Wednesday, April 1, 2009

Pertandingan Mewarna Prasekolah PPD Petaling Perdana 2009

Pertandingan mewarna Prasekolah Petaling Perdana 2009 telah berlangsung pada 1 April 2009 (Rabu) bertempat di Dewan Harmoni, Sk. Seafield, Subang Jaya, Selangor.

Pertandingan ini disertai oleh 52 buah sekolah dengan bilangan peserta seramai 151 orang murid prasekolah . Pertandingan ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Cik Zaiton Arshad, Pegawai Pendidikan Prasekolah Pejabat Pelajaran Petaling Perdana bagi memyempurnakan majlis penutup pertandingan.

MEWARNA1

MEWARNA2

Johan Pertandingan mewarna kali ini jatuh kepada adik Sharifah Noor Ain Bt. Syed Alwi dar SK. Bandar Sunway.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Naib Johan ialah adik Che Nor fatihah Bt. Sairee Jasni dari SK. USJ 20

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Manakala tempat ketiga ialah adik Nurul Shahirah dari SK. Seksyen 2 Bandar Kinrara.

TEMPAT 3

Terima kasih diucapkan kepada Cik Zaiton binti Arshad kerana sudi merasmikan Pertandingan tersebut. Ucapan terima kasih juga kepada Guru-guru Besar yang terlibat, Ahli jawatankuasa kerja, guru-guru dan semua yang terlibat menjayakan pertandingan tersebut. Jika ada sebarang kesilapaan dan kesulitan pihak Ahli Jawatankuasa Kerja memohon berbanyak maaf, semoga apa jua kesilapan boleh diperbetulkan pada masa akan datang.

0 comments:

PERMOHONAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) SAMBILAN BAGI PRASEKOLAH PPDPP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Sambilan bagi kelas prasekolah di PPDPP boleh mula dipohon. Berikut ...

 
Design by Wordpress Theme Edited by Mofazri | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes