Friday, December 17, 2010

HI-TEA PPM

Cenderahati dari persatuan kepada Puan Zaiton
Pemenang pakaian tercantik
Peserta paling sporting
VIP

SEPETANG BERSAMA PEMBANTU PENGURUSAN MURID DAERAH PETALING PERDANA
Persatuan PPM Daerah Petaling Perdana telah mengadakan Hi-Tea pada16 Disember 2010 yang bertempat di Kelab Shah Alam. Majlis itu telah dihadiri seramai 90 orang ahli. Antara tetamu yang hadir ialah Puan Zaiton Bt Arshad (Pegawai Prasekolah Daerah Petaling Perdana) dan Encik Sharuazuar Bin Yusof (Pegawai Pendidikan Khas Daerah Petaling Perdana) Terima kasih kepada barisan ajk yang telah menjayakan majlis dan terima kasih juga kepada ahli yang telah berjaya menghadirkan diri.

Friday, December 3, 2010

LAWATAN MURID PRASEKOLAH SK. ALAM MEGAH DUA KE KUALA GANDAH ELEPHANT SANCTUARY, DEERLAND & ABORIGINES, PAHANG

 

Lawatan sambil belajar guru, PPM dan murid prasekolah Sk. Alam Megah Dua ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary, deerland dan Aborigines telah dibuat dengan jayanya pada 2 November 2010.



Lawatan ini disertai oleh 2 orang Guru pengiring, 2 orang pembantu dan 50 orang murid prasekolah.

DSCN2819 DSCN2824 DSCN2832 DSCN2845 DSCN2850


Untuk muat turun kertas kerja lawatan sila klik link di bawah:



                              DOWNLOAD

Thursday, December 2, 2010



BENGKEL PENGURUSAN STOK DAN INVENTORI
Pada 1 Disember 2010, Unit Prasekolah Daerah Petaling Perdana dengan kerjasama Persatuan Pembantu Pengurusan Murid Daerah Petaling Perdana telah mengadakan satu Bengkel Pengurusan Stok Dan Inventori yang bertempat di Dewan Tursina, Pusat Latihan Seksyen 6, Shah Alam. Ia dihadiri oleh semua ahli persatuan. Diharap bengkel ini dapat menyelesaikan masalah pengendalian stok dan inventori di sekolah masing-masing. Terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan iaitu Puan Salmiah Bt Suleiman dengan penerangan yang cukup jelas dan mantap. Terima kasih kepada ahli yang telah memberi kerjasama sepanjang bengkel ini dijalankan. Terima kasih tak terhingga kepada Pegawai Prasekolah, Puan Zaiton Bt Arshad yang menyokong aktiviti ini.

Tuesday, November 9, 2010

PERTANDINGAN MEWARNA MURID PRASEKOLAH DAN PEMBENTANGAN ICT GURU PRASEKOLAH PPD PETALING PERDANA 2010

 

 _DSC0802

 

_DSC0808 _DSC0817 _DSC0829 _DSC0842 _DSC0849 _DSC0905 _DSC0921 _DSC0923 _DSC0924 _DSC0925

Pertandingan Mewarna Murid Prasekolah

  dan Pembentangan ICT Guru Prasekolah telah diadakan pada 09 November 2010.
Pertandingan ini dianjurkan oleh Unit Prasekolah PPD Petaling Perdana dengan bantuan AJK Guru dan pembantu Pengurusan murid.
Pembentangan ICT Guru prasekolah adalah kesinambungan daripada Kursus Literasi ICT Guru Prasekolah anjuran Bhagaian Pendidikan Guru dan Jabatan Pelajaran Selangor yang telah diadakan di Hotel Putra, Kuala Lumpur.
Tahniah diucapkan kepada pemenang dan terima kasih kepada semua guru dan PPM yang menjayakan pertandingan tersebut.

Gambar-gambar pertandingan banyak terdapat dalam Facebook Prasekolah Petaling Perdana.

Thursday, November 4, 2010

BAHAN KURSUS GURU BESAR, PORT DICKSON 2010

Bahan-bahan Kursus Guru Besar boleh dimuat turun melalui link di bawah. Klik pada link " Download" -

Monday, November 1, 2010

KURSUS PENYEBARAN MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID PRASEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN 2010

Kursus ini diadakan pada 1 – 4 November 2010 di Hotel Putra, Kuala Lumpur. Ianya melibatkan kumpulan guru prasekolah dari seluruh negeri Selangor.
Kursus ini dikendalikan oleh Dr. Ng Soo Boon,  Ketua Sektor Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

_DSC0548 _DSC0551 _DSC0552 _DSC0553  _DSC0558 _DSC0560

Saturday, October 23, 2010

PROGRAM RINTIS BIJAK PRASEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2010

 

 

 

 

 

 

 

Program Rintis Bijak Prasekolah Peringkat Kebangsaan ini telah diadakan dengan jayanya pada 20-22 Oktober di INTEKMA Resort, Shah Alam.
      Ianya disertai oleh Kontinjen murid prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dari negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
      Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Y.bhg. Dato Hjh. Noorizan  Bapoo Hashim, Timbalan Pengarah Pelajaran Malaysia ( Sektor Operasi Pendidikan ) Kementerian Pelajaran Malaysia.


     Tahniah kepada Kontijen Prasekolah Selangor kerana telah mengungguli negeri-negeri lain dalam program ini.

_DSC0222

_DSC0193

 


_DSC0245
_DSC0271
_DSC0349 _DSC0316

_DSC0127 _DSC0139

Friday, October 8, 2010

PETALING PERDANA JOHAN PROGRAM BIJAK PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2010

 

_DSC0188 _DSC0195 _DSC0203


Program Bijak Prasekolah peringkat Negeri Selangor 2010 merupakan program yang julung kali diadakan. Ianya telah berlangsung pada 07 – 09 Oktober 2010 di Hotel Empress, Sepang. Perasmian penutupnya telah disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Selangor Ybhg. Tuan Sulaiman b. Wak.
Lebih banyak gambar sepanjang Program ini berlangsung boleh diperolehi melalui Facebook Prasekolah Petaling Perdana melalui link di bawah.

http://www.facebook.com/pages/Prasekolah-Petaling-Perdana/124884854232394?v=photos&ref=ts#!/album.php?aid=32539&id=124884854232394

Thursday, October 7, 2010

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME BAHASA INGGERIS 2010

_DSC0580_DSC0517 _DSC0519 _DSC0520 _DSC0530 _DSC0533 _DSC0537-after _DSC0543 _DSC0547 _DSC0557 _DSC0562 _DSC0574  _DSC0587 _DSC0589

Gambar-gambar semasa kursus ada terdapat dalam Facebook kumpulan Prasekolah Petaling Perdana. Boleh ke group Prasekolah Petaling Perdana melalui link di bawah dan sertailah komuniti Prasekolah petaling Perdana untuk lebih informasi dan perkongsian ilmu.



http://www.facebook.com/pages/Prasekolah-Petaling-Perdana/124884854232394?v=wall&ref=ts#!/pages/Prasekolah-Petaling-Perdana/124884854232394?v=wall

TAKLIMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN PPD PETALING PERDANA 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. PPD Petaling Perdana akan mengadakan 1 taklimat pengisian Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan...