Wednesday, January 28, 2009

Mesyuarat Prasekolah Petaling Perdana


1- Mesyuarat AJK kali kedua akan diadakan mengikut makluman seperti berikut:
Tarikh: 3 Februari 2009 (Selasa)
Masa : 2.00 petang
Lokasi: Sekolah Kebangsaan Seafield, Subang Jaya
Diharap semua AJK dapat hadir.

2- Mesyuarat Ahli Panitia Daerah
Tarikh: 4 Februari 2009 (Rabu)
Masa : 2.00 Petang
Lokasi: Sekolah Kebangsaan Seafield, Subang Jaya

Tuesday, January 27, 2009

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 15/2002: PELAKSANAAN KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN
Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadikan kerajaan, bantuan kerajaan, bukan
kerajaan dan swasta mulai 1 Januari 2003.
2. Pemakaian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malysia terbitan Tahun 2002 hendaklah digunakan bagi murid-murid berumur lima hingga enam tahun. Bagi murid-murid berumur empat hingga lima tahun tadika bolehlah mengubahsuai Kurikulum tersebut selaras dengan keupayaan dan kebolehan murid-murid.
3. Bahan Kurikulum
Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berdasark dan menggunakan bahan-bahan yang ditetapkan dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia terbitan tahun 2002.
4. Peruntukan Masa Pengajaran dan Pembelajaran
4.1 Peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Prasekolah Kebangsaan adalah sekurang-kurangnya tiga (3) jam sehari pada setiap hari persekolahan.
4.2 Bagi tadika yang bahasa pengantarnya adalah Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina atau Bahasa Tamil pengajaran Bahasa Kebangsaan hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua (2) jam seminggu.
4.3 Bagi tadika yang bahasa pengantarnya adalah Bahasa Kebangsaan pengajaran Bahasa Inggeris hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua (2) jam seminggu.
4.4 Sementara bagi tadika yang bahasa pengantarnya adalah Bahasa Cina atau Bahasa Tamil, pengajaran Bahasa Inggeris hendaklah diadakan sekurang-kurangnya satu (1) jam seminggu.
4.5 Pengajaran Pendidikan Islam juga hendaklah diadakan bagi tadika yang mempunyai lima (5) orang atau lebih murid beragama Islam dan pengajaran Pendidikan Moral bagi tadika yang mempunyai lima (5) orang atau lebih murid bukan beragama Islam sekurang-kurangnya dua (2) jam seminggu.
5. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan) 2002.

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2003
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembanng potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan , berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan , menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

OBJEKTIF
Pendidikan prasekolah membolehkan murid:
  1. Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik.
  2. Menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan memperkembang kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi.
  3. Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa penghantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
  4. Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua.
  5. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
  6. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
  7. Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.
  8. Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial
  9. Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik ; dan
  10. Mempunyai daya kreativiti dan estatika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

MODUL KONSEPTUAL KURIKULUM KEBANGSAAN PRASEKOLAH
Kurikulum prasekolah berasaskan empat prinsip iaitu:

  1. Perkembangan diri secara menyeluruh dan bersepadu - memberi fokus kepada penyuburan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Potensi murid hendaklah dikembangkan secara bersepadu kerana setiap aspek perkembangan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Individu yang seimbang dan harmonis memiliki:
  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Ilmu pengetahuan
  • Kemahiran asas
  • Akhlak mulia
  • Emosi yang stabil
  • Kesihatan dan kecerdasan
    1. Pembelajaran yang menggembirakan - memberi penekanan kepada minat dan semangat untuk belajar. Semangat ini akan dapat dipupuk melalui suasana dan persekitaran pembelajaran yang menarik, selesa, mencabar dan menggembirakan. Suasana yang kondusif untuk belajar dengan sendirinya memupuk semangat cinta akan ilmu pengetahuan yang akan menjadikan seseorang itu berfikiran luas dan terbuka.
    2. Pengalaman pembelajaran yang bermakna memberi penekanan kepada penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti sebenar supaya mereka dapat mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman kehidupan seharian. Usaha ini akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan bermakna.
    3. Pendidikan sepanjang hayat adalah suatu usaha yang berterusan untuk memperolehan dan pemindahan pengetahuan , nilai murni dan kemahiran. Pengalaman pendidikan prasekolah yang mengembirakan dan bermakna akan dapat mengekalkan minat untuk terus belajar dalam diri sesorang sejak kecil hingga ke akhir hayat.
      Perkembangan murid akan dicapai melalui enam komponen pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu . Komponen tersebut adalah seperti beriku:
      Bahasa dan Komunikasi
      Perkembangan Kognitif
      Kerohanian dan Moral
      Perkembangan Sosioemosi
      Perkembangan Fizikal dan
      Kreativiti dan Estatika

    Penekanan diberi kepada bahasa yang merentas semua komponen kerana penguasaan bahasa penting dalam proses pembelajaran . Penguasaan kemahiran bahasa boleh diperoleh melalui kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Penguasaan kemahiran bahasa akan membantu murid berfikir, memahami sesuatu konsep, berimaginasi, melahirkan idea, berinteraksi dan berkomunikasi secara lisan.
    Pelaksanaan kurikulum adalah secara bersepadu yang dirancang melalui Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan kanak-kanak (ABP)
    ABP ialah satu pendekatan yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri, kebolehan, bakat serta minat murid.
    Pendekatan kurikulum berfokus kepada hasil pembelajaran (outcome-based learning) iaitu memberi penekanan kepada apa yang murid perlu tahu, faham dan buat serta amalkan, hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada apa yang harus diperoleh dan dicapai oleh murid.
    Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu, murid dapat menguasai dan memperoleh ciri-ciri berikut:
    Kecekapan berbahasa dan berkomunikasi
    Kemahiran berfikir
    Berakhlak mulia dan beretika
    Berkeyakinan dan berdisiplin
    Sihat dan cergas dan
    imaginatif, kreatif dan ekspresif.
    Berbekalkan kecekapan dan kemahiran di atas, murid sudah bersedia untuk ke sekolah rendah .....

    Hubungi Kami

    Pegawai di PPD (Cik Zaiton bt. Arshad) zyxw_06@yahoo.com.my
    Pengerusi (Pn. Hajah Rafiah bt. Adnan) rafiahadnan@yahoo.com
    Blog Administrator: sukimin@gmail.com

    BIDANG TUGAS BAGI SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID

    PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2003: SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (berkuat kuasa mulai 1 Januari 2004)

    Bidang Tugas Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah

    Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas membantu guru di kelas-kelas prasekolah:

    1. Membantu guru kelas prasekolah dalam hal ehwal pengurusan/pentadbiran kelas.
    2. Membantu guru kelas prasekolah dalam semua aktiviti bimbingan dan pembelajaran dan pengajaran murid-murid prasekolah.
    3. Melaksanakan tugas-tugas berkaitan penyediaan makanan


    Skop Fungsi dan Bidang Tugas Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah

    A Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah

    1. Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari.
    2. Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah.
    3. Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan prasekolah.
    4. Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah.
    5. Mengemaskini data dan maklumat bagi murid-murid prasekolah.
    6. Menguruskan pendaftaran murid-murid prasekolah.
    7. Menghubungi agensi-agensi lain atau pihak luar yang bekerjasama atau bagi mendapatkan maklumat berkaitan prasekolah.
    8. Membantu guru membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa atau penjaga murid bagi murid-murid yang bermasalah.
    9. Membantu guru dalam menguruskan akaun dan perkara yang berkaitan dengan kewangan prasekolah.
    10. Merekodkan perbelanjaan


    B Urusan Pengajaran/Pembelajaran Murid-murid Prasekolah

    1. Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.
    2. Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi meransang bimbingan dan asuhan.
    3. Membantu mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan menjelajah di kalangan murid-murid prasekolah.
    4. Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar.
    5. Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid prasekolah.
    6. Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid-murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di bawah
      jagaannya.
    7. Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
    8. Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran prasekolah.

    C Urusan Penyediaan Makanan/Mengemas/Membersih

    1. Menyedia dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang bagi murid-murid prasekolah.
    2. Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan, peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya.
    3. Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang lain sebelum dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik
      darjah dan ruang-ruang lain.
    4. Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran di dalam kelas.

    D Urusan Menjaga Hal Ehwal Murid

    1. Melayani karenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan murid-murid sentiasa berkeadaan bersih.
    2. Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.
    3. Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas dan juga memastikan murid-murid keluar kelas dalam keadaan selamat.
    4. Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan murid-murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih.
    5. Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di dalam dan di luar kelas.
    6. Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah.

    Sekapur Sirih

    Assalamualaikum & selamat sejahtera kepada semua Ajk baru PANITIA Prasekolah Petaling Perdana 2009.......Tahniah dan syabas diucapkan diatas pelantikan semua AJK, khususnya kepada En. Sukimin b. Juki diatas usaha beliau mengadakan blog ini.Semoga dengan pelantikan ini sama-sama kita aktif bagi menjayakan program prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.
    .
    Dengan adanya jawatankuasa yang sentiasa berbincang serta memikirkan bagaimana pengurusan prasekolah di sekolah kita dapat dilaksanakan dengan berkesan serta menepati objektif penubuhannya. Melalui memantauan dari segi pelaksanaan pengurusan di sekolah kita diharapkan sekolah dapat membanteras atau setidak-tidaknya mengurangkan jumlah murid KIA2M apabila mereka masuk dalam sistem persekolahan darjah 1 nanti.
    .
    Inisiatif yang berterusan diharapkan prasekolah KPM, akan dapat meletakkan statusnya sama seperti prasekolah swasta yang sentiasa mengutamakan kualiti.sekian terima kasih semoga usaha murni kita akan sentiasa diberkati Allah....
    .
    Ikhlas daripada,
    Pn. Hajah Rafiah bt. Hj. Adnan
    Pengerusi Panitia Prasekolah Petaling Perdana

    February 3, 2009 1:42 PM

    Wednesday, January 21, 2009

    Mesyuarat 1/2009


    Mesyuarat berlangsung di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor pada 20 Januari 2009 jam 2.30 petang. Banyak perkara yang dibincangkan di antaranya ialah mengenai takwim, pengisian jenis pertandingan kokurikulum/koakademik dan perkembangan staf untuk PPM. Mesyuarat dipengerusikan oleh Cik Zaiton Arshad.
    Di daerah Petaling Perdanan terdapat sebanyak 54 buah sekolah yang mempunyai prasekolah. Daripada jumlah tersebut 49 buah adalah di Sekolah Kebangsaan, 2 buah di SJK (T), 2 buah di SJK (C) dan sebuah di SK Pendidikan Khas.
    Senarai Kehadiran:
    1. Cik Zaiton bt. Arshad - Pegawai Prasekolah PPD
    2. Pn.Hajah Rafiah bt. Haji Adnan - Pengerusi
    3. En. SUkimin b. Juki - SK Seksyen 2 Bandar Kinrara
    4. Pn. Hajah Habubah bt. Mohd. Mohyudin
    5. Pn. Hajah Mariah bt. Mahat
    6. Pn. Hajah Normah bt. Othman
    7. Pn. Ros Aini bt. Che Man
    8. En. Ahmad b. Mohamad Yatim
    9. Pn. Zaini bt. Baba
    10. Pn. G.Saraswati
    11. Pn. Hasnah bt. Mutalib
    12. En. Kamarudin b. Othman
    13. Pn. Faridah Hanim bt. Wahada

    Barisan Jawatan Kuasa Panitia Prasekolah


    Inilah barisan Jawatan Kuasa Panitia Prasekolah bagi tahun 2009/2010.

    Pengerusi: Pn. Hajah Rafiah bt. Hj. Adnan (SK Seafield)

    Naib Pengerusi: En. Sukimin bin Juki (SK Seksyen 2 Bandar Kinrara)

    Setiausaha: Pn. Habibah bt. Mohd. Mohyudin (SK Taman Bukit Subang)

    Bendahari: Pn. Hajah Mariah bt. Mahat (SK TTDI Jaya)

    AJK Zon MBSA:

    1. Pn. Normah bt. Othman (SK Bukit Jelutong)
    2. Pn. Ros Aini bt. Che Man (SK Alam Megah 2)
    3. En. Ahmad b. Mohamad Yatim (SK Padang Jawa)
    4. Pn. Zaini bt. baba (SK Alam Megah 3)
    5. En. Chew Hock Jin (SJKC Subang)

    AJK ZON MPSJ:

    1. Pn. G. Saraswathy (SJKT Tun Sambathan)
    2. Pn. Hasnah bt. Mutalib (SK Pusat Bandar Puchong 2)
    3. En. Kamarudin bin Othman (SK Bukit Kuchai)
    4. Pn. Faridah Hanim (SK Puchong)

    Thursday, January 1, 2009

    KELAB KEBAJIKAN GURU

    UNDER CONSTRUCTION

    PERMOHONAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) SAMBILAN BAGI PRASEKOLAH PPDPP

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Sambilan bagi kelas prasekolah di PPDPP boleh mula dipohon. Berikut ...

     
    Design by Wordpress Theme Edited by Mofazri | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes