Tuesday, March 31, 2009

LAWATAN KESIHATAN






LAWATAN JURURAWAT DARIPADA PUSAT KESIHATAN PUCHONG BAGI MEMERIKSA KUKU,KEPALA DAN TELINGA MURID DI SK DATO' ONN JAAFAR.

Monday, March 30, 2009

CADANGAN

Anjurkan sebarang kursus atau bengkel pengendalian masakan untuk Pembantu Pengurusan Murid PPD Petaling Perdana, dengan harapan semoga dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan serta dapat menyediakan makanan yang berkhasiat dan berkualiti kepada murid- murid prasekolah.


irma&zaradah(ppm)
prasekolah sk seksyen 2,
Bandar Kinrara.

Friday, March 27, 2009

PENGENDALIAN KELAS SEHARI

Tempoh pengajaran dan pembelajaran secara rasmi di kelas prasekolah adalah pada kadar sekurang-kurangnya tiga jam sehari selama lima hari, atau 15 jam seminggu. tempoh ini mengambil kira peruntukan masa yang telah ditetapkan dalam seksyen 17 dan 23, Akta Pendidikan 1996.
Cadangan peruntukan masa yang fleksibel bagi aktiviti sehari prasekolah ialah :
Rutin pagi 10 minit
Perbualan Pagi 20 minit
Permainan Luar 20 minit
Aktiviti Kumpulan 60 minit
Kudapan/Rehat 30 minit
Penutup/Refleksi 10 minit
* Masa/ Transisi 30 minit
Jumlah 180 minit

Thursday, March 26, 2009

Pertandingan Mewarna Prasekolah Petaling Perdana 2009

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  1. Penyertaan:

i. Dua (2) orang untuk 1 kelas ( Seorang guru pengiring)

ii. Tiga (3) orang untuk 2 kelas ( Seorang guru pengiring)

iii. Lima (5) orang untuk 3/4 kelas (seorang guru pengiring)

  1. Lukisan akan disediakan oleh pihak penganjur.
  2. Masa pertandingan mewarna selama 2 jam.
  3. Peserta perlu membawa pensil warna, alas/lapik dan peralatan sendiri
  4. Hanya pensil warna sahaja dibenarkan.
  5. Hadiah disediakan oleh pihak PPD Petaling Perdana .
  6. Borang penyertaan dan syarat pertandingan akan dihantar ke semua sekolah sebelum hari pertandingan.
  7. Borang penyertaan hendaklah diisi dan dihantar ke Sk. Seafield sebelum atau pada 31 Mac 2009 ( Selasa).
  8. Borang penyertaan boleh dihantar sama ada melalui faks ( 03-80230581 ) atau email; praskseafield@yahoo.com.
  9. Yuran penyertaan sebanyak RM 5.00 bagi setiap peserta hendaklah dijelaskan semasa pendaftaran.
  10. Dua (2) orang hakim daripada Panitia Seni Daerah Petaling akan dilantik.
l. Keputusan Hakim adalah muktamad

Surat dan borang penyertaan boleh didapati di kotak surat sekolah masing-masing di Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana mulai esok atau boleh di download melalui link di bawah:

DOWNLOAD

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi En. Sharuazuar b. Yusoff di talian 014-8315318 tau email: praskseafiled@yahoo.com

Mesyuarat Ko-kurikulum Akademik Dan Pengumpulan Data KIA2M Prasekolah Jabatan Pelajaran Selangor


Tempat: Concorde Inn KLIA.

Tarikh : 25 hingga 27 Mac 2009.

Keputusan Mesyuarat yang penting:

1. Pertandingan Bola Sepak mini dan Bola Jaring Mini di tunda ke Tahun 2010.

2. Temasya Sukan Prasekolah Negeri akan di jalankan di Stadium Majlis Perbandaran Sepang pada 22 dan 23 Mei 2009

3. 80 buah sekolah seluruh Selangor telah dipilih untuk Kursus Pemantapan Pengajaran Bahasa Melayu untuk Guru Prasekolah.

Pelantikan Pegawai Prasekolah PPD Kuala Langat

Pn Azilawati Abu Bakar menyerahkan surat Perlantikan kepada Pegawai Prasekolah PPD Kuala Langat dengan disaksikan oleh semua pegawai Prasekolah Daerah-daerah Negeri Selangor.

Tahniah diucapkan dan selamat menjalankan tugas.

Wednesday, March 25, 2009

Kit pendidikan guna kaedah interaktif

dipetik dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0319&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_03.htm

OLEH LAUPA JUNUS laupa.junus@utusan.com.my



Mari ikut Bunga nyanyi," kata bunga matahari pula. Mereka semua menyanyi dengan gembira sambil menunjukkan mimik muka yang dinyatakan dalam lagu tersebut.

Dialog di atas merupakan sebahagian kecil daripada kandungan buku interaktif yang akan dipasarkan seawal-awalnya hujung tahun ini sebagai sebahagian daripada pendekatan membimbing kanak-kanak prasekolah untuk meningkatkan kemahiran literasi, emosi dan komunikasi.

Buku tersebut merupakan satu daripada tiga komponen dalam satu kit untuk membimbing kanak-kanak tadika untuk memupuk minat mereka mempelajari apa yang diajar .

"Ia bagaimanapun memerlukan peranan ibu bapa serta guru untuk menjadi sebahagian daripada watak-watak dalam dialog dan sebagai pembimbing,'' kata pakar pendidikan psikologi, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Rahil Mahyuddin.

Beliau menjelaskan, buku tersebut akan dipasarkan bersama cakera padat (CD) yang mengandungi 'drama' lakonan watak-watak dalam cerita yang dihasilkan, bertujuan memupuk minat dan menjadikan kanak-kanak tertarik untuk belajar.

CD dan buku akan disertakan dengan ujian diagnostik untuk menguji tahap literasi dalam subjek matematik dan bahasa selain kemahiran emosi , komunikasi dan dan sosial.

Kit tersebut juga akan diisi dengan manual untuk panduan ibu bapa serta guru menggunakannya.

Sebanyak 12 siri buku yang semua kandungannya turut dimuatkan dalam CD dalam bentuk visual dan audio bagi menarik minat kanak-kanak belajar cara mudah, malah boleh menyanyi bersama watak dalam buku tersebut.

Dr Rahil menjangka produk tersebut akan mendapat sambutan tetapi niatnya bersama rakan penyelidik lain ialah supaya minat kanak-kanak dapat dipupuk dalam konteks membina pemikiran kognitif yang positif.

Buku tersebut dijangka memberi dimensi baru dalam pendidikan kanak-kanak dengan menggunakan pendekatan belajar sambil berhibur, tidak membosankan mereka dan diharap dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Selain Dr. Rahil sebagai ketua, turut terlibat dalam penyelidikan tersebut ialah Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM, Dr Samsilah Roslan dan Dr. Maria Chong Abdullah, Prof. Dr. Habibah Elias dan Dr Tajularipin Sulaiman, pensyarah Psikologi Pendidikan fakulti yang sama.

Kit tersebut yang belum ditentukan harganya, dikeluarkan hasil penyelidikan kumpulan tersebut dalam tempoh dua tahun.

Tajuk penyelidikan itu ialah Diagnosis Penguasaan Kemahiran Asas Kanak-kanak yang dibiayai oleh Geran Tumpuan Penyelidikan Dalam Bidang Keutaman (IRPA).

Kajian tersebut dijalankan berdasarkan laporan Jabatan Penyelidikan Perancangan Pendidikan (EPRD) pada 2002 yang menyatakan lebih 80,000 pelajar sekolah rendah di negara ini mempunyai masalah dalam perkara-perkara asas seperti pembacaan, penulisan dan aritmetik.

Menurut Dr. Rahil, berdasarkan laporan tersebut ia berlaku kerana sekolah menghadapi kesukaran mengenal pasti serta cara mengatasi masalah sebenar.

Masalah lain termasuk kanak-kanak terbabit mengalami masalah pembelajaran kerana kurikulum sekolah adalah age-related .

Mereka ini memerlukan perhatian individu, justeru mereka menghadapi kesukaran terutama dalam pemerolehan kemahiran asas dan kemahiran yang berkaitan dengan kemahiran komunikasi, kefahaman serta sosioemosi.

Kanak-kanak memerlukan bantuan dalam kemahiran komunikasi, literasi dan sosioemosi. Pelbagai pendekatan telah diutarakan oleh pakar, namun yang paling penting ialah interaksi berterusan antara ibu bapa dan guru dengan kanak-kanak.

Tanpa interaksi ini, perkembangan kanak-kanak tersebut akan terjejas menyebabkan penguasaan bahasa dan pembelajaran mereka di sekolah turut terjejas.

Justeru katanya, kit yang ditawarkan itu mempunyai komponen ujian diagnostik, sebagai mengenal pasti kelemahan pemerolehan kemahiran asas dan pelbagai aspek kesediaan dan set intervensi untuk mengatasi masalah tersebut.

Kajian dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif dan melibatkan kanak-kanak prasekolah Tahap 1 dan Tahap 2.

Secara umumnya, masalah pelajar melibatkan subjek Matematik, bahasa Melayu, komunikasi, sosio-emosi dan kemahiran pemahaman sama ada mereka dari luar bandar atau sebaliknya.

Sunday, March 15, 2009

Sambungan Komputer ke TV

Untuk ruangan Tip Prasekolah kali ini saya ingin berkongsi macam mana nak sambungkan komputer kepada Televisyen. Kelas prasekolah kita masih belum mempunyai set multimedia projektor. Oleh sebab itu sebagi penggantinya kita boleh menggunakan TV 29" kita untuk dijadikan paparan untuk P&P kita. Pada pandangan saya TV 29" sudah memadai untuk paparan slide powerpoint dan CD coursware yang dibekalkan. 25 orang murid mampu melihat dengan jelas text dan grafik yang dipaparkan di kaca TV. Anda boleh mereka bentuk slide powerpoint yang menarik kemudian seperti biasa mainkannya pada komputer tetapi dipaparkan terus kepada TV 29". saya pasti ianya akan banyak memudahkan kerja guru dan menarik minat murid-murid.

Untuk menyambungnya anda perlukan peralatan Tv converter yang boleh dibeli di kedai-kedai komputer dengan harga RM 150 - RM 200 sahaja. cara pemasangannya mudah sahaja. Ikut manual yang diberikan oleh pengeluar. di sini saya sertakan link untuk salah satu jenis peralatan tersebut. http://www.lelong.com.my/Auc/List/2009-03DSale28984700.htm


Selamat Mencuba


Saturday, March 7, 2009

Kaedah Cepat Membaca Dan Menulis (KACEMM)

Kaedah Cepat Membaca dan Menulis (KACEMM) merupakan bahan inovasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Ianya boleh diperolehi memalui CD Interaktif KPM ataupun boleh dimuat turun melalui laman web Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.
http://www.moe.edu.my:8080/web/guest/home/

klik untuk besarkan

Langkah untuk memasang program KACEMM pada komputer anda.

1. Muat turun dari laman BTP
2. Simpan pada cakera keras anda C:
3. file yang di muat turun adalah dalam format zip...kacemm.zip
4. Right click pada icon kacemm.zip. Anda perlu exctract file( exctract to folder kacemm) sehingga proses selesai


klik untuk besarkan
5. Kemudian cari folder kacemm
6. Dapatkan icon kacemm.zip
7.Right clik - send to - desktop create short cut.


8. Icon kacemm terpapar pada desktop anda. Anda sudah boleh memulakan program kacemmKebaikan:
- Pembelajaran lebih interaktif
- Program pemulihan untuk kanak-kanak yang lemah
- Merangkumi kemahiran membaca dan menulis daripada pengenalan abjad sehingga bacaan.
- Terdapat banyak latihan dan permainan yang menyeronokkan.

Untuk download sila klik icon di bawah:

Download

Sunday, March 1, 2009

DOWNLOAD

Anda Boleh Muat Turun Melalui Link Yang Disediakan:

1. Borang Instrumen Pemantauan Prasekolah.

2. Contoh Kajian Tindakan 1

3. Contoh Kajian Tindakan 2

4. Contoh Kajian Tindakan 3

5. Contoh Kajian Tindakan 4

6. Contoh Kajian Tindakan 5

7. Contoh Kajian Tindakan 6

8. Contoh Kajian Tindakan 7

9. Kaedah Cepat Membaca Dan Menulis (KACEMM) BARU

Bengkel Kajian Tindakan Prasekolah 2009

SABTU, 28 FEBUARI 2009

Unit Prasekolah Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana telah mengadakan satu Bengkel Kajian Tindakan untuk Guru Prasekolah. Bengkel ini adalah dibawah kelolaan Cik Zaiton Arshad dengan dibantu oleh dua orang penceramah jemputan iaitu Tn. Haji Kamarukzaman B. Yahya ( Guru Besar SK. Dato' Onn Jaafar, Kompleks Sekolah Wawasan) dan Puan Hjh Mariah Bt. Mahat ( Guru Besar SK. TTDI Jaya). Seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru prasekolah PPD Petaling Perdana telah menghadiri bengkel tersebut. Bengkel bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 4.30 petang.

Jadual Bengkel

Ucapan Aluan Oleh Pegawai Prasekolah PPD Petaling Perdana
Cik Zaiton Arshad

Tn. Haji Kamarulzaman sedang menyampaikan ceramah

Bengkel kajian Tiandakan bersama Pn. Hjh Mariah

Apa pun kita makan dulu......

Bengkel dijalankan secara berkumpulan

Setiap kumpulan mesti menyiapkan satu kertas cadangan Kajian tindakan


Proses membuat refleksi





Kumpulan KRU

Pembentangan Kertas Cadangan Kajian Tindakan

Anda boleh muat turun contoh-contoh Kajian tempatan melalui link di bawah:

Download

TAKLIMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN PPD PETALING PERDANA 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. PPD Petaling Perdana akan mengadakan 1 taklimat pengisian Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan...