Monday, April 27, 2009

BENGKEL PEMBINAAN MODUL KAJIAN TINDAKAN UNTU GURU PRASEKOLAH PETALING PERDANA KALI KEDUA 2009


Bengkel Pembinaan Modul Kajian Tindakan untuk guru-guru prasekolah telah diadakan di Dewan Sekolah Wawasan USJ 15,Subang Jaya pada 27 April 2009.Sebanyak 9 kumpulan yang terdiri daripada kumpulan Exora,Muhibbah,Akasia,Wonderpet,Jelita,Rafflesia,Matahari,
Mutiara dan Fantasi.Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan bahan untuk digunakan di kelas dan sebagai rujukan guru,secara tidak langsung bahan tesebut haruslah diaplikasikan di kelas masing-masing untuk melihat keberkesanan bahan yang telah dihasilkan.....good luck...

Wednesday, April 22, 2009

SAMBUTAN HARI LAHIR DAN MAJLIS PERPISAHAN GURU PRAKTIKUM

S.K Taman Universiti telah mengadakan sambutan hari lahir murid-murid prasekolah yang lahirnya pada bulan januari-april dan majlis perpisahan guru praktikum dari Institut Perguruan Kampus Bahasa Kuala Lumpur pada 17 april 2009..Semoga dipanjangkan umur dan berjaya hendaknya....Amin...

Tuesday, April 21, 2009

Wednesday, April 15, 2009

Kursus Pemantapan Pengajaran Bahasa Malaysia Untuk Guru Prasekolah

IMG_6925IMG_6924

IMG_6926

Kursus Pemantapan Pengajaran Bahasa Malaysia Untuk Guru Prasekolah merupakan suatu usaha Unit Prasekolah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor bagi meningkatkan profesionalisme guru dan mengurangkan peratus ujian penapisan KIA2M.

Kursus ini ini diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 14 hingga 17 April 2009

Tempat : PNM Ilham Resort, Port Dickson.Negeri Sembilan.

Melalui kursus sebegini diharapkan guru-guru dapat meningkatkan profesionalisme guru dan dapat mengurangkan peratus ujian penapisan KIA2M

Wednesday, April 8, 2009

Mesyuarat jawatankuasa guru dan PPM Petaling Perdana 2009

Barisan Jawatankuasa PPM 2009

Sedang rancak berbincang tentang lawatan ke Langkawi

Perjumpaan ajk guru dan PPM Petaling Perdana kali pertama telah diadakan pada 7 April 2009. Ia diadakan bertujuan untuk menyelaraskan aktiviti guru dan PPM.
Antara aktivitinya adalah pertandingan bowling pada 13 Mei 2009 di Pusat Bowling Ole-ole,Seksyen 18,Shah Alam dan aktiviti yang paling mendapat sambutan dalam mesyuarat itu adalah lawatan ke Langkawi. Lawatan ini dijangka akan diadakan pada akhir bulan Julai.
Badan kebajikan guru dan PPM bercadang menambah dana persatuan .Antara yang dijual adalah:
1. kad doa-doa harian dengan harga RM40 sekeping-Pn.Rafidah.
2. banner juga boleh ditempah melalui persatuan dengan harga RM3.50 satu kaki persegi-Pn Normeri.
3. t.shirt lambang sekolah masing-masing-Cik.Shahira.
4. jurugambar untuk hari konvokesyen-Cik Shahira.
Kepada guru-guru yang berminat untuk menempah sila berhubung dengan ajk yang terlibat. Membeli sambil menambah dana persatuan.

Thursday, April 2, 2009

Senarai Nama AJK Pembantu Pengurusan Murid (PPM) 2009

PENGERUSI:
Normeri Bt Pariman

NAIB PENGERUSI:
Aishah Bt Mohamad

SETIAUSAHA:
Bidawati Bt Sabran

NAIB SETIAUSAHA:
Fazliatul Akmal Bt Abd.Malik

BENDAHARI:
Salabiah Bt Saat

AJK:
Zunika Bt Md Said
Hasimah Bt Samat
Norazwati Bt Berahim
Umee Kalsum Bt Mohd

Oleh: Noor Sham

Wednesday, April 1, 2009

Pertandingan Mewarna Prasekolah PPD Petaling Perdana 2009

Pertandingan mewarna Prasekolah Petaling Perdana 2009 telah berlangsung pada 1 April 2009 (Rabu) bertempat di Dewan Harmoni, Sk. Seafield, Subang Jaya, Selangor.

Pertandingan ini disertai oleh 52 buah sekolah dengan bilangan peserta seramai 151 orang murid prasekolah . Pertandingan ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Cik Zaiton Arshad, Pegawai Pendidikan Prasekolah Pejabat Pelajaran Petaling Perdana bagi memyempurnakan majlis penutup pertandingan.

MEWARNA1

MEWARNA2

Johan Pertandingan mewarna kali ini jatuh kepada adik Sharifah Noor Ain Bt. Syed Alwi dar SK. Bandar Sunway.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Naib Johan ialah adik Che Nor fatihah Bt. Sairee Jasni dari SK. USJ 20

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Manakala tempat ketiga ialah adik Nurul Shahirah dari SK. Seksyen 2 Bandar Kinrara.

TEMPAT 3

Terima kasih diucapkan kepada Cik Zaiton binti Arshad kerana sudi merasmikan Pertandingan tersebut. Ucapan terima kasih juga kepada Guru-guru Besar yang terlibat, Ahli jawatankuasa kerja, guru-guru dan semua yang terlibat menjayakan pertandingan tersebut. Jika ada sebarang kesilapaan dan kesulitan pihak Ahli Jawatankuasa Kerja memohon berbanyak maaf, semoga apa jua kesilapan boleh diperbetulkan pada masa akan datang.

PERMOHONAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) SAMBILAN BAGI PRASEKOLAH PPDPP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Sambilan bagi kelas prasekolah di PPDPP boleh mula dipohon. Berikut ...

 
Design by Wordpress Theme Edited by Mofazri | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes