Thursday, May 21, 2009

Menukar Foto Kepada Lukisan

Untuk tips kali ini, satu perisian komputer boleh anda gunakan untuk menukar foto kepada lukisan warna hitam dan putih. ianya seakan-akan ditekap. Perisian tersebut ialah Photo S.

photos

Untuk video tutorial anda boleh lihat pada blog video tutorial. dan untuk download PhotoS trial version (30 days) anda boleh klik link di bawah.

DOWNLOAD

Sekian Terima Kasih

Wednesday, May 20, 2009

Pertandingan Boling Guru Prasekolah dan PPM




Pertandingan Boling gabungan aktiviti guru dan ppm telah dijalankan pada 20 Mei 2009 jam 12 tengahari bertempat di Pusat Boling Ole-ole di Shah Alam. Pertandingan berjalan dengan penuh meriah.



ADA MASALAH UNUTK MEMASUKKAN GAMBAFR. gAMBAR AKAN DIMASUKKAN KEMUDIAN

LAWATAN PRASEKOLAH SK DATO' ONN JAAFAR






Pada 29 April 2009 prasekolah SK Dato' Onn Jaafar telah mengadakan lawatan ke Sunway Wild-Life Zoo dan kilang minuman Vitagen. Seramai 40 orang murid, 4 guru dan 7 orang ibu telah mengikuti lawatan ini. Ianya banyak memberi manfaat kepada kanak-kanak. Mereka dapat mengenali pelbagai jenis haiwan, memberi makanan kepada haiwan, menangkap ikan dan memegang haiwan liar seperti ular dan iguana. Di kilang vitagen murid-murid didedahkan dengan pemakanan yang baik untuk kesihatan.

SEMINAR EDUCATION FOR ALL




Seminar Education For All yang berkisar tentang Pendidikan Awal Kanak-kanak telah diadakan di Dewan Serbaguna, Putrajaya pada 23 dan 24 April 2009. Antara isi Seminar ialah Perbentangan Kertas Kerja tentang taman asuhan, dan perbezaan gender, bengkel dan forum. Seramai 6 orang guru prasekolah Petaling Perdana telah menghadiri seminar ini.

Wednesday, May 13, 2009

Kursus Imej kendiri Profesional untuk Guru Prasekolah

P5130543

P5130545

P5130548

P5130552

P5130549

Kursus ini diadakan di Dewan Sk. Dato’ Onn Jaafar pada 16 Mei 2009 (Rabu).

Kurus ini dihadiri oleh semua guru prasekolah daerah Petaling Perdana. Kurusu pendek ini dikendalikan oleh dua orang perunding imej professional daripada Sweet Advancement Centre Sdn. Bhd iaitu Angelene Chong dan DJ Ong.

Antara lain kursus ini berkisar kepada imej, pemilihan warna dan penampilan profesional guru prasekolah. Kursus ini banyak memberi input kepada guru prasekolah dalam meningkatkan lagi tahap profesionalisme.

Thursday, May 7, 2009

TEMASYA SUKAN PRASEKOLAH DAERAH PETALING PERDANA TAHUN 2009

P5070469 P5070473 P5070490

TEMASYA SUKAN PRASEKOLAH DAERAH PETALING PERDANA TAHUN 2009

TARIKH : 7 MEI 2009 (KHAMIS)

MASA : 8.00 PAGI

TEMPAT : SK. PUSAT BANDAR PUCHONG (2)

DIRASMIKAN OLEH:

PN. AISHAH BINTI SIDAN

Penolong Pegawai Pelajaran daerah Petaling Perdana Pengurusan Akademik

*gambar2 semasa kejohanan akan menyusul kemudian.

Temasya Sukan Prasekolah Zon MPSJ 2009







Kemeriahan Kejohanan Sukan Prasekolah Zon MPSJ Petaling Perdana 2009. Kejohanan diadakan pada 06 Mei 2009 bertempat di Sk. Pusat Bandar Puchong (2).

Bagi mendapatkan gambar-gambar semasa Temasya sila klik di bawah.


TAKLIMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN PPD PETALING PERDANA 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. PPD Petaling Perdana akan mengadakan 1 taklimat pengisian Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan...