







Sumber: http://www.bharian.com.my/articles/Komitmendiiktiraf/Article/

Bengkel Kawal Mutu RPT Prasekolah 2010

Image
Bengkel selama 3 hari telah dijalankan di SK Puchong Indah. Walau bagaimanapun RPT ini masih belum siap sepenuh dan bengkel ini akan disambung lagi pada 12 dan 13 Mei 2010 ditempat yang sama.

KEMPEN DERMA DARAH PEJABAT PELAJARAN DAERAH PETALING PERDANA

Image
Pada 6.5.2010, Unit Prasekolah Daerah Petaling Perdana dengan anjuran bersama Persatuan Pembantu Pengurusan Murid  telah mengadakan kempen derma darah.  Objektif program adalah supaya semua lapisan masyarakat dari Jabatan Pelajaran Selangor mencapai sasaran membantu manambah darah di Pusat Darah negara, disamping bersatu hati menjulang harapan bagi menjadikan kempen derma darah ini sebagai platform yang menjurus kepada perpaduan, kemesraan, berinteraksi dan sejahtera sosial. Terima kasih kepada yang telah sudi menderma.

MODUL ICT : BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Image
Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan link untuk guru prasekolah mengakses dan muat turun Modul ICT. anda boleh berkunjung ke laman web BPG melalui link di bawah:

1. MODUL ICT KSPK 2010

2. MODUL ICT PRASEKOLAH

Sumber: http://apps.emoe.gov.my/bpg/